Satu dunia ketika ini sudah terbiasa dengan penggunaan istilah-istilah pandemik untuk tahun 2020 ini. Perkataan-perkataan ini sudah agak sinonim dalam masyarakat dunia dan dikenali tidak seperti sebelum ini.

‘Lockdown’ Perkataan Paling Popular Di Dunia Tahun 2020 Pilihan Pakar Linguistik

Lockdown pertama kali muncul tahun ini di Wuhan, China yang merupakan lokasi pertama mengenakan perintah berkurung susulan wabak COVID-19. Sejak itu, hampir semua negara mengeluarkan arahan sama, dengan sekatan sosial yang belum pernah terjadi sebelumnya, membataskan interaksi manusia dan menjadikan tahun 2020 sebagai tahun paling unik dalam sejarah moden.

Ads

‘Lockdown’ Perkataan Paling Popular Di Dunia Tahun 2020 Pilihan Pakar Linguistik

Kamus bahasa Inggeris, Collins Dictionary telah memilih istilah ‘lockdown’, atau kerap diterjemah sebagai perintah berkurung, sebagai perkataan paling popular tahun ini. Ia dipilih pakar linguistik kerana maknanya mula berkembang di peringkat global susulan reaksi perkhidmatan kesihatan awam terhadap wabak COVID-19.

Ads

‘Lockdown’ Perkataan Paling Popular Di Dunia Tahun 2020 Pilihan Pakar Linguistik ‘Lockdown’ Perkataan Paling Popular Di Dunia Tahun 2020 Pilihan Pakar Linguistik

Ads

Ini yang tertulis pada laman web kamus ‘Collins Dictionary’:

  • Pakar bahasa sepakat memilih perkataan ini kerana ia merupakan pengalaman penyatuan bagi berbilion penduduk dunia, yang secara kolektif memainkan peranan mereka dalam memerangi penyebaran COVID-19.
  • Istilah ini dahulunya adalah kosa kata yang banyak digunakan untuk banduan di penjara.
    2020 adalah tahun di mana makna perkataan itu berubah secara drastik, ia kini merupakan satu kata kerja bagi langkah penjagaan kesihatan awam.
  • Penggunaan istilah itu naik sehingga 250,000 juta tahun ini, meningkat dari hanya 4,000 pada tahun sebelumnya.

image via google | pixels.com | astroawani

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI