Setelah membuka Phuket kepada pelancong luar bermula 1 Julai lalu, Thailand akan membuka tiga lagi pulau peranginannnya.
Pulau yang terletak di Surat Thani, selatan Thailang – Koh Samui, Koh Phngan dan Koh Tao kini sibuk membuat persiapan untuk menyambut pelancong asing yang lengkap divaksin bermula 15 Julai dalam usaha menghidupkan kembali industri pelancongan yang terjejas teruk.
Seminggu selepas pelancaran 'Phuket Sandbox' pada 1 Julai, Thailand kini beralih tumpuan kepada inisiatif 'Samui Plus' bakal menyaksikan pelancong antarabangsa dari negara berisiko rendah dan sederhana boleh mengunjungi pulau-pulau berkenaan tanpa menjalani kuarantin 14 hari di hotel.
Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) menyatakan permohonan Sijil Kebenaran Masuk (CoE) untuk 'Samui Plus' dijadual dibuka minggu ini.
Gabenor TAT Yuthasak Supasorn berkata, sekurang-kurangnya 1,000 pelancong asing dijangka tiba dan menjana sekitar 100 juta baht untuk 30 hari pertama pembukaan semula.
Beliau menjangkakan ketibaan pengunjung adalah lebih sedikit di bawah program ”Samui Plus" kerana pendekatan ini mempunyai lebih banyak sekatan.
"Pulau-pulau itu akan menarik kumpulan pelancong tertentu yang sememangnya suka mengunjungi Koh Samui, untuk merasai pengalaman kesihatan dan kesejahteraan atau mereka yang ingin belajar menyelam," katanya.
Ads
Inisiatif 'Samui Plus' sedang menunggu kelulusan Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA).
Pada 1 Julai, Phuket sudah mula menyambut ketibaan pelancong asing yang lengkap divaksin di bawah projek perintis untuk membuka semula industri pelancongannya yang merudum akibat pandemik Covid-19.
Dalam lima hari pertama, sejumlah 32 penerbangan masuk dari Eropah, Timur Tengah dan Asia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, membawa 1,896 pelancong.
Thailand merancang membuka lebih luas pintunya kepada pelancong yang sudah divaksin untuk membantu merancakkan semula industri berkenaan.
Susulan syarat kemasukan yang ketat dan langkah kuarantin tahun lalu, ketibaan pelancong ke negara itu merosot kepada 6.7 juta tahun lalu berbanding hampir 40 juta pada 2019.
Ads
Pada 16 Jun, Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha mengumumkan Thailand bakal membuka semula pintunya kepada pengunjung lengkap divaksin dalam tempoh 120 hari atau pada pertengahan Oktober.
Di bawah inisiatif 'Samui Plus', pelancong asing yang sudah divaksin dari negara berisiko rendah dan sederhana dikecualikan menjalani kuarantin tetapi harus tinggal di pulau terbabit selama 14 hari sebelum meneruskan perjalanan ke wilayah lain di negara ini.
Pelancong asing mesti memohon CoE dan membeli insurans perubatan yang merangkumi rawatan Covid-19 dengan kos sehingga US$100,000 serta negatif ujian RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas.
Selain itu, pelancong asing hendaklah divaksin sepenuhnya dengan vaksin diiktiraf Kementerian Kesihatan Awam Thailand atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak kurang dari 14 hari sebelum tarikh perjalanan.
Ads
Pelancong juga mesti menempah dan membayar penginapan hotel di Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan.
Bagi pengunjung yang tiba di Koh Samui, setelah disahkan negatif Covid-19, mereka mesti berada di bilik hotel selama tiga hari pertama, dan hanya dibenarkan meninggalkan bilik untuk ke kawasan yang dibenarkan.
Hari ke empat hingga tujuh, pelancong boleh melakukan perjalanan mengikut atur cara program lawatan di Koh Samui sahaja.
Pada hari ke lapan hingga ke 14 boleh berjalan-jalan di Koh Samui, Koh Phangan dan Koh Tao.
Sekiranya disahkan negatif pada hari ke-15, barulah mereka boleh melancong ke wilayah lain di Thailand
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pengembaraan dan lawatan bersama keluarga merupakan satu kepuasan yang tak terhingga. Apabila anak bongsu saya berumur 7 tahun saya bercadang membawa keluarga saya melawat ke luar negara. Bermula dari tahun 2007 setiap tahun saya lakukan lawatan ke luar negara bersama keluarga. Baru-baru ini saya melawat Mongolia buat kali kedua tapi anak-anak lelaki tidak dapat turut serta kerana masing tidak dapat cuti. Sepanjang lawatan saya ke luar negara, Mongolia terlalu istimewa dan menambat hati saya sekeluarga. Terlalu banyak tempat-tempat menarik dan ada yang tidak dapat di lihat di Negara-Negara lain seperti Nomadic life, Eagle hunter dan Rein deer herder.
Eagle hunter village di Bayan-Ölgii , Barat Mongolia Festival Helang Emas merupakan acara tahunan di Bayan-Ölgii, Mongolia. Pemburu helang Kazakh (Burkitshi) meraikan tradisi dengan memburu musang atau arnab liar menggunakan helang emas terlatih. Festival ini diadakan pada minggu pertama Oktober, dan dikendalikan oleh Persatuan Pemburu Helang Mongolia. Festival yang lebih kecil; Festival Helang Altai Kazakh juga diadakan setiap tahun di kampung terdekat pada minggu terakhir September.
Klik gambar
Melawat puak (Dukha) Pengembala Rusa di Khovsgol ,Utara Mongolia Puak pengembala rusa terdiri daripada kumpulan pengembara kecil, yang masih mempertahankan cara hidup tradisional. Mereka dikenali sebagai Tsaatan, tsachin atau Dukha. Puak pengembala rusa terbahagi kepada dua grup, Barat Taiga dan Timur Taiga. Kedua-duanya boleh dilawat dari pekan Tsagaan Nuur (guna kereta) atau dari Renchinlhumbe (dari Tasik Khovsgol via kuda atau berjalan kaki)
Jika anda mahu kesini sebagai kawan untuk memahami tradisi dan cara hidup lama mereka, anda dialukan datang. Jika tidak, batalkan niat anda. Untuk melawat puak pengembala rusa, anda perlu memberi notis dahulu secara emel ke reindeer@hovsgol.org dengan memberitahu:
tujuan melawat
jumlah orang yang datang
jangkaan lawatan
tarikh sebenar kedatangan anda
Informasi anda akan ke pusat NGO Mongolia, di Ulan Bator & di Muren, supaya dapat dipanjangkan melalui telefon, telegram atau mulut ke mulut ke Tsagaan Nuur & taiga. Sistem ini bukanlah yang sempurna, jadi anda mungkin mendapat maklumbalas atau tidak, namun anda akan mendapat emel dari NGO, Taiga Nature atau Reindeer Cooperative. Jika tiada maklum balas, sila datang, namun jika ada permintaan untuk mengubah tujuan datang, jumlah orang, atau tarikh kedatangan, maka anda diminta menghormati permintaan ini.
Tiada bayaran dikenakan bagi melawat taiga namun anda digalakkan membawa cendera hati seperti:
1. Makanan dan minuman, jangan bawa alkohol 2. Sediakan sendiri makanan dan khemah. Jangan harap untuk bermalam di khemah mereka. 3. Bawa berkalan ubat yang umum seperti pembalut luka, ubat sapu untuk diberi kepada mereka 4. Rokok, bateri, garam, tepung, dan gula-gula juga digalakkan beri kepada mereka 5. Ambil foto hanya pada hari kedua di taiga. Berkenalan dengan mereka dahulu pada hari pertama.Dan selalu bertanya dahulu.
Klik gambar
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sebelum berakhirnya Aidilfitri tahun ini, jom serang rumah terbuka di Airbnb yang dihoskan oleh tidak lain tidak bukan, selebriti Malaysia tersohor, Neelofa.
Neelofa Ajak Datang Rumah Terbuka Di Airbnb, Tepi Sungai Dan Ada Sudut OOTD
Haaa… kediaman tersebut bukanlah milik peribadinya tetapi ia merupakan sebuah penginapan Airbnb yang paling digemarinya di kawasan luar bandar Selangor.
Neelofa juga akan menjadi ‘tuan rumah’ untuk melayan tetamu di penginapan bernama Sekebun Bunga ini bersama dua Superhos Airbnb tempatan, Susean dan Izu.
Sekali imbas, para tetamu akan berpeluang menghayati keindahan alam semula jadi dan keramahan hos-hos mereka, termasuk sesi memasak yang mengujakan bersama Neelofa. Selalu tengok beliau memasak di Instagram Story saja kan? Haa, kali ini homecook berbakat ini akan berkongsi cara menyediakan sebuah hidangan Raya yang lazat yang diilhamkan daripada salah satu resipi keluarganya.
Kongsi Neelofa, “Raya merupakan masa yang paling penting dan bermakna buat saya dan keluarga. Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, saya amat berbesar hati untuk menjadi Hos Airbnb dan mengehos Rumah Terbuka Airbnb yang pertama di salah satu penginapan Superhos kegemaran saya di luar bandar.
“Saya tidak sabar untuk berkongsi dengan tetamu suasana penuh kemesraan dan keramahan yang merupakan bahagian penting dalam perayaan keluarga saya sendiri, serta memasak bersama mereka,” katanya.
Sedikit info mengenai Sekebun Bunga, lokasi Airbnb yang dikelilingi dengan alam sekitar ini terletak kurang dari satu jam dari Kuala Lumpur.
Sekebun Bunga menawarkan percutian bertemakan alam semula jadi yang indah untuk tetamu beristirahat dan mengeratkan silaturahim dengan orang tersayang. Vila ini dilengkapi dengan tiga bilik tidur yang selesa dan satu dapur yang serba lengkap, dikelilingi hutan yang subur dan aliran sungai yang mendamaikan.
Bagi korang yang berminat untuk bertandang ke Rumah Terbuka Airbnb bersama Neelofa ini, ia akan berlangsung selama dua malam dari 20 hingga 22 Mei 2023.
Penginapan sekali sahaja (one-off) ini boleh memuatkan sehingga tujuh orang tetamu, and boleh ditempah pada harga istimewa RM100 sahaja.
Harga ini akan dipaparkan di penyenaraian(listing) tersebut apabila tempahan dibuka di airbnb.com/rayawithneelofa pada Isnin depan, 15 Mei 2023, tepat pada jam 9 pagi.
Yang penting, kena reserve awal okay!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Hatyai memang terkenal dengan variasi makanan yang sedap dan harga yang agak murah. Selain masuk ke sana untuk shopping, ramai juga yang ke sana untuk makan-makan.
Kesempatan bercuti ke Hatyai selama 3 hari 2 malam digunakan sepenuhnya oleh Nurul Syahira untuk café hunting kat sana. Maklum sahajalah dah lama tak dapat ke sana sejak sempadan ditutup disebabkan pandemik.
Nurul Syahira sempat berkongsi 11 tempat makan yang dikunjungi sepanjang percutian ke Hat Yai, siap dengan info untuk rujukan anda yang ada perancangan mengunjungi tempat ini nanti. Jom ikuti perkongsiannya:
Trip Cafe Hunting Ke Hatyai
Nak share trip pergi Hatyai 25/5-27/5
Masuk hatyai bawak kereta sendiri
Kali ni pergi hatyai nak santai2 ja cafe hunting sana hehe
Bagi siapa yang nak tengok video hatyai or highlight hatyai saya ada buat reels dekat Instagram saya @nurulsyaahira
1-Samila Beach
Time nih memang tak berapa ramai orang so memang pantai dia bersih ja nice and chill, so lunch kami makan dekat tepi pantai ada gerai-gerai kecik , nasi goreng & kerabu maggi tu sedap weh pastu mak cik tu bagi tikar picnic dekat padang tu
2-The Bay Cafe
Pergh cafe nih memang cantik gila sebab depan laut ja
Setiap sudut memang boleh bergambar, kami memang beli drinks ja sebab staff depa mostly tak pandai speaking or cakap melayu memang elak makan makanan depa ya
3-Asean Night Bazaar
Dinner kat sini malam first , time kami pi tu memang banyak kedai yang best-best dulu dah tak bukak , kedai tomyam kami makan nih pun dah tak sedap macam dulu
4-Dimsum Chabura
Breakfast ,Okehhhh makanan dia sedap macam dulu paling suka Pad Thai dia weh sedap gilaaaa nasi goreng daging dia pun sedap , hari last sebelum balik kami repeat makan lagi sebab teringt pad thai dia hehe
5-Double 3 Craft cafe
Cafe nih tepi jalan ja dekat town , kami bawak kereta so memang cari parking yang betui and jauh sikit park so kena jalan sebab salah parking nanti kena saman , sini memang sesuai bagi siapa yang suka ootd memang cantik , drinks dia kami order fruity tak ingt nama tapi sedap & coffee dia pun okeh la not bad
6-Lagom House
Cafe nih pun tepi jalan selang dua tiga bangunan dengan double 3 tu so memang jalan kaki ja , interior cafe nih mmg cantik gila penuh dengan bunga , kami order air buah ja tapi sedap weh
7-Avenue Hatyai Cafe
Cafe nih dekat tempat lain interior dia simple & nice , finally ada jugak cafe yang boleh speaking so boleh la tanya ingredient tapi cafe nih memang jual drinks & coffee ja , Kami order Blackpink & Teh ais , air Blackpink dia sedap gila dia rasa macam susu mix dengan strawberry
8-Leaf Coffee
Butterbear dia sedap gila rasa refreshing & cafe nih boleh speaking so boleh tanya ingredient yang nih tak silap tadak jual foods
9-Wish cafe
Cafe paling aesthetic, mostly matcha latte kat hatyai memang pure matcha ya tidak rasa manis langsung
10-Kai tod decha
Typical kedai makan kalau mai makan haha rasa dia sedap ja
11-Halal oasis
Porridge & Drinks dia sedap recommend sebab sini memang halal tapi kami tak boleh nak order makanan lain sebab semua dalam bahasa siam pastu walapun halal depa tak reti cakap melayu or English.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...