Sepasang suami isteri dari Britain yang meninggalkan negara asal mereka pada tahun 2011 kerana ingin belayar mengelilingi dunia kini telah mempunyai tiga orang cahaya mata dan masih meneruskan pelayaran.

Lima Beranak Hidup Hanya Dengan Berlayar Keliling DuniaLima Beranak Hidup Hanya Dengan Berlayar Keliling DuniaRamai yang cemburu dengan kehidupan keluarga ini kerana menghabiskan masa hanya dengan belayar selain berpeluang menjejakkan kaki di pelbagai negara di dunia.

Lima Beranak Hidup Hanya Dengan Berlayar Keliling Dunia

Lima Beranak Hidup Hanya Dengan Berlayar Keliling Dunia

Jess Lloyd-Mostyn berusia 36  dan suaminya, James, 48 tahun memulakan pengembaraan mereka setelah mengikuti beberapa kursus pelayaran ringkas. Pasangan itu sebelum ini hanya pasangan kekasih, dalam tempoh ketika misi pelayaran mereka telah berkahwin dan dikurniakan anak sudah melawat hampir 36 buah negara. Mereka sudah belayar sejauh 41,000 kilometer dalam tempoh lapan tahun ini.

Selepas menyeberangi Lautan Atlantik dan berada beberapa bulan di Caribbean dan tiba di Panama, pasangan iniu memutusakan untuk memulakan kehidupan berkeluarga. Dua tahun selepas memulakan pelayaran, Jess melahirkan anak pertamanya, Rocket yang kini berumur 5 tahun di sebuah hospital di Mexico manakala anak kedua, Indigo, 3 tahun, dilahirkan di New Zealand. Manakala cahaya mata ketiga mereka, Autumn lahir di London ketika pasangan suami isteri itu pulang dan berhenti sebentar di Britain pada Oktober tahun lalu.

Ads

Jess sebelum ini merupakan seorang artis seni dan James pula bekerja sebagai arkitek. Pasangan itu menyewakan rumah dan sebuah flat milik mereka di London bagi membantu membiayai pelayaran tersebut.

Ads

James dan Jess menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli sebuah kapal layar sepanjang lebih 12 meter pada harga £35,000 (RM190,739).

Ads

Mereka pada mulanya meletakkan tempoh dua tahun untuk menamatkan pelayaran tersebut. Namun, Jess dan James terpaut pada kehidupan baharu itu dan tidak merancang untuk berhenti belayar. Penulis percaya kehidupan sebegini menjadi impian ramai orang kan? Tujuan hidup hanya dengan mengelilingi dunia dan menggembara melihat ciptaan Ilahi.

Sumber: Dailymail | Sumber Foto: Instgram Waterlogsailling

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI