Sejak PKPB ini, kita masih lagi menunggu masa sesuai untuk pergi bercuti. Bercuti tidak semestinya ke tempat yang jauh dan perlu menginap.
Tetapi sebaliknya boleh juga sekadar cuci mata di kawasan sekitar dengan hanya menaiki perkhidmatan awam seperti komuter.
Artikel berkait: Muzium Monyet Pertama Di Dunia Bakal Dibuka Di Kuala Selangor
Bagi mereka yang ingin lepas gian melancong, sebaik tamat PKPB nanti bolehlah ke beberapa lokasi menarik sekitar stesyen KTM Komuter Klang. Lokasinya yang berdekatan dan hanya boleh berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat.
1. Sultan Abdul Aziz Royal Gallery, Klang
Dibina pada tahun 1909 bercirikan ‘neo classic’. Sejak 2007 hingga kini – bangunan ini telah menjadi galeri yang memaparkan sejarah dan warisan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai Sultan Selangor yang kelapan dan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang kesebelas pada tahun 1999. Lokasi terletak di No.3 jalan Stesen, Kawasan 1, Klang. Dibuka setiap Selasa hingga Ahad mulai jam 10 pagi hingga 5 petang. Ditutup setiap Isnin dan cuti umum.
2. Jalan Tengku Kelana (Litte India)
Jalan Tengku Kelana merupakan salah sebuah kawasan membeli belah popular yang terletak di Bandar Klang Selatan. Jalan Tengku Kelana juga dikenali sebagai “little India” oleh penduduk setempat. Ini adalah kerana kebanyakkan peniaga dikawasan tersebut terdiri daripada kaum India.
Barangan yang dijual di Jalan Tengku Kelana Kebanyakkannya untuk kegunaan kaum india seperti sari, tekstil barangan logam, barang-barang kemas dan lain-lain. Malah terdapat barangan yang diimport terus dari negara India untuk di jual disini.
Kemeriahan di Jalan Tengku Kelana ini semakin dirasai apabila menjelang perayaan Deepavali. Masyarakat India di kawasan tersebut dan menikmati persembahan hiburan oleh artis jemputan yang diadakan di pentas terbuka.
3. Chennai Silk, Klang
Asalnya adalah sebuah bank yang pertama dibina di Klang. Bangunan ini dibina pada 1874 dan rekaannya lebih kepada British Colonial. Kini, bangunan ini menjadi Gudang Tekstil dan Sutera India yang popular dan dimiliki oleh Chennai Silk Company. Peminat Sutera India boleh berkunjung ke sini mendapatkan dengan harga berpatutan.
4. Tengku Kelana Indian Muslim Mosque
Bangunan asal dibina pada tahun 1910 untuk aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan penduduk India Muslim yang tinggal di Klang. Dibina semula pada 1974 dan 2007. Pembinaan semula mencerminkan seni bina Islam dan reka bentuk bermotifkan kegemilangan Islam pada zaman Andalusia. Lokasi terletak di Jalan Tengku Kelana.
SUMBER: FB Tourism Selangor
Artikel berkait: 6 Lokasi ‘Street Art’ & Port Korang Bergambar Kreatif Di Selangor
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI