Lepas Gian Hiking Solo ‘Adam’s Peak’ Di Sri Lanka, Lelaki Ini Belanjakan RM2.5K Untuk 10 Hari Termasuk Tiket Flight

Share

Lain orang lain cara pengembaraannya melihat negara orang. Secara berkumpulan atau solo, apa yang penting dapat melihat keunikan serta adat budaya sesebuah negara.

Bagi Haideham Amith berkesempatan travel secara solo ke Sri Lanka sebelum Covid-19 datang.

Menurutnya dia memilih Sri Lanka kerana kos perjalanan sangat murah selain pemandangan cantik dan jarang orang Malaysia datang ke sini.

Hanya dengan bajet sekitar RM2,500 dia berjaya explore Sri Lanka selama 10 hari. Kos ini termasuk tiket fight pergi dan balik sekaligus.

Banyak tempat menarik dikunjungi termasuk melepaskan gian untuk hiking ke Adam’s Peak seorang diri.

Mengambil masa 3 jam pendakian secara santai dengan ketinggian 2243 meter dengan 5000 lebih anak tangga sambil berkenalan dengan alam flora di sekeliling. Menurutnya ketika pendakian adalah masa off season

jadi tidak ada orang langsung.

Sebenarnya dia juga tidak menyangka dapat lakukannya seorang diri, tetapi beruntung kerana pendapat host yang sangat membantu dari bantuan AirBnB.

Selain itu dia juga sempat ke Mirissa Beach dan menyaksikan pemandangan sangat memuaskan hati.

Ayuh, kongsi foto menarik sepanjang travel ke Sri Lanka

 

Artikel Berkaitan:

Gurun Gobi Dikongsi Dua Negara China & Mongolia, Fosil Telur Dinasour Pernah Ditemui Di Sini

2 Bulan Training Hiking Tanpa Henti & Lepas 2 Hari Pendakian Solo, Lelaki Ini Berjaya Tawan Gunung Kinabalu

Mandi Infiniti Pool Menghadap Laut China Selatan, Keseronokan Tanpa Batasan Di Villa Danialla Patut Cuba

Oleh
Siti Zurina Mat Saman