Sempena sambutan Hari Kemerdekaan nanti pasti ramai yang akan ke ibu kota untuk meraikannya sambil berlibur. Tambah pula ia berlangsung ketika cuti penggal kedua persekolahan, sesuai sangat untuk bawa keluarga bersama.
Menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan yang ke-66 sudah tentu jadi agenda utama. Bagi meneruskan semangat patriotik, sesuai sangat jika anda sekeluarga langsung ke lokasi-lokasi seperti Tugu Negara, Bangunan Sultan Abu Samad, Menara Berkembar KLCC atau bangunan ikonik Merdeka 118 bagi menambahkan rasa cinta dan bangga pada negara Malaysia tercinta.
Melengkapkan liburan semangat merdeka di Kuala Lumpur, apa kata singgah juga di Lot 10 Bukit Bintang untuk turut sama merai Perajurit Dapur bersempena dengan kempen SAJI Terima Kasih Malaysia.
Berlangsung selama enam hari dari 26-31 Ogos 2023 bersempena bulan kemerdekaan ini, kempen SAJI Terima Kasih Malaysia: Perajurit Dapur ini diadakan bagi menghargai para Perajurit Dapur yang yang telah bertungkus lumus tanpa mengira penat lelah demi memenuhi selera rakyat Malaysia.
SAJI raikan Perajurit Dapur
Sama ada di dapur rumah, hotel, restoren mahupun gerai kecil sebagai, perajurit dapur ini kental mempertaruhkan masa, kudrat dan kepakaran yang mereka ada demi menghidangkan air tangan terbaik yang digaul sebati dari hati.
Ads
Walaupun pengorbanan mereka mungkin tidak begitu terasa namun, mereka inilah sebenarnya sanggup bergelut menahan bahang membara tanpa putus asa.
Perjuangan mereka ini telah menginspirasikan SAJI untuk memberi penghargaan istimewa sambil meraikan hero-hero masakan kita melalui kempen SAJI Terima Kasih Malaysia bertemakan perajurit dapur.
Temui selebriti sempena kempen SAJI Terima Kasih Malaysia
Sepanjang enam hari kempen ini berlangsung di Lot 10 Bukit Bintang pelbagai aktiviti menarik telah diatur untuk pengunjung yang berada di ibu kota antaranya pemberian sampel produk SAJI secara percuma dan jualan pek produk dengan harga promosi.
Ads
Kemuncak acara adalah pertandingan teh tarik, tebar roti canai dan juga sembang santai yang melibatkan selebriti popular seperti Nabila Huda, Sean Lee, Izzue Islam, Artu dan beberapa pempengaruh media sosial yang lain.
Ads
Di samping itu, selama kempen berlangsung, aktiviti menarik di media sosial turut diadakan. Ia berupa permainan puzzle yang menawarkan hadiah tambah nilai Touch n Go bernilai RM18. Hanya layari media sosial SAJI untuk menyertaikan permainan ini.
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang kempen SAJI Terima Kasih Malaysia: Perajurit Dapur layari https://sajiterimakasihmalaysia.com/perajuritdapur/ untuk menyertai permainan ini. Nantikan juga Viral Video SAJI yang akan dilancarkan di Buletin Utama pada 25 Ogos 2023 dengan bertemakan Perajurit Dapur.
Bila sebut bercuti ke Eropah pasti yang bermain di fikiran traveler semua bajet yang agak tinggi kerana perbezaan pertukaran duit yang lebih tinggi berbanding Ringgit Malaysia.
Tapi kalau kena caranya, tak perlu bajet yang terlalu besar dan banyak. Ini dibuktikan oleh Wan Haifa yang baru sahaja pulang dari trip ke Eropah selama tujuh hari enam malam.
Sempat ke Greece dan juga Austria, Wan Haifa berkongsi bajet yang dihabiskan selama seminggu berada di sana. Walaupun tak lama, 4 tempat sempat di jelajah oleh jejaka ini.
Berhabis hanya sekitar RM2,000, nak tahu apa yang menarik sepanjang percutian bajet Wan Haifa, ikuti perkongsiannya:
Jelajah Eropah dengan bajet RM2K je
Budget below Rm2k pun boleh travel Europe..
Just nak share short trip seminggu 8hb Oct – 14hb Oct (7d 6n)
Cover
Athens,Greece
Vienna, Austria
Hallstatt, Austria
Santorini, Greece
Flight
Scoot Airline
Dpt grab promo
SIN – ATH – SIN Rm573
Tiket ni grab mase bulan 6 haritu, dekat Last minute ada promo.. terus grab tak fikir panjang
Transport Intercity
Athens – Vienna (Ryanair) Rm134
Vienna – Santorini (Ryanair) Rm162
Santorini – Athens (Ryanair) Rm70
Vienna – Hallstatt (Obb Train) Rm192
KLIA2 – Singapore ( Airasia) . Rm35
Accommodation
Hostel 2 night Athens : Rm80
Hostel 2 night Vienna : Rm163
Hotel 1 night Santorini : Rm139
Airport Transfer
Athens Airport transfer Eur 5.50 x 4 : Rm101
Vienna Airport transfer Eur 4.30 x 2 : Rm39
Santorini Airport Transfer Eur 3.20 : Rm15
Day Pass/Transport dlm bandar
Athens 24 hours access tickets Eur 4.10 : Rm19
Athens 90 minutes tickets Eur 1.10 : Rm5
Vienna Daily pass (valid until 1am same day) : Rm37
Santorini ( Fira – Oia return) Eur 3.20 : Rm15
Entrance Ticket
Acropolis Eur 20 : Rm91.42
Bus
Singapore – JB Sgd 4.80 : Rm16
Larkin – KL Rm30
Simcard Europe
Happy Travel sim europe (Beli kt Lazada)
7 hari, sehari 500mb Rm34
Total : RM1950.42
Sebab masa singkat, dan nak rilek, tak nak rushing.. saya cover 4 tempat ni je.. Ikutkan nak cover Bratislava, Slovakia sebab jarak 1 jam dari Vienna je.. tapi sebab masa yang terhad.. jadi saya terpaksa cancel.
Kos makan dan shopping tu bergantung la, tapi option makanan halal di 3 tempat ni memang terhad. Kalau ada pun restoran Indian, boleh try vege food.. Tapi di Athens area Syntagma banyak restoran halal pakistan/India.
Di Hallstatt sebenarnya kalau nak puas, at least 2 hari la.. sebab nya sehari memang tak cukup nak cover..kalau nak stay di Hallstatt agak mahal, jadi boleh stay di Salzburg.. saya sebab short trip.. buat day trip je dari Vienna.
Santorini, penginapan di lereng bukit di Oia time peak season masa ni memang mahal.. harga boleh cecah 2k semalam untuk yang paling murah. So saya stay area Fira je senang.. kedai pun banyak area sini.. ulang alik ke Oia boleh naik bas je.
LIBUR: Memang murah dapat ke Greece dan Austria dengan bajet RM2k tu, kalau nak tahu lebih lanjut lagi boleh pergi ke posting yang dibuat oleh Wan Haifa di Backpackers Buddies Malaysia (BBM) dan lihat bahagian komen pada posting yang dibuat.
Pernah tak anda singgah Kedai Mat Sabu ini, sebuah kedai runcit popular di Batu Kurau, Perak? Jadi tumpuan dek kerana konsep kedainya yang tidak dikunci dan bekas duit syiling setinggi 4 tingkat, memang unik!
Kedai Mat Sabu Ini Legend di Batu Kurau
Menerusi video yang dimuat naik oleh @hazwanhfiz di laman X, kelihatan keadaan di dalam kedai runcit itu sangat teratur.
Duit Cecah RM100,000
Difahamkan, kedai ini dibuka 24 jam sehari dan 365 hari setahun. Bermakna, kedai runcit tersebut tidak pernah ditutup. Malah, tidak pernah berkunci.
Bukan itu saja, apa yang lebih menarik perhatian adalah terdapat bekas duit syiling setinggi empat tingkat yang dikatakan nilainya hampir mencecah hampir RM100,000.
“Orang Batu Kurau panggil ‘Kedai Mat Sabu’. Masuk kedai runcit dia, mata lebih tertarik dengan duit syiling 4 tingkat di tepi meja.
“Dulu duit syiling letak dalam bakul raga ja. Tokey pesan siapa boleh angkat bakul duit syling ni, boleh bawa balik.”
“La ni nohh dah 4 tingkat.”
“Ada orang tanya tak takut ka kena rompak duit banyak-banyak tu?”
Silakan masuk rompak kalau anda berani. Silap-silap tak keluar kedai la. Tokey bukan kosong,” katanya.
