Anda nak ke bercuti ke pantai ?️? Pulau ?️? Naik gunung ⛰️? Join event basikal ?? Nak pergi casting memancing ?? Atau apa sahaja aktiviti yang terlintas semasa cuti, pastikan anda lindungi kulit anda dengan sunblock.
Kenapa Libur kata macam tu? Sebab, keadaan atmosfera bumi sekarang dalam keadaan tidak sihat. Penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran ultra unggu atau ultra violet (UV) yang bahaya dari matahari ☀️ singgah terus ke permukaan kulit anda.
Banyak kajian saintifik dah dilakukan dan hasilnya menunjukkan sinaran UV yang berlebihan mampu mendatang kemudaratan seperti kanser kulit. Bahaya kan? Sebab tu Libur nak educate semua peminat-peminat travel dalam Malaysia ni untuk sentiasa peka dengan perkara – yang bagi sesetengah orang, remeh – macam ni.
Ada empat kelebihan yang ada daripada pemakaian sunblock dan ianya adalah:
- Melindungi kulit anda daripada sinaran UV
Macam yang Libur dah cakapkan tadi, penipisan lapisan ozon menyebabkan anda terdedah dengan pancaran cahaya matahari ☀️ yang terik serta sinaran UV dan itu adalah satu perkara yang tidak baik untuk kulit anda. Dengan mengaplikasikan sunblock pada kulit, setidak-tidaknya anda dapat mengurangkan implikasi sinaran UV dan pancaran matahari ☀️ terik itu tadi. - Mengurangkan risiko kanser kulit
Sinaran UV yang berlebihan mampu untuk mendatangkan kemudaratan yang lebih besar iaitu kanser. Kes kanser kulit akibat daripada terdedah dengan sinaran matahari ☀️ mungkin tidak popular di Malaysia, but believe me, it’s better prevent than cure. - Mengurangkan penuaan pada kulit
Sunblock ni pun macam skincare yang lain juga. Ia dapat membantu melindungi kulit anda daripada garis-garis berkedut yang membuatkan anda kelihatan tua daripada usia akibat berjemur bawah matahari ☀️. Macam mana dia dapat membantu? Dengan menghalang sinaran UV daripada singgah ke kulit anda. Kerosakan akibat sinaran UV menyebabkan kulit kelihatan tebal; perubahan warna; dan pecahan kolagen, yang menyumbang kepada garis, kendur dan kedutan. - Membantu mengekalkan tona warna atau mengelakkan sunburn
Sunblock membantu untuk menghalang perubahan warna dan bintik-bintik gelap akibat kerosakan sinaran matahari ☀️, membantu anda mengekalkan kulit yang lebih halus dan lebih licin.
Itu antara sebab kenapa anda perlu pakai sunblock setiap kali aktiviti riadah anda terdedah kepada sinaran matahari ☀️ yang terik.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Tempat Menarik Wajib Korang Terjah, Jika Bercuti Inap Desa Di Sungai Besar
Oleh kerana sekatan perjalanan rentas negeri disebabkan PKPB, pastinya ramai yang rindukan suasana kampung halaman.
Melepas rasa untuk mencium bau kampung halaman ini apa kata mengambil kesempatan bercuti dalam daerah dengan mengunjungi tempat bersuasana ala kedesaan.
Salah satu yang dicadangkan adalah Sungai Besar Selangor. Sepanjang perjalanan ke sana, kita akan merentasi daerah Meru Klang, Tg Karang, Bukit Malawati, Sekinchan sebelum sampai ke destinasi dituju.
Penginaan berkonsepkan desa dengan menawarkan harga berpatutan. Menyediakan pelbagai kemudahan untuk aktiviti riadah yang pastinya menyeronokkan.
Helmi Baharum dari Grup Backpackers Buddies Malaysia berkongsi pengalaman bercuti inap desa di Sungai Besar, Selangor.
𝗣𝗘𝗦𝗢𝗡𝗔 𝗞𝗘𝗜𝗡𝗗𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥,𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥
(Versi 2.0 Sabak Bernam/finale).
Trip 6-7 Mac 2021.
