Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelma tidak lama lagi, jom luangkan masa ke Sunway Lagoon sambil menikmati keseronokan berpanjangan dengan barisan maskot Sunway Lagoon ‘God of Prosperity bersama Captain Quack & Friends’. Mereka akan bersama-sama para pengunjung memeriahkan perayaan ini bermula dari 23 Januari sehingga 6 Februari.

Pada 25 dan 26 Januari 2020, pengunjung Sunway Lagoon bakal menerima sampul ang pau edisi terhad dan limau mandarin. Bukan itu sahaja, pengujung turut akan dihiburkan dengan persembahan seperti Tarian Singa, Gendang Cina dan sketsa istimewa A Mouse’s Tale oleh Captain Quack & Friends dan kemunculan Sifu Lao Shu.

Terdapat beberapa tarikan lain di Sunway Lagoon sepanjang Tahun Baru Cina ini antaranya Huat Cheese Mountain, Wishing Love Pond, Rat Race Animal Kingdom, Fortune Chest, Lucky Tree, Sand Art dan Chapteh.

Dikesempatan itu, LIBUR ingin memberi sesuatu yang istimewa buat anda yang bertuah, iaitu 4 tiket masuk untuk merasai sendiri pengalaman hebat ‘A Mouse’s Tale di Sunway Lagoon’. Tiket masuk sah hanya untuk kegunaan 23 Januari 2020 hingga 6 Februari 2020 sahaja. Nak menang tiket ini secara PERCUMA? Anda hanya perlu menjawab dua (2) soalan mudah ini.

Ads

Selamat berjaya!

[LIBUR REWARDS] Menangi 4 Tiket ‘A Mouse’s Tale Sunway Lagoon’ Sempena Tahun Baru Cina

LIBUR REWARDS | Menangi 4 Tiket 'A Mouse's Tale Sunway Lagoon'

Untuk penyertaan lengkapkan butiran diri dan jawab soalan berikut.

Contoh : 0127521465

Ads

Sila tandakan negeri tempat tinggal anda yang terkini.

Soalan

Tidak melebihi 20 patah perkataan

Terma & Syarat Peraduan:

  • Tempoh peraduan ini berlangsung dari 15 Januari 2020 hingga 19 Januari 2019.
  • Penganjur berhak untuk memendekkan atau memanjangkan tempoh peraduan tanpa notis awal.
  • Penganjur berhak membatalkan, menamatkan atau menggantung peraduan ini dengan notis yang diletakkan di laman sesawang Libur dan Facebook Majalah Libur atau dalam apa-apa cara lain yang difikirkan sesuai oleh pihak penganjur.
  • Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan sebarang penyertaan yang tidak lengkap.
  • Penganjur berhak untuk menggunakan sebarang kaedah atau cara lain yang dirasakan sesuai atas budi bicaranya sendiri bagi tujuan mengumumkan pemenang peraduan ini.
  • Dengan menyertai peraduan ini, peserta dan pemenang bersetuju bahawa penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama yang dikemukakan oleh peserta dan/atau pemenang di dalam peraduan ini serta penyertaan untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang pampasan atau notis dan setiap peserta, pemenang dan/atau pihak ketiga tidak layak untuk membuat sebarang tuntutan bagi penggunaan penyertaan oleh penganjur.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI