Nak rasa macam balik kampung bila ke Pulau Pinang, boleh singgah di Laman Tok Mah yang menyajikan aneka menu klasik dan moden dengan vibes macam berada di kampung halaman sendiri.
Merupakan rumah pusaka yang di tukar menjadi café ini mula beroperasi sejak Oktober tahun lalu dan hanya dibuka pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad sahaja.
Bagi mengekalkan suasana nostalgia di kampung, kerusi rotan dan juga koleksi pinggan mangkuk lama dijadikan dekorasi dan juga kelengkapan di sini.
Tidak hanya sekadar menu dan dekorasi sahaja, malah pengunjung juga berpeluang menikmati cara hidup kampung seperti mencuci kasi dengan air dalam tempayan sebelum naik ke rumah, berbasikal di laman rumah, bermain permainan tradisional seperti congkak dan banyak lagi.
Antara menu yang anda boleh dapat di sini antaranya adalah:
Coffee terpaling laku keras…..
Disamping menu FOOD VENDOR = READY TO EAT FOOD
Traditional Malay taste :
“FOOD VENDOR @Laman Tok Mah”
Western taste:
Korean taste :
Waktu Operasi:
BUKA SABTU AHAD SAHAJA
3 ptg – 8 mlm
Alamat: Laman Tok Mah , Kg Pokok Tampang, Tasek Gelugor (Boleh follow Google Maps)
Kredit : Facebook Laman Tok Mah