Kita mungkin sudah biasa dengan hotel dan apartment di pantai peranginan Port Dickson.
Bila datang beramai-ramai dengan ahli keluarga, agak susah juga sebenarnya untuk memuatkan kesemua ahli keluara kecuali menyewa beberapa buah apartment. Jika dah terbiasa dengan hotel, apa kata kalau bercuti ke Port Dickson, untuk mencuba homestay dan chalet di sini. Lebih menarik homestay ditawarkan terletak berhampiran pantai juga.
Sunrise Village Resort yang terletak di Jln Kemang 12, Tanjung Tanah Merah, Si Rusa ini menawarkan penginapan homestay dan chalet dan paling sesuai jika datang dalam jumlah ahli keluarga yang ramai.
Dikongsi dari page fb Negeri Sembilan Best, berikut adalah review mengenai kawasan ini.
Ads
Ini Admin nak cerita pasal homestay yang betul-betul berhampiran dengan Pantai Port Dickson dalam dialek nogori.
Tempat memang menarik. Ada disediakan beberapa rumah banglo dan bilik chalet. Rasanya sekarang dah banyak. Tak macam dahulu. Setiap banglo boleh memuatkan 10 – 20 orang.
Ads
Ada banyak bilik dalam banglo tu. Kalau bawak family, adik beradik atau saudara maro kito sahaja dah cukup dah. Osah sodap tu. Satu ghumah horuk pikuk macam gumah kenduri kahwin pulak nanti. Buleh masak samo-samo sobab disediakan dapo. Nak bbq pun sonang.
Ads
Yang best tu setiap banglo ado kolam beronang. Privacy pulak tu. Pergh sodap. Kalau anak-anak kito mandi sampai tak ingat dunia nanti. Tal perlu risau sebab setiap banglo berpagar. Pastu kalau dah muak mandi kolam. Boleh poie pantai pulak. Dokek sangat dengan pantai Port Dickson. Jalan kaki jer. Dah sampai. Boleh nampak tang banglo tu. Angin pantai pun buleh ghaso.
So sapo nak berhajat bolehlah deal ngan staf kat situ. Admin pernah berurusan dengan salah seorang staf. Memang peramah sesangat. Budi bahaso pun elok orangnya.
Nama tempat : Sunrise Village Resort Port Dickson.
So sapo khoba NS TAK BEST… Jom pakat2 melawat Negeri Sembilan ok. Sumber :- Amir Zulhairi Md Yusof di fb Negeri Sembilan Best
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Mencari kelainan dalam gambar kenangan anda ketika bercuti di Langkawi? Jangan lepaskan peluang menyerlahkan kreativiti masing-masing menerusi Selfie Ria: Selfie Museum The Dessert Series, tarikan terbaharu di Oriental Village, Langkawi.
Lebih beruntung jika anda kaki selfie, ini memang lokasi wajib harus dikunjungi jika ke pulau lagenda ini.
Selfie Ria: Selfie Museum The Dessert Series merupakan produk terbaharu dibangunkan secara kerjasama Panorama Langkawi Sdn Bhd, pengendali Langkawi SkyCab, dengan sebuah syarikat swasta. Muzium ini mengetengahkan seni swafoto dengan memberi peluang kepada pengunjung meneroka pelbagai ruang tarikan yang disediakan termasuk ‘starlight room’, sebuah bilik berkonsepkan cermin infiniti yang nampak seolah-olah tiada penghujung.
Bilik-bilik pameran di Selfie Ria: Selfie Museum The Dessert Series juga diinspirasikan daripada ukiran pemanis mulut Malaysia, jadi ia bukan sahaja mempunyai props-props berbentuk makanan dalam saiz gergasi, malah anda juga berpeluang merasainya di gerai yang disediakan.
Pengunjung akan dibantu oleh petugas di sini dengan pelbagai kaedah terbaik untuk swafoto di lima zon swafoto kepada pengunjung iaitu doughnut zone, cupcakes and ice cream zone, candy zone, starlight room dan neon light zone.
Selfie Ria: Selfie Museum The Dessert Series beroperasi setiap hari bermula 9 pagi hingga 6 petang.