Jadi kalau nak tengok banyak mana duitnya dalam itu dan apa yang ada di kedai itu, kena lah pergi Batu Kurau, Perak. Jom ajak member ke sana pula, tengok sendiri lagi puas!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau diikutkan fungsi masjid sebenarnya lebih daripada ruang untuk mendirikan solat semata-mata. Namun hari ini, ada segelintir pengurusan masjid yang ‘sangat menjaga’ rumah ibadat umat Islam ini sehingga mewujudkan pelbagai undang-undang manusia yang ada kalanya tidak boleh diterima akal.
Antaranya tidak mesra kanak-kanak seperti kanak-kanak perlu bersolat diruang yang jauh dengan orang dewasa, tidak dibenarkan bermain dan banyak lagi. Peraturan tersebut menyebabkan ramai daripada para jemaah yang mempunyai anak-anak tidak dapat hadir ke masjid kerana kekangan perlu meninggalkan anak-anak sendirian di rumah.
Usah risau! Untuk ibu bapa, ini ada perkongsian masjid yang mesra kanak-kanak ada di sekitar Lembah Klang. Ia dikongsi oleh seorang jemaah yang mempunyai pengalaman mengunjungi beberapa masjid yang menyediakan ruang khusus bagi anak-anak untuk bermain dan beraktiviti.
Saya ingin kongsikan beberapa masjid yang saya pernah pergi untuk terawikh dan iktikaf (iftar dan sahur disediakan juga tau) sekeluarga bersama anak-anak. Sekitar Selangor KL je, tempat lain maaf saya tak tahu. Mesra kanak-kanak = mengalu-alukan kehadiran anak kecil dengan menyediakan sudut permainan anak-anak. Juga membenarkan ibu bapa bawa anak kecil solat bersama.Tempat solat paling afdal untuk muslimah adalah di rumah namun Islam tak menghalang untuk muslimah turut merebut ganjaran solat berjemaah di masjid. Selagi menjaga diri dengan menutup aurat sempurna, dan tidak memakai wangian & bertabaruj.
1. Masjid UIAM Gombak
Masjid yang saya jatuh cinta sejak zaman bujang kerna suasana masjid selain berimamkan imam yang punyai kualiti bacaan Al-Quran yang terbaik. Malahan dapat jumpa kepelbagaian kaum dari negara-negara Islam di seluruh dunia juga membolehkan kita mengenali pelbagai mazhab dalam beragama. Sangat mesra kanak-kanak. Memang ada ruangan solat khas untuk ibu dan anak. Ramadhan tahun ini ada ruangan permainan untuk anak2 di ruangan solat muslimah aras 2. Cuma perlu dipantau sendiri oleh ibu atau anak yang besar.
2. Masjid Sultan Abdul Aziz (Masjid Negeri) Shah Alam
‘Kids Corner’ yang terbaik! Sebab ada ramai volunteer dari kalangan pelajar IPT yang uruskan kanak-kanak. Anak2 perlu didaftari oleh ibu bapa. Dapat kad nama untuk setiap anak, tulis nama ibu bapa. Paling bagus ada banyak bilik yang dikategorikan ikut usia anak2.
Jadi aktiviti dilakukan mengikuti usia. Ada bilik yang anak-anak solat jemaah sesama mereka. Anak2 besar masuk perpustakaan masjid. Buat kerja sekolah dalam tu pun boleh selepas mereka ikut solat ikut kemampuan mereka. Siap disediakan barang mainan untuk anak2 bermain. Bayaran atas infak ibu bapa. Untuk iktikaf wanita dibenarkan tidur diruangkan solat bertutup di bahagian bawah masjid.
3. Masjid Wilayah, KL
Masjid yang saya sangat suka sejak 3 tahun lepas. Kerna ini masjid pertama saya tahu ada volunteer masjid daripada kalangan pelajar IPT yang bertugas setiap hari buat aktiviti ‘playgroup’ untuk anak-anak. Ada bilik ‘kids corner’ bahagian bawah masjid, ibu bapa perlu daftarkan anak2, boleh letakkan anak mulai usia 6 bulan tak silap. Di ruangan solat utama dan tingkatan atas juga ada volunteer yang akan bawa peralatan mewarna dan kertas untuk aktiviti anak2. Namun ibu bapa tetap kena pantau sendiri anak2 kecil yang belum sesuai buat aktiviti sendiri. Untuk iktikaf bahagian atas lebih selesa untuk muslimah. Ada lif.
4. Masjid Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong
Ada sudut taman mini permainan untuk anak2. Cuma agak jauh dari ruangan solat ibu ( harap tahun ini lebih dekat dengan ruang solat ibu). Untuk iktikaf wanita boleh tidur bahagian atas, sejuk dan selesa. Untuk lelaki kena tidur bahagian beranda masjid.
5. Masjid Putra, Putrajaya
Ada ruangan permainan anak-anak. Cuma jauh dari ruang solat wanita. Tapi dalam ruang solat wanita ada ruangan untuk anak-anak duduk bermain. Mungkin sesuai untuk anak-anak dibekalkan dengan peralatan kertas dan pensel warna atau alat mainan sendiri.
6. Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) Putrajaya
Ada sudut permainan anak-anak. Cuma jauh dari ruangan solat ibu bapa. Tempat yang selesa untuk wanita beriktikaf kerna pihak masjid akan letak penghadang untuk lebih bertutup ruangan muslimah.
7. Masjid Puncak Alam
Ada disediakan bilik permainan anak-anak yang terletak di bangunan pentadbiran masjid. Ruang solat untuk ibu dan anak di bahagian ruang terbuka. Pasti tahun ini masjid-masjid tersebut akan lebih mesra kanak-kanak. Dan pasti sebenar banyak je masjid lain mesra kanak-kanak.
8. Masjid Bandar Baru Seri Putra
Lokasi masjid ini di Kajang, Selangor. Apa yang menarik, perkhidmatan nurseri sempena Ramadan telah disediakan di Bilik Kuliah, Masjid Bandar Seri Putra.
Ibu bapa boleh menghantar anak mereka ke nurseri ini yang sesuai bagi kanak-kanak yang berusia dari umur 1 hingga 8 tahun. Perkhidmatan seperti ini sangat memudahkan ibu bapa yang membawa anak kecil supaya mereka dapat fokus dalam beribadah.
9. Masjid Seksyen 13, Shah Alam
Masjid ini juga menjadi tumpuan warga Shah Alam kerana sangat mesra kanak-kanak dan selesa bagi jemaah yang datang berkeluarga.
Disediakan playground untuk anak-anak bermain di bahagian tepi masjid. Bagi golongan wanita yang tidak selesa bersolat di ruang solat utama, mereka masih boleh bersolat di ruang luar masjid yang berbumbung dan turut disediakan kipas bagi keselesaan jemaah.
10. Masjid Hasanah, Bandar Baru Bangi
Inisiatif Biro Wanita, Masjid Hasanah ini patut dipuji atas usaha mereka menyediakan perkhidmatan nurseri percuma di dalam masjid bagi membolehkan ibu bapa ikut berjemaah sepanjang bulan Ramadan.
Penjaga di sini masih tetap berkesempatan mengerjakan solat terawih secara bergilir-gilir. Ibu bapa dinasihatkan untuk memendekkan jumlah rakaat kepada 8 sahaja demi memberi ruang kepada penjaga untuk berterawih secara berjemaah juga.
Kebanyakkan penjaga adalah terdiri daripada kalangan surirumah tangga yang akan membantu menjaga si kecil sepanjang ibu bapa mereka menunaikan ibadah
Tip Bawa Kanak-Kanak Ke Masjid
Jika masjid berhawa dingin bawa selimut mencukupi.
Pastikan anak2 wajib kencing sebelum tidur.
Bawa alas kalis air untuk diletakkan dibawah alas kain/toto. Elakkan jika anak2 terkencing semasa tidur.
Walaupun ada masjid yang mesra kanak-kanak, ibu bapa tetap perlu mendidik anak-anak sejak kecil adab berada dalam masjid seperti, tidak melintas di hadapan orang yang tengah bersolat, tidak menjerit dan menyanyi, dan tidak mengambil hak orang lain.
Moga anak-anak kita termasuk dalam kalangan pemuda pemudi yang cintakan masjid. Sekian moga bermanfaat. Jika ada sesiapa yang tahu masjid lain mesra kanak-kanak boleh kongsikan juga ya. Pasti ada banyak lagi masjid yang mengambil inisiatif meraikan kedatangan kanak-kanak ke masjid dengan menyediakan pelbagai kemudahan buat mereka dan membantu memudahkan urusan para ibu bapa.