Review MyDesaStay, Jalan Haji Karim, Sg.Besar, Sabak Bernam, Selangor. Sesiapa yg dah lama tidak pulang ke kampung boleh pertimbangkan utk mencuba menginap di sini!,
Tempat ni dibina seolah-olah sebuah kampung mini. Hanya beberapa minggu sebelum kita berpuasa, bolehlah ambil peluang ke sini
MYDESASTAY(hotel):
Komuniti Rumah Kayu
1. Salah satu penginapan yang paling saya sukai dengan konsep desa.
2. Pelbagai jenis penginapan yg ada antaranya jenis kontena,rumah atas kolam, rumah menara, rumah kampung, dorm dan beberapa lagi yg lain, namun saya memilih untak menginap di tube/rumah kolong dengan harga RM76/unit (agoda):harga mungkin berbeza mengiku enjin pencarian ya.
3. Bagi rumah jenis kolong dan menara tandas dan surau disediakan di luar, tetapi selesa dan bersih.Ada jenis bilik yg ada tandas di dalam lebih sesuai untuk family-wise.
4. Sedikit disayangkan unit tube saya kurang soundproof, tapi masih boleh diterima.
5. Fasiliti di sini lengkap sangat bagai sebuah kampung: Ada pondok BBQ, dapur yg lengkap dan TV, barber shop, pusat internet, surau, tandas, kolam renang, petshop, perigi bunga, nursery bunga dan beberapa spot untuk bergambar terutamanya yg paling menarik bentuk rumah tradsional yg berbeza-beza.
6. Lokasi hotel strategik berdekatan dengan pekan Sungai Besar, sawah padi dan laut. Secara keseluruhan saya boleh bagi 4.5/5 star kepuasan di sini.
7. Owner dan staff terbaik.
10 TEMPAT MENARIK DI SEKITAR SG.BESAR
1. Restoran Eksotik Lembah Bernam: kami mencuba rendang landak,arnab bercili,pekasam dan lain-lain. Best!
2. Pasar Jerami Sg. Besar untuk melihat gulungan jerami yang cantik di sebelah tali air.
3. Laman Tebu Aidil.panas-panas pekena air tebu RM2 je.tp manis sgt lah.
4. D Estuary Marine Park, untuk melihat sunset, tak sangka pulak bila air surut membentuk rekahan macam kesan bumi terbelah dan disimbahi pulak cahaya matahari terbenam, syahdu sangat viewnya.
5. MY PLACE CAFE at KUNCI AIR
6. Pasar (moden) Sungai Haji Dorani
7. Pasar awam dan Jeti Sungai Besar
8. Old Mosque Panchang Bedena
9. Bagan Sungai Burong Blue Tear.cantik nya pantai ni, suka sangat di sini sambil tengok org memancing, kalau rezeki baik malam2 kita boleh nampak plankton biru bercahaya di sini.
10. Pantai Sekendi
Setelah menelusuri Sungai Besar secara details, boleh saya katakan di sini memang best! walaupun tidak se glamour jirannya-Sekinchan. Memang berbaloi ke sini
Artikel Berkaitan:
Ini Port Makan Best Di Seluruh Selangor, Senanglah Serbu
Layan ‘Staycation’ Hotel & Resort Paling Best Di Selangor
Kawasan Setinggan Terbesar! Sebab Malu, Bandar Kamagasaki Tidak Wujud Dalam Peta Jepun Walau Wujud
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Masa Yang Sesuai Nak Melancong Di Malaysia?
Perkara ini terlintas di fikiran bila melihat ramai juga kawan-kawan yang pergi melancong waktu-waktu off season. Jadi saya terfikir, ohh mungin mereka tidak tahu atau baru nak mula backpack.
Jadi, saya nak kongsikan serba sedikit pengetahuan saya mengenai season backpack yang sesuai di Malaysia. Kalau ada otai-otai diluar sana yang lebih expert, boleh kita bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain. Semoga ilmu ini bermanfaat kepada semua.
1. Cuaca di Malaysia adalah beriklim khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun.
2. Suhu cuaca juga adalah sederhana lebih kurang 30 darjah Celcius setiap hari.
3. Walaupun begitu, Malaysia menghadapi dua musim perubahan cuaca yang besar iaitu Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya.
