Setelah membuka Phuket kepada pelancong luar bermula 1 Julai lalu, Thailand akan membuka tiga lagi pulau peranginannnya.
Pulau yang terletak di Surat Thani, selatan Thailang – Koh Samui, Koh Phngan dan Koh Tao kini sibuk membuat persiapan untuk menyambut pelancong asing yang lengkap divaksin bermula 15 Julai dalam usaha menghidupkan kembali industri pelancongan yang terjejas teruk.
Seminggu selepas pelancaran ‘Phuket Sandbox’ pada 1 Julai, Thailand kini beralih tumpuan kepada inisiatif ‘Samui Plus’ bakal menyaksikan pelancong antarabangsa dari negara berisiko rendah dan sederhana boleh mengunjungi pulau-pulau berkenaan tanpa menjalani kuarantin 14 hari di hotel.
Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) menyatakan permohonan Sijil Kebenaran Masuk (CoE) untuk ‘Samui Plus’ dijadual dibuka minggu ini.
Gabenor TAT Yuthasak Supasorn berkata, sekurang-kurangnya 1,000 pelancong asing dijangka tiba dan menjana sekitar 100 juta baht untuk 30 hari pertama pembukaan semula.
Program “Samui Plus”
Beliau menjangkakan ketibaan pengunjung adalah lebih sedikit di bawah program ”Samui Plus” kerana pendekatan ini mempunyai lebih banyak sekatan.
“Pulau-pulau itu akan menarik kumpulan pelancong tertentu yang sememangnya suka mengunjungi Koh Samui, untuk merasai pengalaman kesihatan dan kesejahteraan atau mereka yang ingin belajar menyelam,” katanya.
Inisiatif ‘Samui Plus’ sedang menunggu kelulusan Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA).
Pada 1 Julai, Phuket sudah mula menyambut ketibaan pelancong asing yang lengkap divaksin di bawah projek perintis untuk membuka semula industri pelancongannya yang merudum akibat pandemik Covid-19.
Ads
Dalam lima hari pertama, sejumlah 32 penerbangan masuk dari Eropah, Timur Tengah dan Asia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, membawa 1,896 pelancong.
Thailand merancang membuka lebih luas pintunya kepada pelancong yang sudah divaksin untuk membantu merancakkan semula industri berkenaan.
Susulan syarat kemasukan yang ketat dan langkah kuarantin tahun lalu, ketibaan pelancong ke negara itu merosot kepada 6.7 juta tahun lalu berbanding hampir 40 juta pada 2019.
Pada 16 Jun, Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha mengumumkan Thailand bakal membuka semula pintunya kepada pengunjung lengkap divaksin dalam tempoh 120 hari atau pada pertengahan Oktober.
Di bawah inisiatif ‘Samui Plus’, pelancong asing yang sudah divaksin dari negara berisiko rendah dan sederhana dikecualikan menjalani kuarantin tetapi harus tinggal di pulau terbabit selama 14 hari sebelum meneruskan perjalanan ke wilayah lain di negara ini.
Pelancong asing mesti memohon CoE dan membeli insurans perubatan yang merangkumi rawatan Covid-19 dengan kos sehingga US$100,000 serta negatif ujian RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas.
Ads
Perlu Vaksin Sepenuhnya
Selain itu, pelancong asing hendaklah divaksin sepenuhnya dengan vaksin diiktiraf Kementerian Kesihatan Awam Thailand atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak kurang dari 14 hari sebelum tarikh perjalanan.
Pelancong juga mesti menempah dan membayar penginapan hotel di Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan.
Bagi pengunjung yang tiba di Koh Samui, setelah disahkan negatif Covid-19, mereka mesti berada di bilik hotel selama tiga hari pertama, dan hanya dibenarkan meninggalkan bilik untuk ke kawasan yang dibenarkan.
Ads
Hari ke empat hingga tujuh, pelancong boleh melakukan perjalanan mengikut atur cara program lawatan di Koh Samui sahaja.
Pada hari ke lapan hingga ke 14 boleh berjalan-jalan di Koh Samui, Koh Phangan dan Koh Tao.
Sekiranya disahkan negatif pada hari ke-15, barulah mereka boleh melancong ke wilayah lain di Thailand
Melaka menjadi salah satu destinasi pelancongan paling popular kerana jarak perjalanan yang dekat, selain banyak tempat bersejarah dan menarik boleh dilawati.
Jangan risau jika ke sini, anda boleh memilih untuk menginap di hotel mewah, bajet ataupun homestay. Itu semua terpulang pada pilihan dan bajet masing-masing.
Dan salah satu penginapan homestay yang boleh dicadangkan adalah Homestau teratak Biru yang terletak di Masjid Tanah Melaka.
Homestay ini boleh memuatkan ramai ahli keluarga sehingga 20 orang. Jadi bagi mereka yang berhajat untuk buat family day sangat digalakkan untuk check in di sini.
