Mak ayah bawa anak ke mana musim cuti sekolah? Kalau anda ada di sekitar Putrajaya, tak perlu memandu jarak jauh nak bawa anak-anak untuk bersuka ria. Cukup sekadar jelajah ibu kota pintar seluas 49 kilometer (km) persegi tersebut.
Ada banyak tempat unik lagi menarik yang boleh buat si kecil teruja.
Berikut lima lokasi yang boleh kalian pertimbangkan untuk habiskan masa hujung minggu:
1. Kelab Tasik Putrajaya
Alamat: Kelab Tasik Putrajaya, Putrajaya
Waktu operasi: 9.30 pagi hingga 6.30 petang
Facebook: Kelab Tasik Putrajaya
– Antara lokasi terbaik untuk kalian bawa famili beriadah.
– Selain boleh beri makan ikan, anda boleh berkayak dan bermain aqua boat yang berbentuk kereta merah.
– Kalau nak belajar scuba diving, Kelab Tasik Putrajaya turut menyediakan servis tersebut.
– Jangan lepaskan peluang untuk meriahkan Pesta Tasik di sana kerana pelbagai aktiviti menarik diadakan.
Ads
2. Pantai Floria
Alamat: Sisiran Floria, Presint 4, Putrajaya
Waktu operasi: 9 pagi hingga 6.30 petang
Facebook: Rekreasi Air Sisiran Floria Putrajaya
– Satu lagi tempat untuk melakukan aktiviti berkayak, memancing atau bermain bot kawalan jauh.
– Jadi, si ayah jangan lupa bawa koleksi joran sebab koleksi ikan di sana memang besar dan puas hati kalau dapat bawa balik.
– Sesuai juga dijadikan lokasi piknik sebab anak-anak boleh bermain air.
– Lagi menarik, sempena bulan kemerdekaan ini, bagi sesiapa yang membawa bendera dan bermain di sana, dapat harga istimewa.
3. Putrajaya Steps
Alamat: Presint 1, Putrajaya
Waktu operasi: 24 jam
Tiket masuk: Percuma
Ads
– Inilah masanya untuk anda uji ketahanan diri. Sebanyak 248 anak tangga perlu didaki!
– Ia dibina di atas cerun menuju ke Taman Putra Perdana setinggi 30 meter dan jarak sejauh 200 meter.
– Jangan lepaskan peluang untuk bergambar kenangan bersama signatur ikonik Tangga Putrajaya yang dibina sempena sambutan Jubli Perak Putrajaya.
4. Taman Wetland Putrajaya
Alamat: Presint 13, Putrajaya
Waktu operasi: 7 pagi hingga 7 malam
Tiket masuk: Percuma
Ads
– Satu hari memang tak cukup kalau mahu ronda kawasan seluas 3.35km persegi.
– Taman Wetland pula mempunyai lebih 59 spesies burung penghijrah dan 200 spesies burung tempatan, lebih 24 spesies ikan air tawar serta haiwan akuatik.
– Sudah penat berjalan, apa kata singgah ke Wetland Studios yang penuh dengan kejutan. Pasti anak-anak suka!
5. Taman Cabaran Putrajaya
Alamat: Jalan P5, Presint 5, Putrajaya
Waktu operasi: 10 pagi hingga 7 malam
Tiket masuk: RM6 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak)
– Sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti ektrem seperti berbasikal bukit, wall climbing dan skateboard.
– Kompleks sukan mendaki tersebut mempunyai tembok dinding setinggi 20 meter dan terbahagi kepada lima zon.
– Jadi jangan risau, anda boleh pilih zon yang sesuai dengan stamina diri.
Putrajaya memang memiliki pelbagai kemudahan rekreasi mengujakan tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak.
Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lupa bawa joran untuk aktiviti air di sana.
Selamat berhujung minggu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Melakukan aktiviti bercamping bersama keluarga boleh mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Inilah masakan berkumpul sambil bertanyakan perihal masing-masing.
Jadi bagi mereka yang mencari tapak camping paling best, boleh cuba layan Sojuk Riverside yang terletak di Batang Kali Selangor.
Menariknya pengunjung dapat melihat kejernihan sungai yang juga cetek dan untuk yang bawa anak 6 tahun ke bawah ada disediakan papan gelongsor terus ke sungai.
Kawasannya juga bersih dan terjaga. Pendek kata dengan harga serendah RM30, pengalaman camping di sini pasti memberi kepuasan berbeza.
Pengalaman bercamping bersama isteri dan anak-anak di Sojuk Riverside pada Jumaat dan Sabtu lepas. Kemsait yang sesuai untuk keluarga bagi saya. Kabin pun ada untuk yang tak nak pacak khemah.
Sungai jernih dan cetek, memang cun untuk bawa anak 6 tahun kebawah, siap ada papan gelongsor terus ke sungai. Kawasan bersih dan terjaga. Pagi-pagi kawasan pengumpulan sampah sudah dkbersihkan. Tandas dan sinki memuaskan, bersih dan tak berbau.
Untuk muslim, surau ada disediakan. Caj tapak khemah, RM50. Yang beratap dan berlantaikan simen RM130, boleh muat dua khemah besar. Kabin saya tak pasti.
