Asal usul nama Klang adalah dari bahasa 'Mon-Khymer' iaitu 'Klong'. Klong bermaksud gudang, terusan dan jalan air yang mana menjadi satu simbolik kepada Perlabuhan terpenting ketika itu. Sungai Klang merupakan sebatang sungai yang mengalir melalui Kuala Lumpur dan Selangor. Panjangnya kira-kira 120 km dan bersambung dengan Sungai Gombak yang menjadi titik permulaan Kuala Lumpur.
Hasil utama Klang adalah bijih timah pada awal abad ke-16 hingga abad ke-18. Sungai Klang mengalir di tengah-tengah Bandar Klang memisahkan Bandar Klang kepada dua bahagian iaitu Klang Utara dan Klang Selatan. Sehingga abad ke-19, bijih timah dilombong di Sungai Klang dan pada tahun 1818 ia merupakan kawasan perlombongan utama yang memperolehi hasil bijih timah sebanyak 2,000 pikul setahun. Sungai Klang merupakan nadi kepada pembangunan dan perkembangan Bandar Klang yang mana muara sungai menjadi pintu keluar masuk utama kawasan Lembah Klang kepada pedagang asing. Oleh itu sejak awal lagi Sungai Klang merupakan pemangkin pembangunan Negeri Selangor dan peranan serta kepentingannya akan memberi impak yang tinggi.
Pada masa hadapan, Sungai Klang disasarkan untuk menjadi antara sumber bekalan air bagi kegunaan rakyat Selangor menurut kenyataan media dikeluarkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata buat masa ini, sumber air bagi kegunaan rakyat di negeri ini hanya dibekalkan daripada Sungai Selangor dan Sungai Langat. Kerajaan negeri membuat perancangan ini selepas berjaya meningkatkan kualiti air Sungai Klang daripada tahap empat ke tahap tiga menerusi Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG). Jumlah sampah yang dikutip di sungai ini juga dapat dikurangkan kepada empat tan berbanding 10 tan sehari.
Ads
Ads
Ads
Rancangan untuk memanfaatkan Sungai Klang sebagai sumber air ini juga telah dibawa ke peringkat Kementerian Alam Sekitar dan Air. Sebarang usaha termasuk pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasau akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan Selangor 2021. Jika rancangan berkenaan berjaya direalisasikan, Sungai Klang dijangka mampu membekalkan sebanyak 1,000 juta liter air sehari (MLD) bagi kegunaan penduduk di negeri ini.
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Hari Raya Aidilfiti merupakan perayaan utama buat yang beragama Islam khususnya di Malaysia. Ia merupakan kemuncak kepada ibadat puasa yang dilakukan pada bulan Ramadhan. Malam-malam terakhir berpuasa, pada zaman dahulu setiap keluarga dalam sesebuah perkampungan Melayu akan meraikan malam tujuh likur dengan memasang lampu berwarna-warni, panjut atau pelita disekeliling kawasan rumah.
Malam tujuh likur menyerlah keunikan budaya Melayu selain meraikan perantau yang akan pulang ke desa serta kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang. Setiap kampung akan mula memasang pelita sepanjang jalan sebagai penyeri setiap rumah kerana pada zaman dulu tidak ada langsung kemudahan elektrik.
Yang seronok tidak terkata sudah tentunya golongan remaja dan anak-anak kecil. Ketika ini mereka akan berpesta dan diberi kebenaran untuk bermain bunga api, berlawan meriam buluh dan membakar mercun hingga suasana beberapa hari sebelum raya menjadi riuh dan gegak gempita pada malam hari.
Malam tujuh likur juga menandakan hari penduduk kampung atau sesebuah keluarga membuat persiapan sebelum 1 Syawal. Lazimnya beberapa rumah berhampiran akan bergotong-royong menyediakan juadah untuk dijamu kepada tetamu ketika hari raya seperti wajik dan dodol. Jiran tetangga akan sama-sama bergiliran kacau dodol walaupun hidup dalam suasana yang serba kekurangan.
Berdosa Sambut Malam Tujuh Likur?
Namun, sayangnya tradisi ini semakin lama semakin hilang dan dilupakan. Ada juga yang memutarbelitkan adat sambutan malam tujuh likur kononnya menyimpang daripada akidah dan ajaran Islam jika ada yang menyambutnya.
Ya, mungkin ada kebenarannya. Dahulu, ada yang melakukan tradisi pemasangan pelita dan terpengaruh meraikan malam tujuh likur dengan menerangi halaman rumah kononnya untuk menjemput malaikat masuk. Jika menjadi insan terpilih maka segala permintaan individu tersebut ketika malam Lailatul Qadar akan tertunai.
Ada juga yang mengatakan ia adalah cara untuk menjemput roh orang yang disayangi untuk pulang menjenguk keluarga untuk setahun sekali. Disebabkan tujuan asalnya telah menyimpang, itu yang menyebabkan malam tujuh likur dipersalahkan dek kerana ada insan-insan yang cetek agama.
Sambutan malam tujuh likur sebenarnya hanyalah merupakan satu tradisi warisan lama bagi memeriahkan perayaan yang bakal menjelma. Selalunya pemasangan lampu pelita semasa bulan Ramadan dilakukan terutama pada 10 malam terakhir sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Walau bagaimanapun Nabi Muhammad SAW sangat menganjurkan umatnya untuk menambahkan lagi ibadah pada 10 malam terakhir bulan Ramadan. Ia kerana pada salah satu malam ganjilnya ada Lailatulqadar yang mana pahala bagi sesiapa melakukan ibadah padanya lebih baik daripada 1,000 bulan. Baginda SAW bersabda dalam hadis riwayat Imam al-Bukhari: ‘Carilah Lailatulqadar di malam-malam ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.’
Selamat Hari Raya Semua!
Memasang pelita pada 10 terakhir Ramadan dengan tujuan sekadar memeriahkan rumah dan menambahkan keceriaan adalah diharuskan. Jika dipasang dengan niat tertentu seperti memudahkan malaikat masuk ke rumah atau memudahkan roh si mati pulang ke rumah, maka ia tidak patut dilakukan.
Selamat Hari Raya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Berdepan dengan pandemik virus Covid-19 yang melanda seluruh dunia menyebabkan banyak perancangan terutama untuk bercuti ke destinasi menarik dunia tertangguh.
Namun apabila keadaan dan kelonggaran sudah diberi untuk merentas negara, tidak ketinggalan merasai pengalaman bercuti kala musim pandemik ini.
Perkongsian lelaki ini Hafiz Nasir yang pertama kali pergi bercuti musim pandemik ini untuk kita jadikan panduan. Nampak perjalanan sahabat Backpackers Buddies Malaysia ini dipermudahkan sepanjang percutian ke Jerman.
Mungkin ada yang sudah merancang percutian ke luar negara walaupun penularan virus Covid-19 masih lagi berterusan.
Kongsi Itinerary Travel Ke Luar Negara Lepas Pandemik
Sharing ringkas berkenaan my first pandemic overseas trip (12/2/22 – 20/2/22)
12/2/22 – 14/2/22 – Flight to Munich via DXB. Flight dari KL ke Dubai full so jaga SOP, pakai mask FFP2 sepanjang masa & pray for the best – Dari Munich airport, ambik train ke Munich Hauptbahnhof untuk ke hotel (Schwan Locke). Ada 1 U-Bahn station dalam 150m dari hotel so senang nak ke mana-manaa. – Tourist attractions: Marienplatz, Residenz München, Hotel Opera, Allianz Arena (home of Bayern Munich), Odeonsplatz, Englischer Garten
14/2/22 – 17/2/22 – Naik ICE train dari Munich Hbf ke Berlin Hbf. Dari Berlin Hbf menapak je ke hotel (Intercityhotel Berlin Hbf) – Tourist attractions: Alexanderplatz, Brandenburger Tor, Olympiastadion Berlin, Checkpoint Charlie, Museum Island, Berliner Dom, Reichtag Building, Oberbaum Bridge – 16 & 17 tu ada hurricane warning kat seluruh Germany. Berlin antara yang teruk kena. Train banyak cancelled. Dia punya ribut kalau saya kurus sikit memang dah melayang
17/2/22 – 19/2/22 – Sebab train Berlin ke Dresden cancel, terpaksa naik Flixbus. Alhamdulillah autobahn tak tutup masa ribut. Tapi rasa la bas goyang2 – Check in Intercityhotel Dresden Hbf. Betul2 depan main train station. – Dresden takde U-bahn so main transport kat sini tram & bas. – Tourist attractions: Dresden Frauenkirche, Brühl’s Terrace, Procession of Princes, German Hygiene Museum, Altmarkt
19/2/22 – 20/2/22 – Naik EC Berliner train ke Prague. Masa ni belah utara Germany still ribut. Patutnya train start dari Hamburg tapi kali ni start dari Dresden. Ke Prague dalam 2 jam lebih. – Check in Grandium Hotel Prague (dalam 350m dari Praha Hln (main train station). – Tourist attractions: Wenceslas Square, Charles Bridge, Prague Old Town, Dancing House, National Theatre, Národní Museum – Flight balik ke KL via Dubai.
Additional Info:
1. MUNICH Hotel: Schwan Locke (RM607 / 2 malam) – Studio apartment. Complete ada pinggan mangkuk, electric stove, microwave & dishwasher. 150m dari Theresienwiese U-bahn station (1 stop dari main train station)
Public transport – Beli single day ticket. Boleh guna sampai 6am the next day. €8.20. Entrance takde barrier tapi jangan lupa validate ticket. – Public transport mmg tiptop. Ada U-bahn, S-bahn, Tram, Bus & RE train kalau nak berjalan jauh sikit.
2. BERLIN Hotel: Intercityhotel Berlin Hbf (RM1,109 / 3 malam) – Recommended. Betul2 depan Berlin Hbf. Dapat free transport ticket sepanjang tempoh kita stay so dah jimat kat transport.
Public Transport – Pun tiptop. Lagi comprehensive dari Munich sebab Berlin ni capital city. – Entrance takde barrier jugak. Kalau guna hotel punya transport card tak payah validate
3. DRESDEN Hotel: Intercityhotel Dresden Hbf (RM490 / 2 malam) – Pun betul-betul depan Dresden Hbf & dapat free public transport ticket jugak. – Compare to Munich & Berlin, rasanya Dresden ni paling tak crowded tapi paling cantik. Bangunan dia semua – Mask still wajib pakai indoor & dalam public transport (min FFP2 / KN95) kat Munich, Berlin & Dresden – Nak dine in dia check vaccination cert.
4. PRAGUE Hotel: Grandium Hotel Prague (RM277 / 1 malam) – 350m walk dari main train station. Awas Prague ni banyak jalan cobblestone so kalau menarik beg tu memang seksa tapi hotel tiptop
Public Transport – Yang ini garu kepala sikit. Kat Germany signboard dia jelas tunjuk kat mana ada U/S bahn & tram stop. Prague ni confusing. Train sesak. Tram pun sesak. – Dalam train wajib pakai mask tapi tourist attractions dia punya la ramai manusia semua tak pakai mask. Pandai2 jaga SOP
Selangor mencatatkan jumlah perbelanjaan tertinggi pelawat domestik iaitu sebanyak RM15.5 bilion pada 2019, menurut laporan Survei Pelancongan Domestik Mengikut Negeri 2019. Ia diikuti Kuala Lumpur iaitu sebanyak RM12.1 bilion, Sarawak RM8.7 bilion, Sabah RM8.1 bilion dan Perak RM7.8 bilion.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata lima negeri tersebut menyumbang 50.6 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan pelancongan domestik pada 2019.
Bagi jumlah kedatangan pelawat domestik, Selangor merekodkan jumlah tertinggi iaitu 33.6 juta orang, diikuti Kuala Lumpur 22.6 juta, Sabah 22 juta, Perak 21.1 juta dan Sarawak 19.8 juta.
Daripada segi trend perjalanan bermalam, tujuan lawatan iaitu mengunjungi saudara-mara dan rakan-taulan merekodkan angka tertinggi bagi semua negeri.
Melaka mencatatkan peratusan perjalanan tertinggi bagi tujuan percutian, iaitu 42.8 peratus daripada keseluruhan perjalanan, diikuti Pulau Pinang sebanyak 28.2 peratus, Pahang 26.6 peratus dan Sabah 21.5 peratus.
Berdasarkan pilihan untuk jenis penginapan, majoriti pelancong memilih penginapan yang tidak berbayar seperti rumah saudara dan sahabat handai, kecuali bercuti di Melaka, Labuan dan Putrajaya.
Semua negeri mencatatkan jumlah pelawat domestik yang tinggi bagi kategori umur antara 25 hingga 39 tahun.
Bagi kelas pendapatan isi rumah pelawat domestik pula beliau berkata, Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Labuan merekodkan peratusan tertinggi bagi pelawat domestik dengan pendapatan isi rumah antara RM1,001 hingga RM3, 000 sebulan.
Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan peratusan pelawat domestik tertinggi daripada kalangan isi rumah berpendapatan antara RM5,001 hingga RM10,000 sebulan, manakala Melaka adalah negeri yang paling banyak dikunjungi oleh pelawat domestik bagi isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM5,000 sebulan
image via google | Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!