4. Monsun Timur Laut dikenali sebagai off season manakala Monsun Barat Daya dikenali sebagai on season.
5. Artikel sebelum ini telah menjelaskan mengenai kedua-dua monsun atau season tersebut. Klik di sini untuk ke artikel tersebut.
6. Namun, masih menjadi trend pelancong domestik untuk bercuti ketika off season.
7. Tidak salah untuk bercuti ketika off season di Malaysia tetapi banyak agenda menarik yang boleh dilakukan sewaktu percutian mungkin tergendala akibat hujan.
8. Faktor keselamatan lebih berat jika beraktiviti ketika off season.
9. Memang benar, majoriti rakyat Malaysia banyak menghabiskan cuti hujung tahun.
10. Menghabiskan cuti hujung tahun sudah menjadi tradisi turun-temurun kepada semua rakyat jelata kerana hujung tahun juga jatuh musim cuti sekolah.
11. Jadi, bilakah masa yang sesuai kalau sekadar ingin bercuti dalam negara?
12. Masa yang terbaik adalah sekitar bulan Mac ke October.
13. Cuba elakkan bulan November dan Disember kerana waktu itu adalah waktu musim hujan yang teruk.
14. Banyak kawasan peranginan di pulau-pulau, kawasan hutan lipur dan kawasan pantai di Semenanjung terpaksa ditutup atas faktor keselamatan para pelancong.
15. Sekiranya anda ingin ke Sabah, masa yang sesuai adalah di pertengahan bulan Mei.
16. Anda boleh berkunjung ke tapak-tapak festival kerana Sabah sedang meraikan Pesta Kaamatan ketika itu.
17. Bagi yang ingin ke Sarawak, bulan Jun adalah yang paling baik kerana Pesta Gawai akan berlangsung di sana.
18. Jadi cuba adjust masa yang terbaik untuk anda keluar bercuti supaya tidak dilanda kemurungan akibat cuaca.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
SOLAT DI RUANG UDARA: HUKUM DAN CARANYA
Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor di Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
MUKADIMAH
Kapal terbang merupakan alat pengangkutan udara moden yang tidak dibincangkan berkenaan hukum-hakam berkaitannya oleh para fuqaha terdahulu. Akan tetapi, ia tetap tidak terkeluar dari sifatnya yang merupakan sebuah alat pengangkutan yang mana telah terdapatnya perbincangan mengenai hukum-hakam berkaitannya yang telah disebut oleh para fuqaha seperti hukum solat di atas unta, sampan atau kapal, dan sebagainya. Dalam edisi kali ini, kami di Bayan Linnas akan cuba memberikan penjelasan berkenaan suatu isu iaitu solat di atas kapal terbang serta hukum-hakam yang berkaitan.
Dalam menghuraikan isu ini dengan lebih lanjut, kami akan membahagikannya kepada beberapa isi penting.
PERTAMA: MASA PERLEPASAN
Di antara perkara yang diambil kira dalam isu ini ialah masa pergerakan seseorang dari satu destinasi ke destinasi yang lain dengan menggunakan kapal terbang.
Sebagai contoh: Seseorang yang ingin menunaikan umrah ke Arab Saudi dari Malaysia dengan menaiki kapal terbang. Masa perlepasannya dari KLIA ke Jeddah adalah pada pukul 3 petang waktu Malaysia. Justeru, cara yang lebih mudah untuk dirinya dalam hal ini adalah dengan menunaikan solat jamak qasar secara taqdim zohor dan juga asar di airport KLIA.
Contoh lain: Jika seseorang berada di atas kapal terbang dalam keadaan waktu solat masih belum masuk dan waktu perlepasannya adalah dari Jeddah menuju ke Malaysia pada pukul 10 malam waktu Arab Saudi. Maka dalam hal ini, solat Maghrib dan Isyak boleh dilakukan secara jamak di airport Jeddah. Solat Subuh pula dilakukan di dalam perjalanan iaitu ketika berada di atas kapal terbang. Manakala solat zohor dan asar pula boleh dilakukan secara jamak di airport KLIA.
