Beberapa siri letupan telah menggegarkan beberapa lokasi tumpuan dan pelancongan di Sri Lanka sekitar pukul 8.30 pagi waktu Malaysia.

Letupan yang mensasarkan tiga rumah ibadat dan tiga hotel di Sri Lanka itu mengorbankan sekurang-kurangnya 52 orang dan mencederakan lebih 300 yang lain.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra, setakat pukul 1.30 petang waktu Malaysia, tiada laporan kemalangan jiwa atau kecederaan yang melibatkan rakyat Malaysia di sana.

Ads

Menurut jurucakap polis Sri Lanka, dua hotel dan satu gereja yang disasarkan terletak di pusat bandar Colombo manakala satu gereja yang lain di Negombo, utara Colombo.

Ads

Dalam pada itu, Wisma Putra dalam kenyataannya turut mengutuk tindakan pengeboman tersebut dan menyatakan pengganas tidak berperikemanusiaan itu perlu dihadapkan ke muka pengadilan.

Ads

Kedutaan Malaysia di Sri Lanka kini sedang memantau secara rapi setiap perkembangan yang berlaku di sana.

Sumber: Wisma Putra

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI