Pesawat terbesar di dunia, Stratolaunch yang mempunyai dua fiuslaj dan enam enjin Boeing 747 melakukan ujian penerbangan sulungnya merentasi Gurun Mojave di California kemarin.
Pesawat karbon-komposit pertama itu dibina oleh Stratolaunch Systems Corp yang dimulakan oleh mendiang pengasas bersama Microsoft, Paul Allen.
Pesawat putih dipanggil Roc itu mempunyai sayap yang sama panjang dengan ukuran padang bola sepak atau 1.5 kali ganda lebih panjang berbanding pesawat Airbus A380. Sayapnya berukuran 117 meter, manakala sayap pesawat Airbus A380 hanya berukuran di bawah 80 meter.
Roc berlepas kira-kira jam 7 pagi waktu Pasifik (waktu tempatan kemarin) dan berada di udara lebih dua jam sebelum mendarat semula di Mojave Air and Space Port.
Ads
Pesawat itu direka untuk mengangkut roket dan kenderaan angkasa lain dengan berat mencecah sehingga 226,796 kilogram pada ketinggian 10,668 meter. Difahamkan, Strarolaunch adalah alternatif yang lebih fleksibel untuk melancarkan satelit berbanding pelepasan menegak roket kerana cara ini hanya memerlukan landasan yang lebih panjang untuk berlepas.
Menurut Stratolaunch, pesawat itu mencapai kelajuan maksimum 304 kilometer sejam (km/j) pada ketinggian 5,181 meter, bertujuan untuk menguji prestasi dan kualiti pengendaliannya.
Ads
“Ia penerbangan sulung yang menakjubkan, Penerbangan ini melebarkan lagi misi kami untuk menyediakan alternatif fleksibel kepada sistem pelancaran darat,”kata CEO Stratolaunch, Jean Floyd dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke laman web syarikat itu.
Ads
Paul Allen, yang mengasaskan Microsoft bersama Bill Gates pada 1975, mengumumkan penubuhan Stratolaunch yang dibiayai sendiri pada 2011.
Namun Allen meninggal dunia pada Oktober 2018 akibat limfoma bukan Hodgkins, hanya beberapa bulan selepas perkembangan pesawat itu didedahkan. Dikatakan asa depan syarikat berkenaan masih samar.
Beberapa minggu lalu tular mengenai kerajaan Jepun bercadang untuk mewujudkan kempen membiayai separuh kos pelancong yang melancong di Jepun.
Khabar tersebut membuatkan ramai warga dunia termasuk dari Malaysia yang gemar melancong ke negara matahari tersebut teruja dan gembira. Mereka dikatakan tidak sabar untuk mula merancang kembara ke Jepun setelah wabak COVID-19 berakhir. Namun keseronokkan tersebut tidak lama, kerana berita tersebut dikhaskan untuk kempen melancong buat rakyat Jepun sahaja.
Terbaru, Kerajaan Jepun sedang mempertimbangkan untuk melonggarkan larangan masuk kepada pelawat dari Thailand, Vietnam, Australia dan New Zealand, menurut sumber lapor KYODO News.
Manakala, Jepun tetap mengenakan larangan masuk terhadap pelawat 111 negara dan wilayah termasuk Amerika Syarikat, seluruh Eropah dan sebahagian besar negara Asia. Malaysia juga termasuk di dalam larangan negara yang boleh berkunjung ke Jepun buat masa ini.
Menarik balik larangan perjalanan itu disifatkan sebagai langkah pertama dan Tokyo akan berunding mengenai syarat-syaratnya dengan empat negara berkenaan. Pelawat dari Thailand, Vietnam, Australia dan New Zealand ini akan dibenarkan masuk ekoran penularan wabak COVID-19 semakin pulih di negara tersebut selain mempunyai hubungan perniagaan dengan Jepun. Langkah menarik balik sekatan yang pertama mungkin akan dilaksanakan pada musim panas ini.
Vietnam, Australia dan New Zealand antara 11 negara pakatan perdagangan bebas di bawah Perkongsian Trans-Pasifik yang disemak semula, menyaksikan Jepun menjadi sebahagian daripadanya. Thailand, pula menjadi tuan rumah kepada banyak syarikat Jepun, termasuk pembuat kenderaan.
Siapa kata bercuti sambil OOTD di Kuala Lumpur tidak cantik. Buktinya gambar-gambar dikongsi oleh gadis ini Rohaiju Baharuddin yang pusing Kuala Lumpur sambil mengambil gambar menarik sekitarnya kota metropolitan ini.
Menurutnya dia berkesempatan pergi ke River Of Live, Dataran Merdeka dan Nur Sentral.
Biarpun memberitahu ada sedikit bau tak menyenangkan dari River Of Life, tetapi tiada masalah jika menggunakan pelitup muka.
Masalah kecikl saja dan tak jadi masala janji hasil gambar yang diambil sangat cantik dan boleh jadi kenangan dalam digital album anda nanti.
Pusing-pusing KL je. KL pun dah cukup cantik. River of Life, Dataran Merdeka dan NU Sentral. Orang tak ramai masa ni. Jadi, gunakan peluang yang ada sebaiknya.
Cuma di kawasan River Of Life tu, ada bau yang kurang menyenangkan. Tapi pakai mask, tak la terhidu sangat. Kerusi ada contengan, tangga pecah sikit. Tapi dalam gambar semua tak nampak tu.
Lukisan tu, serius cantik. Terlopong seketika. Kagum sangat. Sekadar berkongsi di sini ye.
Kepulauan Sulawesi, Indonesia semalam digegarkan dengan gempa bumi berukuran 6.8 magnitud sekaligus mencetuskan amaran tsunami sehingga memaksa penduduk keluar dari kediaman masing-masing.
Sumber daripada Tinjauan Geologi Amerika Syarikat, gegaran berlaku pada kedalaman 17 kilometer luar pantai timur kepulauan Sulawesi.
Dalam masa sama, kerajaan Indonesia telah mengeluarkan arahan untuk menggesa penduduk segera berpindah ke kawasan yang lebih tinggi. Selepas gegaran pertama yang dilaporkan berlaku pada lebih kurang pukul 7.40 malam semalam, dua gegaran susulan berukuran 5 dan 5.2 magnitud turut dilaporkan berlaku selang 30 minit.
Walau bagaimanapun, amaran tsunami ditarik semula selepas kira-kira 40 minit apabila agensi geologi menganggarkan gegaran gempa bumi itu hanya menghasilkan ombak berukuran setengah meter sahaja.
Tiada kerosakan atau kematian dilaporkan susulan gempa bumi semalam. Syukur alhamduillah.
Namun, rakyat Malaysia yang berada di Indonesia tidak kira atas urusan kerja atau bercuti, anda dinasihatkan supaya berhati-hati dan rancang percutian anda sebaiknya.
Ambil maklum dengan segala kemaskini terbaru pihak berkuasa di sana dan jangan lupa untuk maklumkan keberadaan anda di luar negara kepada Wisma Putra supaya tindakan segera dapat diambil jika anda berada dalam wilayah yang terjejas.
Pada tahun lalu, gempa bumi berukuran 7.5 magnitud turut melanda bandar Palu dan mengorbankan lebih kurang 4,300 orang. Al-fatihah untuk mangsa yang terkorban.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!