KEDUA: MASUK WAKTU SOLAT
Cara untuk kita mengetahui masuknya waktu solat adalah melalui pengumuman yang dibuat oleh pramugara atau krew kapal terbang. Jika tiada pengumuman, kita boleh bertanyakan kepada mereka tentang waktu tempatan di kawasan yang sedang dilalui oleh kapal terbang. Saya juga mengesyorkan agar kita mencari alternatif lain seperti menggunakan jam yang mempunyai masa tempatan khususnya waktu solat seperti al-fajr dan lain-lain.
KETIGA: PENENTUAN ARAH KIBLAT
Dalam hal ini, amatlah perlu bagi seseorang untuk menghadap ke arah kiblat ketika hendak menunaikan solat. Ini kerana, menghadap ke arah kiblat merupakan syarat sah bagi solat. Ia berdasarkan firman Allah S.W.T:
فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ المَسْجِدِ الحَرَام
Maksudnya: Maka palingkanlah wajah kamu menghadap ke arah Masjid al-Haram.
Surah al-Baqarah (144)
Kata al-Imam al-Qurthubi ketika menafsirkan ayat ini: Palingkanlah urusan wajah kamu menghadap ke arah sudut Masjid al-Haram iaitu ka’abah. Lihat al-Jaamik Li Ahkam al-Quran, al-Qurthubi (2/148).
Namun ianya dikecualikan jika terdapat keuzuran untuk menghadap ke arah kiblat maka dibolehkan untuk menghadap arah yang paling hampir dengan kiblat. Namun jika ini juga tidak dapat dilakukan, maka saya syorkan agar solat tersebut diulang semula (i’adah) ataupun qadha sebaik sahaja sampai ke destinasi.
KEEMPAT: CARA MENGAMBIL WUDHUK
Di antara perkara yang perlu kita raikan ketika menaiki kapal terbang adalah sifat kapal terbang itu sendiri serta mematuhi peraturan penggunaan air dalam kapal terbang terutamanya dalam perjalanan jarak jauh. Saya mengesyorkan agar penggunaan air dilakukan dengan seminima mungkin sama ada dengan cara yang diajarkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji iaitu dengan menggunakan spray dan menyapu keseluruhan muka ataupun dengan menggunakan air dengan sedikit. Seperti membasuh anggota wuduk dengan sekali basuhan sahaja.
KELIMA: TAYAMMUM
Pada pendapat kami, adalah tidak sesuai untuk menggunakan tayammum di atas kapal terbang sementelahan lagi dengan pasir yang dibawa ke dalam kapal terbang. Manakala, berkenaan isu melekapkan tangan ke dinding atau tingkap kapal terbang untuk bertayammum, saya lebih cenderung mengatakan bahawa ia tidak menepati syarat sebenar wujudnya debu dan tanah pada dinding tersebut. Firman Allah S.W.T:
فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدٗا طَيِّبٗا
Maksudnya: Maka bertayammumlah kalian dengan debu yang bersih
Surah al-Maidah (6)
Kata al-Imam al-Syanqithi rahimahullah ketika menafsirkan ayat ini: Menjadi ketetapan ketika tayammum adalah pada pasir yang mempunyai debu yang boleh melekat di tangan. Inilah pendapat Imam al-Syafie dan juga Imam Ahmad. Rujuk Tafsir Adhwa’ al-Bayan (1/354)
KEENAM: CARA SOLAT DI ATAS KAPAL TERBANG
Dalam hal ini, kita hendaklah melihat kepada dua keadaan:
1- Kapal terbang yang mempunyai keluasan besar seperti Boeing 747, 757, 777, Airbus, dan seumpamanya. Justeru, jika terdapat ruangan untuk bersolat seperti kawasan yang berhampiran dengan tempat duduk pramugara, atau tempat hidangan makanan, maka pilihlah untuk bersolat di kawasan tersebut. Ini kerana, lebih banyak rukun fi’liyyah yang dapat kita lakukan dengan cara ini.
2- Sebaliknya, jika kapal terbang yang dinaiki itu bersaiz kecil seperti Boeing 737 dan seumpamanya dengan kapasiti penumpang yang padat serta tidak memungkinkan seseorang itu untuk berdiri bagi menunaikan solat maka dibolehkan untuk dia solat di tempat duduknya. Akan tetapi, terdapat beberapa keadaan yang perlu untuk diraikan. Antaranya:
- Halakan tubuh badan ke arah kiblat dari mula solat.