Yang terbaik, tuan pemilik peramah, lembut berkata dan sudi membantu bila kita bertanya. Pekerja pun sentiasa berlegar-legar dengan walkie talkie mereka untuk melayan tetamu dan menguruskan parking kereta.
Di seberang sungai ni, ada satu kawasan persendirian (On The Rock) yang kita tidak boleh masuk. Penuh dengan rumput dan pokok-pokok besar, jadi pemandangan dari tapak khemah memang cantik menghijau. Pagi-pagi berkabus dan sejuk itu pasti, jadi memang santai.
Sojuk Riverside Jln Batang Kali – Genting Highlands, Kampung Kuantan, 44300 Batang Kali, Selangor 017-376 5668 https://goo.gl/maps/gwEWrwyU5zGNFuJL6
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi anda yang sudah biasa melancong ke luar negara, tentu tahu apa kepentingan pasport. Pastikan pasport sentiasa diperbaharui dan jangan tunggu hingga saat-saat akhir barulah terfikir untuk memperbaharui pasport, huru-hara dibuatnya. Baru semangat hendak bercuti, tidak fasal-fasal pula dibatalkan. Potong betullah!
PERBEZAAN
Ramai yang bertanyakan apa perbezaan antara pasport dan visa. Secara ringkas, pasport merupakan satu dokumen sah bagi membenarkan seseorang rakyat negara terbabit untuk melancong ke luar negara. Pasport meliputi identiti seseorang termasuk gambar, tandatangan dan perihal diri yang penting. Visa pula kebenaran untuk masuk ke sebuah negara asing dalam satu tempoh yang tertentu. Biasanya, visa di cap di pasport pemilik tersebut.
PASPORT
Syarat utama, anda haruslah warganegara Malaysia. Terdapat dua bayaran iaitu RM100 untuk tempoh dua tahun dan RM300 untuk tempoh lima tahun. Bagi bayaran warga emas (60 tahun ke atas) dan kanak-kanak (12 tahun ke bawah), bayaran RM80 untuk tempoh dua tahun dan RM150 untuk tempoh lima tahun dikenakan. Manakala, golongan orang kurang upaya (OKU) tidak dikenakan sebarang bayaran. Bayaran separuh harga pula hanya dibenarkan untuk remaja yang belum sampai 21 tahun yang sedang belajar di luar negara. Kemudian anda hanya perlu ke Pejabat Imigresen atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.
VISA
Permohonan visa pula boleh dibuat di mana-mana Pejabat Atas Imigresen, Konsulat, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Kedutaan Malaysia atau di Konsulat British bagi negara yang tidak mempunyai Pejabat Perwakilan Malaysia. Untuk mendapatkan visa, dokumen seperti pasport yang masih laku, salinan borang tertentu, gambar dan tiket penerbangan perlu ada. Bagi anda yang mahu tahu lebih lanjut, anda bolehlah merujuk kepada laman www.imi.gov.my.
Haa… Tunggu apa lagi? Sudah ada dokumen perjalanan sah, jangan lupa bagasi dan perkara-perkara penting untuk dibawa bersama. Pastikan anda membuat salinan dokumen, kurangkan membawa wang tunai sebaliknya guna kad kredit atau cek kembara. Lebih selamat jika anda berjalan secara berkumpulan untuk mengelakkan tersesat sendirian di bumi asing. Sekali lagi, buku merah jangan lupa bawa. Itu benda paling penting untuk keluar melancong.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau anda memang anak jati Kuala Lumpur, sebut sahaja bandaraya ini lokasi menarik yang terbayang dalam fikiran kita untuk terjah seperti kurang rencah. Jika tidak tahu ke mana hendak dituju pasti mati kutu, dan hanya lokasi tumpuan untuk membeli-belah dan makan-makan sahaja yang dijejak. Janganlah macam tu..Kuala Lumpur banyak lokasi baru yang menarik untuk lepak ok.
Adakah anda sedar tentang kewujudan mercu tanda baru di ibu negara menerusi projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life? Dulunya lokasi ini lebih dikenali sebagai tempat pemisah Sungai Klang. Lokasinya berada betul-betul di belakang Bangunan Sultan Abdul Samad, dan berhampiran pula Masjid Jamek. Lokasi ini juga menjadi jolokan sebagai Kolam Biru oleh penduduk tempatan.
River of Life adalah kawasan rekreasi baru untuk beristirahat bersama keluarga dan rakan-rakan. Lokasi ini juga turut menjadi tumpuan jurugambar tempatan dan asing untuk merakam foto ketika senja atau malam kerana ia mempunyai panorama yang sangat menarik.
Reka bentuk moden River of Life pastinya memberikan inspirasi kepada peminat seni binaan dengan dilengkapi pancuran air yang cantik dan paparan masa menjelang detik menyambut tahun 2020. Selain itu, disekeliling lokasi ini dihiasi dengan tanaman landskap yang indah dan terjaga rapi..
Laluan pejalan kaki di sepanjang River Of Life boleh dipuji kerana bersih, mempunyai banyak papan tanda untuk pelancong selain menjadi destinasi terbaik bagi merakam gambar untuk menceritakan tentang banyak bangunan ikonik di Kuala Lumpur.