Percutian bersama ahli keluarga sememangnya amat menyeronokkan. Ini kerana ada banyak memori yang ingin dikongsikan bersama-sama. Bergelak ketawa mengimbau memori lalu, adalah kenangan yang sukar dilupakan sampai bila-bila.
Bagi yang bercadang bercuti ke Melaka, boleh masukkan Lot 235, Muslim Chalet Melaka ini dalam list korang. Ini kerana dengan 10 buah bilik pada harga RM1430 untuk kesemuanya, ramai ahli keluarga dapat berkumpul di sini. Ia boleh memuatkan hampir 50 orang dalam satu-satu masa khususnya bagi yang berhajat untuk buat hari keluarga.
Untuk pengetahuan korang, kalau hari biasa, harga bagi bilik sekitar RM160 semalam (katil queen atau 2 single bed). Kalau bilik sederhana, harganya hanyalah RM140 saja tapi kalau musim cuti sekolah dan korang nak booking semua, harganya mencecah RM1640 untuk semalaman.
Ok, jom tengok apa yang best di Muslim Chalet Melaka nie.
Chalet ini terletak di Alai, bersebelahan dengan Balai Polis Kandang. Menariknya, ada banyak restoran di sini. Cuma dua minit saja perjalanan. Lebih best, ia hanya memerlukan 5 minit pemanduan ke Ikan Bakar Alai yang sememangnya sangat popular kalau datang bercuti ke Melaka.
Nak ke Pantai Crystal Bay pun dekat, nak ke bandar pun dekat dan kalau nak cabaran lebih sikit, boleh bawa kenderaan menuju ke Pantai Klebang, Pantai Pengkalan Balak dan sebagainya. Paling best, korang boleh masak BBQ sebab kemudahan dapur dan peralatan disediakan. Sambil makan sambil berenang, memang mantaplah kan. Tempat ini sangat selesa, lebih privacy sebab hanya keluarga korang saja yang duduk situ (book semua bilik) dan banyak lagi kemudahan di sini.
Jadi bolehlah buat pilihan kalau bercuti ke Melaka ya.