- Laksanakan rukun solat sekadar yang termampu. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud: Bertakwalah kalian kepada Allah sekadar kemampuan kalian.
(Surah al-Taghabun: 16)
- Segala rukun qauli (perkataan) hendaklah dilaksanakan.
- Syarat-syarat sah solat hendaklah dilakukan dengan sebaik mungkin.
KETUJUH: SOLAT HORMAT WAKTU
Solat hormat waktu adalah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayamum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat.
Solat ini wajib di qadha semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat. Kita juga boleh mengqada solat hormat waktu ini secara jamak ataupun qasar dengan syarat kita masih berada dalam keadaan musafir.
Apabila kita telah kembali ke tempat asal maka solat hormat waktu mestilah di qada secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayamum bagi mengqada solat, maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah SWT.
Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah, tetapi kita masih melengah-lengahkannya maka kita dikira berdosa.
Aisyah menceritakan bahawasanya beliau telah meminjam daripada Asma’ seutas rantai, lalu ia hilang. Maka Rasulullah SAW menghantar beberapa orang sahabat baginda untuk mencarinya.
Lalu tiba waktu solat, dan mereka pun solat tanpa wuduk. Apabila mereka mendatangi Nabi SAW, mereka mengadu hal tersebut, lalu turunlah ayat pensyariatan tayammum.
Pendapat ulama:
Al-Hafiz Al-Iraqi (725-806 H.) menyatakan bahawa terdapat empat pendapat daripada fuqaha mazhab Al-Syafie berhubung solat tanpa taharah.
Pendapat yang paling sahih di sisi ulama mazhab (Al-Syafie) ialah: Wajib solat kerana menghormati waktu dan wajib mengulanginya jika mampu melakukan salah satu daripadanya (wuduk atau tayamum).
Ada juga pendapat wajib solat dan tidak wajib mengulanginya. Ini adalah pilihan Al-Muzani. Kata Abu Thaur: Inilah yang menepati qiyas dan ia disebut oleh Ibnu Abd Al-Barr daripada sebilangan fuqaha.
Imam Al-Nawawi berkata: “Sesungguhnya ia adalah pendapat yang paling kuat dalilnya dan pendapat ini dikukuhkan oleh hadis ini iaitu mereka (para sahabat) solat tanpa wuduk sebelum turun ayat tayamum dan tidak dinukilkan bahawa Nabi SAW mengarahkan mereka untuk mengulanginya.”
KELAPAN: PERI PENTING DAN KEDUDUKAN SOLAT
Secara mutlak, solat merupakan ibadah badaniyah yang paling utama. Ini berdasarkan peristiwa seorang lelaki telah bertanya Nabi SAW tentang amalan yang afdhal.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Solat. Dia terus bertanya: Kemudian apa pula ? Nabi bersabda: Kemudian solat. Dia bertanya lagi: Kemudian apa? Baginda bersabda: Solat. Baginda telah mengulangi jawapan solat sebanyak tiga kali.
(Riwayat Ibnu Hibban)
Menebus dosa
Dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim ada menyatakan dua solat yang dilakukan seseorang Islam dengan betul akan menebus dosa-dosa yang berlaku di antara kedua-dua solat tersebut. Ini berdasarkan hadis, Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dengan melakukan solat lima waktu Allah akan menghapuskan dosa-dosa.
(Riwayat al-Bukhari)
Hadis seterusnya, Uthman R.anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah, maka semua solat fardu yang dilakukannya akan menebus dosa yang ada di antara solat tersebut.
(Riwayat Muslim)
Begitu juga orang yang cuai mengerjakan solat, sama ada sengaja melengah-lengahkan atau meninggalkannya akan membawa kepada kekufuran sekiranya dia berterusan begitu. Oleh itu, solat merupakan santapan utama bagi iman sebagaimana yang telah disebutkan.
Seterusnya hadis daripada Ummu Aiman, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Jangan engkau sengaja meninggalkan solat, sesungguhnya sesiapa yang sengaja meninggalkan solat dia akan terlepas daripada mendapat perlindungan Allah dan Rasul-Nya.”
(Riwayat Imam Ahmad)
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI