Light pillars
Light pillars

Light Pillars Pulau Kelambu, Sabah

LIGHT PILLARS: KEINDAHAN TIANG CAHAYA DI SABAH
Foto: Andrew Tan

Sekumpulan jurugambar menyaksikan fenomena yang sangat jarang berlaku di langit Malaysia pada malam hari; Light Pillars. Light pillars itu dilihat dalam warna oren, merah, hijau, kuning dan putih, seperti menari di langit untuk beberapa jam.

Fenomena ini disaksikan dberhampiran Pulau Kelambu, SABAH, yang terletak di hujung Borneo. Jurugambar, Andrew Tan, pengasas Mentography; menemui cahaya itu sekitar jam 9 malam. Mereka juga menyaksikan cahaya seolah menari di pertengahan laut berhampiran Pulau Kelambu. Fenomena itu beransur hilang sekitar jam 1 pagi.

Ini bukan kali pertama fenomena ini dilihat di Sabah. 2 tahun lepas disaksikan di Kota Kinabalu. Sebelum itu, cahaya ini dilihat di sekitar pantai timur Sabah pada 2006.

Ads

 

Apa itu Light Pillars (Tiang Cahaya)

LIGHT PILLARS: KEINDAHAN TIANG CAHAYA DI SABAH

Ads

Light Pillars (Tiang Cahaya) ialah fenomena optik atmosfera dalam bentuk menegak yang meluas ke atas atau ke bawah sumber cahaya. Ini terhasil oleh pantulan cahaya dari banyak kristal ais halus di atmosfera atau awan. Cahaya ini boleh juga terhasil dari matahari (kebiasaannya apabila ia hampir atau di bawah horizon) dan fenomena ini dikenali sebagai sun pillar @ solar pillar. Ia boleh juga terhasil dari cahaya bulan atau lampu jalan.

Ads

Lokasi Light Pillar terkenal di dunia ialah di Iceland atau Norway yang dikenali Northern Lights.

LIGHT PILLARS: KEINDAHAN TIANG CAHAYA DI SABAH
Northern Lights Norway

 

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI