Lepas Ditutup Sebab Pandemik Covid-19, Phuket Dibuka Secara Secara Rasmi Hari Ini Kepada Pelancong Luar

Share

Nampaknya jiran sebelah kita, Thailand boleh tersenyum gembira kerana telah membuka pintu sempadan kepada pelancong bermula hari ini.

Dikatakan empat pesawat yang membawa 249 penumpang dijangka tiba di Phuket esok (hari ini) selepas ia dibuka semula untuk kunjungan pelancong.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Taweesilp Visanuyothin berkata, Kementerian Sukan dan Pelancongan sedang mengkoordinasi ketibaan empat pesawat berkenaan yang juga menandakan permulaan program rintis Phuket Sandbox.

Pelancong yang tiba adalah dari banyak negara namun yang utama adalah Israel, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar,” katanya.

Menurutnya, peraturan ketat akan dikenakan bagi memastikan kes Covid-19 terkawal.

Sebelum menaiki pesawat, penumpang perlu menyediakan lima dokumen iaitu sijil kemasukan (CoE), sijil perubatan mengesahkan mereka negatif Covid-19 tidak lebih 72 jam sebelum menaiki pesawat (kecuali bagi kanak-kanak berusia bawah enam tahun), insurans Covid-19 dengan perlindungan sekurang-kurangnya AS$100,000, bukti pembayaran penginapan dan ujian saringan serta sijil pengesahan dua dos vaksin Covid-19.

Mereka akan mendarat terus di Phuket atau melalui Lapangan Terbang Suvarnabhumi.

Sementara itu, menurutnya Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand menjangkakan 100,000 pelancong asing akan tiba di Phuket pada suku ketiga tahun ini.

Sumber: Harian Metro

Artikel Berkaitan:

Thailand Akan Buka Semula Phuket Untuk Pelancong Tanpa Kuarantin, Syaratnya Dah Divaksin

Bermula Julai, Thailand Buka Pintu Sempadan Ke Phuket Untuk Pelancong Yang Dah Terima Vaksin

Suami Isteri ‘Honeymoon’ Ke Phuket & Krabi Dengan Perlayaran Kapal Persiaran. Kena Try Ni!

Oleh
Siti Zurina Mat Saman