Tiket dijual pada harga RM22 untuk pemegang MyKad/MyKid (dewasa dan kanak-kanak), manakala pelancong asing RM27
Setiap pembelian tiket pengunjung akan diberi dua pemanis mulut secara percuma.
Ia sememangnya cukup insta-worthy dan memberi seribu keseronokan buat pengunjung yang hadir ke situ. Jom cuti-cuti Malaysia!
image via FB Selfie Museum Malaysia & Langkawi SkyCab
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Setelah hampir tiga bulan terpaksa ditutup bagi mengekang penularan COVID-19, taman tema Disneyland Shanghai kini dibuka semula bermula 11 Mei 2020.
Pembukaan kembali taman tema ini mendapat sambutan apabila jualan tiket dilancarkan untuk tiket kemasukan buat hari-hari pertama pembukaan Disneyland Shanghai berjaya habis dijual dalam tempoh yang singkat.
Walau bagaimanapun, setiap pengujung yang datang berhibur perlu mengamalkan perintah penjarakan sosial serta mengenakan penutup hidung dan mulut. Kerja-kerja pembersihan akan senitasa dilaksanakan di taman tema ini supaya dapat mengelak jangkitan wabak COVID-19.
Jumlah pengunjung yang dibenarkan memasuki Disneyland turut telah dihadkan pada kadar 30 peratus daripada kapasiti pengunjung yang biasa diterima, iaitu selaras dengan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.
Ini menjadi langkah signifikan buat syarikat Walt Disney Co yang terkesan apabila terpaksa menutup semua taman tema di Asia, Amerika Syarikat dan Perancis. Minggu lepas, eksekutif-eksekutif Disney menganggarkan kerugian sebanyak AS$1.4 bilion (kira-kira RM6.1 bilion) yang terpaksa ditanggung akibat penutupan premis di serata dunia.
Di Sarawak terdapat dua lokasi tanah tinggi yang mesti dilawati kerana ia bukan saja sejuk tetapi mempunyai pemandangan yang indah memukau.
Bario
Terletak di pedalaman Sarawak, bario bermaksud angin mengikut bahasa etnik Kelabit. Tanah tinggi Bario berketinggian 1150 meter dari aras laut ini mempunyai kualiti udara yang sangat bersih kerana kedudukannya berhampiran Gunung Murud, gunung tertinggi di Sarawak.
Kesejukan tanah tinggi Bario ini pernah mencecah 11 darjah celsius sehinggakan pengunjung terpaksa mengenakan selimut yang tebal pada waktu malam. Jika anda mahu garam bukit dan padi yang paling berkualiti di Malaysia serta bebas bahan kimia, di sinilah tempatnya.
Ba’Kelalan
Ba’Kelalan pula berdekatan dengan Bario ini merupakan penempatan bagi kaum Lun Bawang. Ba’Kelalan iaitu “Ba” bermaksud padi manakala Kelalan pula adalah nama sebatang sungai mempunyai beberapa kampung Lun Bawang iaitu Buduk Nur, Long Langai, Long Lemumut, Long Ritan, Long Rusu, Pa Tawing, Buduk Bui, Buduk Aru dan Long Rangat.
Ba’Kelalan sememangnya bumi bertuah kerana bukan sahaja memiliki tanah yang subur malah masyarakat yang hidup penuh rukun dan damai selain saling tolong-menolong antara satu sama lain.
Jangan tidak percaya, kawasan ini terkenal dengan penanaman buah epal. Jika anda berkunjung ke sini, aktiviti kebudayaan menanti anda. Epal Ba’Kelalan yang lebih dikenali sebagai epal Manalagi di Jawa Timur didapati mampu hidup subur di kawasan Ba’Kelalan yang suhunya sekitar 20 darjah celsius. Terdapat beberapa spesies epal yang kita mula tanam di sini seperti epal Ba’kelalan (Manalagi), Rome Beauty, Lady williams, Tropical Beauty dan Anna Epal.
Suka dengan aktiviti lasak dan berbeza daripada biasa, jom ke Mont K Skybike di Ranau, Sabah.Asalnya Kampung Kigiok, Ranau di Sabah ini terkenal sebagai...