Kapal laut moden mampu bertahan 25 hingga 30 tahun sebelum hakisan karat, kekuatan logam menjadi lemah dan kekurangan alat ganti menjadikannya tidak ekonomik untuk digunakan.
Kapal yang sudah lama, biasanya dihantar ke Chittagong Ship Breaking Yard di Bangladesh, Alang Ship Breaking Yard di India, atau Gadani Ship Breaking Yard di Pakistan untuk pelupusan. Ini adalah tiga kawasan pelupusan kapal laut terbesar di dunia; dengan hanya menjadikan persisiran pantai sebagai tempat berlabuh kapal gergasi.
Bahagian kapal terutama besi keluli, dikitar semula dan dijadikan produk baru. Ini mengurangkan permintaan bijih besi dilombong dan mengurangkan penggunaan tenaga dalam proses pembuatan besi keluli.
2012, sejumlah 1250 kapal laut dilupuskan dengan purata tahun penggunaan ialah 26 tahun. 2013, jumlah tan kapal dilupuskan ialah 29,052,000 tan metrik, dengan 92% dilupuskan di Asia.
Ads
Industri ini memberi 20% sumber besi kepada Bangladesh dan 10% kepada India. China, Greece dan Jerman antara negara utama yang menghantar kapal untuk dilupuskan.
Mengapa di Bangladesh,India, Pakistan? Kos pekerja yang murah, tidak perlu kos piawaian pengurusan keselamatan, tidak perlukan kos latihan dan tidak perlukan peralatan canggih mahal yang banyak. Cukup hanya alatan asas. Semuanya koboi.
Pekerjaan ini antara pekerjaan paling bahaya di dunia. Pekerja tidak ada pengalaman, tidak memakai pakaian keselamatan lengkap, terdedah kepada gas beracun, risiko dihempap atau tercucuk besi, risiko letupan kerana tindak balas gas dalam kapal, tiada insuran, tiada jaminan kesihatan, dan masa bekerja yang melampau.
Ads
Namun ini antara pekerjaan yang perlu dilakukan untuk keluarga. Kesemuanya dari keluarga miskin.
Sejarah kawasan pelupusan kapal Chittagong pada 1960, kapal Greek, M D Alpine terdampar di pantai Sitakunda, Chittagong selepas dilanda ribut. 1965, Chittagong Steel House membeli kapal tersebut dan melupuskannya. Ini permulaan sejarah di sana.
Ads
Semasa Perang Pembebasan Bangladesh, kapal Pakistan, AL Abbas rosak kerana dibom. Pasukan Soviet yang bekerja disana membawa kapal tersebut ke pantai Faujdarhat. Karnafully Metal Works Ltd membeli kapal itu pada 1974 dan melupuskannya. Waktu inilah bermulanya pelupusan kapal secara komersil.
Chittagong Ship Breaking Yard di Bangladesh pernah menjadi pusat tarikan pelancong, namun telah ditutup kerana terlalu banyak laporan terbuka kepada dunia luar. Boleh dikatakan secara purata, seorang pekerja mati seminggu.
Chittagong Ship Breaking Yard juga pernah menjadi lokasi filem Avengers: Age of Ultron. Terbaru, Kanada dan India bekerjasama untuk pelupusan kapal mesra alam.
Lagi gambar di tapak pelupusan kapal:
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Dekat mana laluan penerbangan antarabangsa yang paling singkat di dunia? Ha mesti ramai yang tak tahu kan? Okay tak apa, Libur kongsikan info menarik ini kepada anda.
Laluan penerbangan yang paling singkat di dunia adalah daripada Anguilla, British ke St. Maarten, Perancis. Masa penerbangan yang memakan masa selama 10 minit kerana dari Anguilla ke St. Maarten hanya sejauh 12 batu sahaja.
Anguilla ini secara tepat terletak di kawasan jajahan luar British di Laut Caribbean, manakala St. Maarten di bawah penguasaan Perancis. Penerbangan daripada St. Maarten ke Anguilla akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Puteri Juliana ke Lapangan Terbang Antarabangsa Clayton J. Lloyd.
Dan untuk info tambahan kepada anda, laluan penerbangan ini hanya dioperasikan sebanyak tiga kali sehari sahaja oleh Anguilla Air Services dan tak semua pesawat komersial digunakan di laluan ini, hanya pesawat Britten – Norman BN-2 Islander sahaja digunakan untuk mengangkut penumpang dan barangan di sini.
