Lokasi Makanan Halal Yang Menyelerakan Di Hong Kong

Share

Hong Kong sedia maklum sebagai kawasan yang majoriti penduduknya bukan muslim dan stereotype terhadap kesukaran untuk mendapatkan makanan halal melanda destinasi pelancongan itu daripada dikunjungi oleh kebanyakkan pelancong muslim.

Tapi jangan khuatir, sebenarnya ada beberapa restoran halal yang di Hong Kong yang anda boleh menikmati makanan tempatan di sana tanpa rasa was-was tentang status halal mereka.

Di sini Libur senaraikan kepada anda destinasi makanan halal yang terdapat di Hong Kong.

Hung’s Chinese Restaurant

Terletak di bangunan Chungking Mansion, restoran ini turut di kelilingi oleh restoran halal yang lain tetapi keunikkan di sini adalah penyediaan makanan tradisi masyarakat Cina di sana. Sekalipun restoran ini kecil tetapi ruang dalamnya cukup selesa untuk anda menjamu selera.

Status halal: kedai kepunyaan orang muslim
Waktu beroperasi: pukul 11 pagi hingga 11 malam setiap hari
Alamat: Chungking Mansion, Chungkin, 36-44 Nathan Rd, Tsim Sha Tsui, Hong Kong

Happy Cow

Gerai makanan halal ini menyediakan ais krim yang sangat sedap untuk anda nikmati sambil bersiar-siar makan angin di Hong Kong. Sambil-sambil anda makan ais krim, jangan lupa untuk bersiar-siar di sekeliling tebing pantai yang ada di hadapan kedai ini.

Status Halal: Memiliki sijil pengiktirafan halal
Waktu beroperasi: pukul 11 pagi hingga 9 malam setiap hari
Alamat: Booth 3, Man Kwong Street, Hong Kong Observation Wheel

Chrisly Cafe (Bakery)

Anda tergila-gila nak makan kuit tat telur yang sedap? Okay, di sini adalah lokasi yang dicadangkan kepada anda. Rakan kongsi kedai roti ini adalah seorang muslim dan walaupun tidak semua makanan yang disediakan di sini adalah halal, dapur mereka diasingkan sama sekali untuk makanan halal dan tidak halal supaya kualiti makanan halal itu tidak terjejas.

Status halal: Memiliki sijil pengiktirafan halal
Waktu operasi: pukul 7 pagi hingga 7 malam
Alamat: Shop 3018, 3/F, Shun Tak Centre, 168-200 Connaught Road Central

Islam Food

Menyediakan masakan berupa roti berintikan daging yang menyelerakan. Sekali pandang, kelihatan macam kebab mini di Malaysia. Selain daripada itu, terdapat pelbagai lagi makanan halal yang lain disediakan di sini.

Status halal: Hanyak menggunakan bahan dan daging yang halal
Waktu beroperasi: pukul 11 pagi hingga 11 malam
Alamat: G/F, No. 1 Lung Kong Rd, Kowloon City, Kowloon – Next to Chow Sang Sang Securities

Wai Kee

Terletak 7 minit berjalan kaki dari Causeway Bay Station, restoran ini menyediakan hidangan itik panggang yang halal di tengah-tengah bandar Hong Kong. Kebarangkalian sangat tinggi untuk anda hanya akan jumpa kedai ini sahaja yang menjual hidangan itik panggang yang halal di sana. Antara menu hidangan yang sangat popular di sini adalah nasi itik, dan hidangan tersebut sangat dianjurkan untuk anda cuba oleh orang tempatan di sana.

Status halal: kedai kepunyaan orang muslim
Waktu operasi: pukul 10 pagi hingga 6 petang sahaja
Alamat: Shop 5, Bowrington Road Cooked Food Centre, 1/F, Bowrington Road Market, 21 Bowrington Road, Wan Chai

Islamic Centre Canteen

Di sini adalah lokasi yang sesuai untuk anda menikmati dim sum yang halal di Hong Kong. Lokasi restoran ini juga tidak sukar untuk didatangi kerana hanya terletak kira-kira 10 minit berjalan kaki sahaja dari Causeway Bay MTR Station. Kedai ini terletak di dalam bangunan dan anda boleh naik menggunakan lif ke tingkat 5 sebelum disambut oleh suasana kedai makan yang nyaman. Menu popular adalah dim sum tetapi ada juga hidangan halal yang lain untuk anda nikmati di sana.

Status halal: kedai kepunyaan orang muslim dan memiliki sijil pengiktirafan halal
Waktu operasi: pukul 10 pagi hingga 3 petang dan 6 petang hingga 9 malam
Alamat: 5th floor, Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Hong Kong

Aladdin Mess

Kalau dah bosan dengan makanan cina, anda boleh beralih angin dengan menikmati makanan asli india dengan singgah ke Aladdin Mess yang terletak berdekatan dengan Times Square dan berjauhan dengan Causeway Bay yang sentiasa sibuk dengan manusia. Jangan lupa untuk menikmati hidangan roti naan bawang putih bersama sos marsala mereka yang sedap mengikut review daripada orang tempatan yang berada di sana.

Status halal: mempunyai sijil pengiktirafan halal
Waktu operasi:pukul 11.45 pagi hingga 3 petang dan 6 petang hingga 10.45 malam
Alamat: 2/F, 60 Russell Street, Causeway Bay

Ma’s Restaurant

Kedai makanan halal ini pakar dalam masakan Xinjiang. Terletak hanya lima minit berjalan kaki dari Prince Edward MTR Station. Makanan yang popular di sini adalah ikan masak masam manis, dan daging berlada. Sekiranya anda teringin sangat ingin merasai masakan cina Xinjiang, jangan lupa untuk berkunjung ke kedai ini.

Status halal: mempunyai sijil pengktirafan halal
Waktu operasi: pukul 11.30 pagi hingga 11 malam
Alamat: 21-25 Cheung Sha Wan Road, Hong Kong

Sumber: Havehalalwilltravel

Oleh
Epul