Akhirnya setelah hampir setahun tidak dibenarkan rentas negeri, kerajaan telah memberi kebenaran berbuat demikian kepada individu yang telah lengkap menerima suntikan vaksin.
Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media semalam. Beliau berkata, keputusan itu susulan kadar vaksinasi mencapai 90 peratus.
“Mulai esok (Hari Ini), bebaslah dan inilah sebenarnya yang ditunggu-tunggukan masyarakat selepas kerajaan sebelum ini terpaksa tegas dari segi pergerakan rentas negeri.
“Dengan keputusan ini, Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang lama berpisah, melancong dan sebagainya,” katanya pada sidang media khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen dan platform media sosial Facebook, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, kebenaran pergerakan rentas negeri ini tidak terpakai ke atas kawasan atau lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Ads
Selain itu, Ismail Sabri mengingatkan Keluarga Malaysia supaya tidak bersikap sambil lewa terhadap kelonggaran yang diberikan dalam usaha membantu negara bagi pembukaan semula ekonomi serta persediaan menjalani kehidupan fasa endemik dengan selamat.
Katanya, jika hal ini diambil mudah tidak mustahil penularan wabak akan kembali meningkat.
“Sekiranya ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa atau merentas negeri, rakyat disaran untuk melakukan ujian Covid-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan.
Ads
“Bagi mereka yang bergejala seperti demam, batuk, selsema dan sesak nafas, saya nasihat tangguhkanlah dahulu perjalanan. Sekiranya didapati positif, kuarantin diri atau hubungi Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan segera,” katanya.
Walaupun tiada lagi sekatan jalan raya (SJR) untuk mengawal pergerakan rentas negeri, katanya, pihak berkuasa akan melakukan pemeriksaan secara rawak mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Keluarga Malaysia atas kerjasama yang diberikan selama ini dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan menyokong kempen imunisasi Covid-19.
Boleh dikatakan peratusan tertinggi rakyat di kawasan Guatemala (Amerika Tengah) merupakan mereka yang datang daripada status keluarga yang susah dan miskin. Untuk menjalani kehidupan seharian pun sudah cukup susah, ini kan perlu terbeban dengan segala bentuk bayaran yang perlu dijelaskan jika ada waris keluarga telah pun meninggal dunia.
Setiap hari, pekerja tanah perkuburan menggunakan tukul besi untuk memecahkan kubur mereka yang telah meninggal dunia termasuk bayi dan kanak-kanak kerana keluarga si mati terlalu miskin dan tidak mampu membayar sewa tapak kubur anggaran AS$24 (RM105).
Enam tahun selepas mayat orang dewasa atau kanak-kanak disemadikan di tanah perkuburan di Guatemala, setiap ahli keluarga perlu membayar kos sewaan tapak kubur selama empat tahun lagi.
Sekiranya sewa tidak dibayar, kubur itu akan dipecahkan dan keranda di dalamnya akan dibuka. Mayat-mayat yang masih berpakaian atau dibalut dengan selimut ini dikeluarkan dari keranda dan dikumpul dalam beg plastik.
Waris akan diminta untuk mengambil semula mayat ahli keluarga kesayangan mereka tetapi banyak mayat yang tidak dituntut berakhir di sebuah kubur besar yang dicampak begitu sahaja. Dek kerana itu, menjadi pemandangan biasa sekawan burung hering akan dilihat terbang mengelilingi sebuah tanah perkuburan utama di Guatemala.
Bunyi seakan kejam bukan? Tetapi dek kerana tempat yang terhad, karenah birokrasi dan adanya kematian baru, pekerja di tanah perkuburan terpaksa melakukan rutin mengeluarkan mayat tersebut setiap kali untuk membuat kubur baru. Itu juga merupakan sumber rezeki kepada mereka yang mendiami negara yang sangat miskin.
Tidak menghormati dan keganasan sudah dilihat sebagai sesuatu yang normal di Guatemala. Sesiapa sahaja boleh melihat sendiri bagaimana mereka membuang mayat ke dalam kubur besar tanpa mempedulikan waris si mati yang bersedih. Ahli keluarga hanya diberitahu melalui telegram. Mereka terlalu daif untuk menampung sewa tapak berkenaan dan terpaksa redha dengan undang-undang tersebut.
Amalan memindahkan mayat ini dipercayai sudah berlaku sekurang-kurangnya hampir 20 tahun. Kesan perang saudara berdarahberpuluh tahun lalu, separuh daripada penduduk Guatemala hidup dalam kemiskinan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Seni bina kediaman Melayu asli yang lazimnya berdinding kayu serta beratap nipah atau rumbia kini semakin ditelan zaman, digantikan dengan binaan konkrit berbumbung genting yang lebih gah dan eksklusif.
Tidak keterlaluan jika mengatakan bahawa mungkin ada generasi muda langsung tidak pernah melihat dari dekat keunikan seni bina tradisional yang biasanya didirikan dengan hanya menggunakan kayu seperti meranti ataupun temak.
Justeru, jika anda teringin untuk mendiami rumah konsep sebegini, boleh cuba menginap disebuah resort yang terletak di Terengganu yang menjadi lambang keunikan serta keaslian seni bina tradisional Melayu.
Dari kecik saya suka sejarah, setiap kali baca sejarah selalu bayang macam ada dalam keadaan masa sejarah tu berlaku. Masa kat Terengganu, jumpa satu penginapan kat sini yang berkonsepkan senibina macam zaman silam. Nama tempat ni Warisan Pahlawan Resort. Resort ni dia gabungkan sekali dengan suasana hutan kat sekeliling, jadi bila ada kat sini rasa tenang siap sekali bunyi cengkerik.
Ada kolam renang kalau bawak anak-anak kecik mandi. Ada beberapa jenis bilik sama ada bilik berdua, bertiga, berempat berlapan tak pun bilik yang besar lagi kalau ada yang datang ramai. Harga bilik berdua bermula dari RM60 satu malam, kira murah dah tu, bahagi 2, seorang RM30. Ada satu lagi bilik berempat RM100 semalam, bahagi 4 orang, seorang RM25. Yang penting nak rasai suasana keadaan kat sini, tu yang unik. Ada beberapa lagi jenis bilik.
Kalau yang nak bergambar kat sini. Kalau pakai baju melayu siap tengkolok, memang cantik. Perempuan bawak baju kurung. Background plak bangunan kat sini. Memang cantikkkk. Kalau photoshoot kahwin pun okay jugak kat sini. Tapi kena pakai baju tradisional, kalau baju moden, macam tak kena.
Lokasi kat Kampung Pauh, Kuala Berang. Kalau nak booking. Terus hubungi resort: Alamat : No. 122 Kampung Pauh, 21700 Kuala Berang, Terengganu.
No. telefon/whatsapp : +6012-755 3236
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...