Jugra menjadi destinasi pelancongan popular di daerah Kuala Langat.
Pastinya tarikan utama di sini ialah Rumah Api Bukit Jugra. Dulu, ia memainkan peranan penting kepada jurumudi dan nakhoda kapal di laut kerana lokasinya yang strategik apabila menghadap Selat Melaka. Bagi penggemar sukan lasak terutamanya aktiviti paragliding, nama Bukit Jugra bukanlah asing buat mereka. Bukit Jugra yang terletak berdekatan Kampung Kanchong Darat, di Banting, Selangor sering dipenuhi pengunjung terutama pada hujung minggu kerana selain menjadi port paragliding, aktiviti riadah lain juga boleh dilakukan di sini.
Jika inginkan kelainan pada cuti hujung minggu, anda disarankan memanjat Bukit Jugra dan mencuba terbang di udara dengan paragliding sekali gus dapat memiliki keindahan alam semula jadi sesuai untuk bersantai sambil menghirup udara segar. Kos melakukan aktiviti ini juga amat berpatutan dan pastinya sangat serasi dengan jiwa kalian yang mahu mencuba sesuatu yang lebih mencabar.
Sebelum terbang, setiap peserta paragliding akan diberikan taklimat dan peraturan ketika berada di udara. Pihak pengurusan amat menitik beratkan aspek keselamatan kepada setiap peserta kerana tidak mahu perkara yang boleh membahayakan keselamatan mereka. Peserta akan meluncur di udara sekitar 10-15 minit dan boleh menikmati pemandangan indah ketika berada pada ruang angkasa.
Info:
- Bayaran yang dikenakan kepada pengunjung bergantung kepada waktu tertentu seperti pada pagi hari bayarannya lebih murah berbanding ketika matahari terbenam
- Pakaian yang sesuai dan kasut sukan
- Disertakan bersama gambar dan video penerbangan
- Sihat tubuh badan
- Berat badan individu tidak melebihi 200 kilogram
Image via Tourism Malaysia & google
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI