Selalunya apabila kita pergi bercuti, pasti akan mengambil masa sekurang-kuranngya 4 hari 3 malam atau lebih.
Barulah orang kata puas dan rasa seronok merasa keindahan tempat dilawati.
Namun sebenarnya jika anda hanya ada masa 2 hari 1 malam juga boleh memberi keseronokan tersendiri.
Artikel Berkaitan: Itinerari Trip Hujung Minggu Gapai Pelangi Di Sungai Lembing, Pahang
Lagi-lagi jika dikatakan trip bujang. Seperti perkongsian Mohamad Hanif Ahmad yang memberitahu percutian bujang 2 hari 1 malam memberikan momen terindah padanya.
Lebih menyeronokkan percutian singkat ini dia memilih melihat keindahan semula jadi bertujuan untuk merehatkan minda.
Trip ini hanya untuk 2 hari 1 malam, untuk chilling-chilling lepak dekat dengan nature rehatkan minda.
Sungai Lembing is one of the hidden gem in Pahang. Sangat best sebab banyak tempat menarik yang bukan saja nature tetapi ada juga sejarah yang tersendiri!
Oleh kerana kami pergi untuk nature. Tidak sempat singgah muzium dengan lombong.
Juga tidak sempat melihat Rainbow Waterfall and Panorama Hills untuk melihat pelangi dan sunrise over the awan karpet.
Artikel berkaitan: 8 Percutian Glamping di Pahang Untuk Penginapan Selesa Dikelilingi Alam Semula Jadi
Stay di Time Capsule Retreat, Sg Lembing. Bilik dia walaupun kecil tetapi super cozy! Request pulak yang jungle side, memang dapat yang paling hujung.
Bilik pulak depan belakang cermin. Boleh tidur sambil tengok haiwan melintas (jika ada).
Toilet sharing dengan penghuni yang lain, tetapi bersih sangat! Ada water heater shower juga, dan kalau sejuk boleh mandi air panas.
Manakala untuk yang muslim, ada surau disediakan. Solat dalam pondok yang dikelilingi hutan. Best betul.
Waktu malam kami buat bbq walaupun 4 orang saja, tetapi the moment itu yang best.
6am esoknya berkumpul sebab mahu bergerak pergi waterfall. Sebelum itu berpengalaman menaiki bumpy ride yang dijanjikan sangat mengujakan.
Turun naik bukit, redah anak sungai, dipukul manja oleh semak samun di tepi denai, Kemudian disimbah pulak dengan sinar mentari dan air! Memang sangat perghhhhh..
Bumpy ride dalam 1 jam untuk sampai ke jambatan checkpoint bagi ke seberang sungai untuk ke waterfall.
Kemudian kena trekking dalam 20 hingga 30 minit. Oh ya, boleh sewa kasut getah dekat pondok tandas sebelum jambatan tadi.
View memang cantik! Sumpah tak tipu! Hilang penat!
Bila sampai waterfall uncle bagi minum milo dan makan mee segera. Lapar-lapar makan sambil tengok air terjun cantik.
Masa paling optimum 10.30 pagi, ini kerana uncle beritahu matahari memang direct hit air terjun. Memang cantik.
Time Capsule Retreat – RM150/night
Set bbq – RM50
Waterfall package – RM60/pax
Kasut getah – RM3/pair
Tongkat kayu – RM0.50/tongkat
Link ig: https://www.instagram.com/anipichigo/
Artikel Berkaitan: Istimewa ‘Sungai Jernih Warna Biru Kehijauan’ Jadi Tarikan Pendaki Di Hulu Dungun, Terengganu