Selepas 28 tahun diharamkan di negeri Cik Siti Wan Kembang, tarian Mak Yong bakal kembali ke Kelantan selepas pengharaman terhadap tarian kesenian tersebut diangkat baru-baru ini.
Namun, sekalipun pengharaman tersebut dibatalkan, Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan setiap penggiat seni tersebut perlu mematuhi syariah yang ditetapkan seperti menutup aurat semasa melakukan persembahan.
Ini adalah satu berita yang baik untuk semua penggiat seni Mak Yong yang berada di negeri pantai timur itu kerana seni tari tersebut sekarang boleh dipertontonkan kepada orang ramai.
Jadi, apakah yang berlaku 28 tahun dulu sehingga tarian Mak Yong ini diharamkan di negeri Kelantan? Jom kita singkap kembali sedikit info mengenai tarian Mak Yong itu sendiri.
Umum mengetahui tarian Mak Yong adalah seni tari tradisional masyarakat Melayu dan bertapak pada mulanya di negeri Kelantan. Malah, seni tari ini dikatakan wujud sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu lagi.
Ads
Mak Yong mendapat pengikitirafan antarabangsa apabila UNESCO mengiktiraf seni tari Mak Yong sebagai salah satu Karya Agung Warisan Tidak Ketara Kemanusiaan
Elemen yang digunakan dalam seni tari Mak Yong ini mempunyai unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian sambil diiringi oleh instrument muzik dan vokal. Muzik adalah elemen yang sangat penting dalam setiap pementasan Mak Yong kerana muzik terutama daripada rebab digunakan untuk menarik penonton dan memaklumkan bahawa pementasan Mak Yong akan bermula.
Selain daripada itu, muzik juga digunakan untuk membentuk suasana yang menggambarkan emosi dan perasaan di setiap adegan. Selalunya suasana ini digambarkan dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh watak-watak utama dan juga korus / jong
dondang.
Ads
Menurut kisahnya, seni tari Mak Yong ini bukan sahaja dipertontonkan sebagai hiburan sahaja, malah turut digunakan sebagai medium di dalam perubatan tradisional dulu-dulu.
Penari yang terlibat dalam pementasan seni tari Mak Yong ini akan menggunakan perhiasan pakaian yang cantik dan boleh membuatkan anda terpersona melihat kejelitaan penari-penari dan juga kehalusan seni tari yang dipersembahkan kepada penonton.
Ads
Makyong dibawa ke negeri Che Siti Wan Kembang (Kelantan) oleh suku kaum Pattani lebih 200 tahun yang lalu dan berkembang ke negeri Jelampang Padi (Kedah dan Perlis).
Untuk pengetahuan anda semua, sebelum seni tari Mak Yong ini diharamkan oleh kerajaan Kelantan pada tahun 1991, seni tari ini menjadi satu pementasan Diraja oleh Kesultanan Kelantan sehingga sekitar 1920-an dahulu.
Dek disebabkan oleh seni tari Mak Yong ini sering dikaitkan dengan unsur-unsur pemujaan dan dilihat memesongkan akidah dan melanggar syariat, menyebabkan seni tari Mak Yong ini diharamkan langsung di Kelantan.
Seni tari Mak Yong ini hampir pupus tetapi, diharap dengan penarikan kembali pengharamannya di negeri asalnya, tarian Mak Yong akan kembali lestari dan diwarisi oleh generasi baharu akan datang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Switzerland terkenal dengan keindahan setiap pelusuk negaranya, antara tarikan di sana termasuklah tasik-tasik yang indah dan cukup mengujakan. Terdapat kira-kira 1500 tasik atau lebih di Switzerland. Setiap tasik yang ada di sana mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri.
Dari tasik yang popular untuk berenang pada musim panas hinggalah ke tasik Alpine yang jernih. Antara yang terkenal adalah Tasik Blausse. Mudah untuk diakses dan tidak memerlukan pendakian yang agak ektrem membuatkan tasik biru ini menjadi tumpuan pelancong.
Jika berpeluang melancong dan bercuti ke Switzerland, Tasik Blausse adalah tempat wajib dikunjungi. Nak tahu apa sebabnya, Mohd Anas Anas berkongsi di grup Backpackers Buddies Malaysia (BBM)
Lokasi wajib sekiranya berkunjung ke Bumi Switzerland. Lake Blausse
1- Perjalanan dari Interlaken Ost dengan menggunakan keratapi dan bas akan mengambil masa 1 jam 46 minit. keratapi dari Interlaken akan transit di Stesen Speiz kemudian tukar keretapi menuju ke Frutigen. Di Frutigen terus menuju ke stesen bas berhampiran stesen keratpi dan menggunakan bas no 230 untuk terus ke Lake Blausee. Bas akan turun betul2 di hadapan pintu masuk tasik. sekiranya menggunakan kereta dan memandu sendiri masa perjalanan hanya mengambil 37 minit.
2- Sekiranya kita dari bandar Zurich, perjlanan dengan keretapi akan mengambil masa 2 jam 44 minit dan dengan memandu sendiri masa diambil 2 jam 26minit.
Tiket masuk akan dikenakan sebanyak 10chf. tetapi seandainya keadaan air tasik keruh, pihak pengurusan akan memberikan diskaun 5chf.
Untuk menaiki bot di dalam tasik adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran.
Di dalam kawasan persekitaran tasik terdapat cafe dan restoran untuk menikmati kopi dan juga makanan lain.
Pemandangan yang paling cantik ketika kemuncak musim luruh iaitu penghujung Oktober dan awal November dengan keadaan daun2 kekuningan berlatarkan air yang sangat biru. Pada musim panas air sedikit berwarna hijau dan kurang jernih.
7.Usai sahaja menikmati keindahan tasik ini, boleh terus menunggu bas untuk ke lokasi seterusnya iaitu Kendersteg. Perjalanan dengan bas hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja..satu laluan dan arah yg sama.
Di Kendesteg kita perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya 3 ke 4 jam untuk ke atas sana dan ke Tasik Oeschinen dan bermain gelongsor.
Justeru memadai seharian untuk 2 lokasi ini agar masa tidak terbuang dengan begitu sahaja.
Saban tahun, masuk saja bulan April lonjakan pelancong ke Thailand meningkat. Ini kerana mereka mahu bersama-sama meraikan Festival Songkran yang biasanya disambut 13 April saban tahun.
Pesta Songkran ini sangat popular serta dunia kerana ia bersempena tahun baru dalam kalendar Buddha. Malah Songkran lebih dikenali sebagai Tahun Baru Thailand. Songkran juga bermaksud ‘perubahan’ atau ‘tranformasi’ dalam bahasa pinjaman Sanskrit. Pesta Songkran atau disebut pesta main air di kalangan pelancong sememangnya sangat terkenal kerana orang ramai akan bersuka ria sambil menyimbah air kepada sesiapa sahaja. Malah pesta ini turut dihadiri ramai pelancong dari Malaysia untuk merasai keseronokannya.
Tapi tahun ini nampaknya pesta yang disambut meriah itu sudah banyak dibatalkan di beberapa lokasi kerana berlakunya lonjakan kes positif COVID-19 di negara tersebut. Menurut Bangkokpost.com, terdapat 281 kes baru COVID-19 menjadikan 664 orang dijangkiti bermula April ini. Justeru itu, Chiang Mai, lokasi pelancongan popular di negara Thailand sudah dibatalkan pesta Songkran di loksi terbabit walau pun persiapan sudah dilakukan di Tha Phae Gate. Malah pihak pentadbiran juga memberikan syarat agar mana-mana pelancong yang datang dari Bangkok, Nonthaburi, Samut Prakan, Pathum Thani dan Nakhon Pathom untuk menjalani kuatantin selama 14 hari.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pelancong dan sesiapa sahaja dianggap melakukan kesalahan berat sekiranya didapati merakam gambar atau berswafoto ketika pesawat sedang berlepas atau sedang mendarat berhampiran Pantai Mai Khao, Phuket. Biar betul ni?
Pihak berkuasa Thailand menjelaskan, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman mati kerana mengganggu juruterbang dan keselamatan kesemua penumpang kapal terbang.
Mereka turut memberi amaran kepada pelancong bahawa ia adalah hukuman paling maksimum yang boleh dikenakan mengikut Akta Navigasi Udara 1978 sekiranya pelancong atau penduduk tempatan masih berdegil. Manakala hukuman lebih ringan termasuk denda sehingga 40,000 baht (RM5,126) atau penjara sehingga 20 tahun.
Kebanyakan pelancong berkunjung ke situ untuk merakam gambar atau berswafoto di kawasan pantai dengan latar belakang pesawat berlepas atau mendarat di lapangan terbang sibuk itu sebelum memuat naik gambar di akaun media sosial. Pantai Mai Khao, Phuket menjadi tarikan ramai kerana sudah terkenal di seluruh dunia sebagai lokasi mengambil gambar dengan kapal terbang dari jarak dekat. Ramai yang tidak mahu melepaskan peluang itu, sehinggakan kawasan sekitar itu turut menempatkan pelbagai gerai jualan kerana penduduk tempatan akui pelancong sentiasa ramai berkungjung ke situ.
Namun tindakan itu menimbulkan kemarahan pihak lapangan terbang yang berjanji akan mendesak pihak berkuasa untuk menutup sebahagian kawasan pantai itu kerana boleh menyebabkan kemalangan.
Mereka tidak menjelaskan bagaimana ia boleh mengundang bahaya tetapi tindakan itu dipercayai berpotensi memberi gangguan kepada juruterbang, sama seperti dron dan pen laser. Timbalan pengurus besar lapangan terbang, Vijit Keawsaitiam berkata, pihaknya sedang berusaha mewujudkan satu zon larangan di bawah laluan pesawat untuk menghalang pelancong mengambil gambar terlalu dekat.