Untuk pengetahuan anda, perjalanan dari Anguilla ke St. Maarten ini bukan sahaja boleh menggunakan kapal terbang sahaja. Ada juga pengangkutan lain disediakan seperti feri. Jadi kalau ada siapa-siapa yang gayat nak naik kapal terbang, mereka boleh menggunakan khidmat feri untuk bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Setiap orang pasti ingin kembali ke kampung halaman menjelang puasa dan menyambut kedatangan Ramadan bersama keluarga di kampung halaman kerana perasaannya berbeza berbanding menyambut Ramadan berseorangan di bandar.
Jadi kepada yang ingin pulang ke kampung, ini peluang terbaik untuk anda melakukannya kerana syarikat penerbangan Malaysia Airlines sedang menawarkan potongan diskaun bagi kadar tambang sehingga 50 peratus.
Bersempena dengan kempen Ultimate Travelisious Deals yang dilancarkan oleh syarikat tersebut, tawaran potongan diskaun itu bermula hari ini sehingga sehingga 8 Mei depan.
Dalam pada itu, kadar potongan diskaun juga ditawarkan kepada anda yang merancang untuk ke destinasi antarabangsa dan berpeluang menikmati kadar tambang serendah RM379 bagi penerbangan ke Phuket, Kochi dari RM399 dan Bali RM629 bagi kelas ekonomi.
MAS juga menawarkan diskaun yang sama bagi destinasi ke China iaitu serendah RM589 ke Nanjing, RM689 ke Hong Kong dan RM1,089 ke Shanghai.
Bagi destinasi ke Perth Australia pula, MAS menawarkan tambang bermula dari RM999, Seoul RM1,099, Tokyo RM1,199 dan London RM2,499.
Bagi pelanggan yang tidak membawa lebih bagasi tambahan, anda boleh menikmati tambang economy Lite bagi destinasi domestik dengan harga serendah RM69 ke Pulau Pinang, Langkawi dan Kuching RM99 serta Kota Kinabalu RM159.
Semua tawaran tersebut adalah sah untuk perjalanan bermula 29 April 2019 sehingga 31 Mac 2020
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi pelancong yang beragama muslim, solat adalah satu kewajipan yang mesti ditunaikan tidak kira masa dan tempat. Tak kira sama ada sedang berkerja atau bercuti, solat mesti diutamakan.
Tapi sewaktu dalam perjalanan untuk bercuti atau bermusafir, terutamanya ketika menaiki kereta, adakah dibolehkan untuk kita menunaikan solat didalamnya?
Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, solat yang boleh dilakukan dalam keadaan berada di atas atau dalam sesebuah kereta adalah solat sunat sahaja. Untuk solat fardhu pula, para ulama menyatakan bahawa hendaklah seseorang itu turun dari keretanya untuk melaksanakan solat.
Ini kerana, seseorang yang menaiki kereta itu tidak menjadi kesukaran buat dirinya untuk berhenti dan keluar menunaikan solat di luar kereta. Hal ini mengambil kira suasana di negara kita yang begitu kondusif dalam menyediakan kemudahan tempat solat seperti surau-surau yang terdapat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R), stesen minyak, dan sebagainya.
Berbeza dengan keadaan seseorang itu yang sedang menempuh perjalanan menaiki kapal terbang atau keretapi. Dalam isu ini, adalah dibolehkan untuk seseorang itu solat di dalamnya sama ada untuk solat sunat atau solat fardhu sekalipun.
Ini mengambil kira tempoh perjalanan yang panjang secara adatnya dengan menaiki kenderaan seperti ini, tambahan pula seseorang itu tidak ada cara untuk turun dari kenderaan seperti ini semata-mata untuk menunaikan solat melainkan hanya dapat turun sesampai sahaja kenderaan ini ke destinasi yang dituju.
Jadi, kesimpulannya hukum menunaikan solat sunat di dalam kereta adalah dibolehkan. Manakala solat fardhu pula adalah tidak dibolehkan melainkan dalam keadaan dharurat dan sekiranya keadaan setempat memudahkan kita untuk menunaikan solat di tempat yang lebih selesa berbanding solat di dalam kereta, hendaklah ia lebih diutamakan. Ini mengambil kira sifat solat yang mempunyai syarat- syarat dan rukunnya yang perlu diraikan.