Homestay Teratak Biru Masjid Tanah, Melaka
Kemudahan yg disediakan : – Muatan 5~20 org . – 3 Bilik Tidur – 2 Katil Queen, – 1 Katil Double Decker , 1 Katil Single . – 2 Ruang Tamu – 2 Bilik Air ( Didlm rumah ) – 2 TV – 2 Ruang Lepak Luar – 2 Meja Makan – Peti Sejuk – BBQ Set – Dapur gas – Periuk Nasi – Cerek Elektrik – Set Pinggan Mangkuk – Peralatan Memasak – Sejadah & Telekung
Masakan Kampung seperti – itik – ayam kampung – burung puyuh – sembilang salai ( bole request utk masak & harga lain )
Tempat-ii Yang Berdekatan & Menarik : – Kedai Runcit ~ (5min) – Pekan Masjid Tanah ~ (10min) – Pekan Lubok China ~ (10 min) – Kolej Komuniti Masjid Tanah ~ (11 min) – Ins. Kemahiran Tinggi MARA Masjid Tanah ~ (10 min) – Ins. Kemahiran BELIA Negara Masjid Tanah ~ (6 min) – Ins. Unggas, Masjid Tanah ~ (6 min) – Kolej Matrikulasi Londang, Masjid Tanah ~ (15 min) – Pantai Pengkalan Balak~ (8min) – Kompleks Ikan Bakar Persatuan Nelayan. ~ (10min) – Pantai Tanjung Bidara~ (15 min) – Pengkalan Sungai Paya Lebar(RCB)~(10 min) – Ikan fresh naik dari laut di tepi pantai
Harga : RM400 ( 1 malam ) # Check – IN – 2.00 Petang # Check – OUT – 12.00 Tgahari
Libur tahu ada yang selitkan sikit pek makanan dalam beg diorang bila pergi travel dan ada juga yang tak. Ada sorang kawan Libur ni, kalau setiap kali pergi travel dengan dia, mesti Libur lepak sekali. Sebab dalam beg dia ada macam-macam kudapan. Sepanjang jalan tu mulut asyik mengunyah makan, haha.
Mana yang tak bawa macam Libur dulu-dulu, mengendeng la dekat kawan Libur ni. Kita menumpang rezeki sekali la dengan apa yang dia ada. Tapi itu dulu-dulu la. Sekarang Libur dah bawa pek makan sendiri setiap kali pergi travel. Tak banyak, tapi cukup la nak alas perut sebelum sampai ke restoran atau nak buat kunyah-kunyah sepanjang perjalanan.
Tip untuk anda diluar sana yang nak tapau makan dalam beg, Libur nasihatkan jangan bawa makanan yang berkuah. Senang kata jangan bawa makanan yang leceh untuk disediakan dan boleh cepat basi. Contoh macam bawa nasi lemak, bihun, lontong. Kita nak pergi travel tuan-tuan dan puan-puan, bukan nak pergi picnic. Haha.
Bawa makanan yang kering, mudah, dan cepat. Tak ada makanan yang betul-betul mengenyangkan pun tak apa. Bawa kudapan ni nak alas perut sahaja sebelum sampai ke destinasi. Bila dah sampai destinasi nanti, baru la kita cari restoran untuk makan makanan yang sedap-sedap.
Sebagai contoh, Libur tunjukkan kepada anda:
p/s: produk ni tak berbayar ya. Libur tak buat pengiklanan di sini. Semua gambar ni hanya nak beri contoh kepada pembaca setia Libur sahaja.
Itu antara barang-barang yang Libur pek sekali dalam beg setiap kali pergi travel. Nampak barang-barang tu macam besar, tapi boleh je nak salin dalam packaging kecil-kecil. Contoh macam nescafe dan milo tu kan, satu plastik tu ada beberapa stik kecil-kecil. Muat je nak masukkan dalam beg.
Itu antara beberapa barang kudapan makanan yang Libur bawa sewaktu travel. Macam Libur cakap tadi, ada banyak lagi pilihan lain. Bergantung kepada anda untuk mempelbagaikan jenis apa yang anda nak bawa. Dan lagi satu tip: bawa kudapan ni mampu untuk menceriakan sesuatu trip. Perut yang berisi mampu menceriakan hati. Tak percaya? Cuba lah.
Sekian rujukan travel dan percutian anda. Selamat bercuti.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Memori berharga bersama Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang pernah diabadikan menerusi foto, kini berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi 'Pertandingan Gambar Bersama Sultan Johor'.
Perkara itu diumumkan menerusi Facebook rasmi Sultan Johor semalam, yang mempelawa rakyat Malaysia supaya menghantar gambar terbaik mereka bersama baginda.
Sepuluh penyertaan terbaik akan menerima hadiah menarik termasuk gambar mereka akan ditandatangani secara peribadi oleh Sultan Ibrahim.
Penyertaan hanya diterima melalui Facebook Messenger baginda sahaja dan gambar yang dihantar melalui komen atau lain-lain medium tidak akan diterima.
Selain itu, peserta harus menekan butang ‘like’ pada laman Facebook baginda atau mengikuti akaun Instagram baginda @officialsultanibrahim, menekan butang ‘like’ mengenai pengumuman pertandingan itu dan berkongsikan beritanya di akaun Facebook masing-masing dengan meletakkan hashtag #sultanjohorkita dan ‘tag’ tiga rakan mereka.
Penyertaan dibuka sehingga 21 Feb ini dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.-