Travel

Lepaskan Rindu Suasana Bali di Samaya Villa Melaka, Best Layan Dekorasi Dalamannya

Share

Ada yang rindukan suasana percutian Bali? Atau mungkin impian anda untuk bercuti ke Bali masih tidak kesampaian?

Haaa… cukup dengan menginap di Samaya Villa, puas hati dapat merasa suasana ala Bali itu di sini.

Lepaskan Rindu Suasana Bali di Samaya Villa

Sebaik menjejakkan kaki ke dalam kawasan villa, tidak mustahil untuk anda terlupa lokasi sebenar percutian yang masih lagi di dalam negara dan bukannya di Bali.

Terletak berdekatan dengan Pantai Klebang, dekorasi dalaman villa ini cukup menarik dipandang kerana pemiliknya menggunakan karya seni asli sebagai sebahagian daripada perhiasan dan juga perhiasan mewah lain.

Bangun pagi daripada rehat yang melegakan di katil yang empuk, anda boleh terus berendam badan di dalam kolam renangnya atau bersantai di ruang taman villa yang penuh dengan kehijauan.

Jadi buat anda yang masih mencari lokasi untuk menginap di sekitar Melaka, boleh cuba tempat ini. Lari dari kebiasaan duduk hotel dan resort, jom!

Oleh
Nadia