Mahu menjauhkan diri daripada kesibukan kota raya tetapi merancang percutian jangka masa pendek? Kuala Selangor merupakan pilihan ideal untuk anda lepak santai cara normal baru yang best.
Pemandangan padi menghijau, perkampungan nelayan di pesisiran pantai mahupun kuala sungai pastinya mengundang pengunjung kota yang rindukan suasana desa. Jangan lepaskan peluang untuk berhujung minggu di Kuala Selangor.
Macam-maca ada di Kuala Selangor:
Pantai Sky Mirror
Pantai Kuala Selangor terkenal dengan jolokkan nama Mirror of the Sky kerana ketika air cetek, pantai ini akan mencerminkan keindahan langit di atas biasan pantai. Ia mewujudkan peluang fotografi yang unik kepada pelancong. Destinasi ini merupakan destinasi pelancongan yang sempurna untuk anda kerana ia juga menjadi habitat kepada aktiviti marine agrikultur.
Fenomena ‘Blue Tears’
Lokasinya terletak berdekatan dengan destinasi Sky Mirror. Blue Tears adalah antara produk pelancongan terbaru di negeri Selangor yang boleh dilihat pada waktu malam. Fenomena Blue Tears dikatakan terhasil daripada fitoplankton iaitu sejenis tumbuhan marin mikroskopik yang hanyut di permukaan air. Ia kemudiannya menghasilkan cahaya biru terang apabila bertindak balas dengan kandungan oksigen dalam air laut.
Bukit Malawati
Lokasi ini menjadi salah satu destinasi yang semakin popular buat pelancong dan orang luar dari daerah ini. Bukit Malawati menjadi destinasi sempurna untuk tujuan menyaksikan pemandangan indah dari kawasan puncak bukit setinggi kira-kira 100 meter. Pada setiap pagi atau petang, lokasi ini menjadi pilihan ramai penduduk setempat untuk beriadah bersama keluarga.
Kelip-Kelip Kg Kuantan
Pada malam hari, pengunjung boleh memilih untuk menaiki bot di Sungai Selangor untuk melihat banyak kelip-kelip yang terbang bebas yang mengeluarkan cahaya semulajadi. Kuala Selangor merupakan salah satu kawasan yang memiliki koloni kelip-kelip terbesar di dunia. Ketika di sini dinasihatkan supaya tidak membuat bunyi bising selain tidak menggunakan kamera berflash atau lampu suluh kerana kelip-kelip anti dengan persekitaran yang terang.
Antaranya penginapan menarik dicadangkan jika anda ingin menginap di sekitar Kuala Selangor:
Farm Ville Cafe & Homestay
Berada di persekitaran sawah padi, penginapan dalam kontena ini pasti memberi kelainan dan kepuasan yang berbeza. Kemudahan kolam renang yang disediakan pasti mengujakan tetamu yang hadir bersama si kecil.
The Kabin
Terletak berhampiran Pantai Remis, Kuala Selangor. The Kabin menyediakan penginapan kontena sesuai untuk individu, pasangan dan berkumpulan. Terdapat kemudahan kolam renang di tengah-tengah kawasan utama ‘hotel kontena’ ini.
Padi Box
Padi Box penginapan dalam kabin yang berwarna-warni serta mempunyai permandangan sawah padi yang luas terbentang. Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini antaranya berbasikal mengelilingi kawasan sekitar.
Tempat makan best di Kuala Selangor:
Mi Udang Banjir
Sajian Mi Udang Banjir merupakan menu utama yang perlu dipesan di sini. Nama pun ‘banjir’ makanya udang yang disajikan cukup berbaloi terutama bagi peminat makanan laut ini. Keaslian dan kelazatan resipi turun-temurun menjadi ‘kunci’ memikat pelanggan memenuhi kedai ini untuk menjamu selera.
Aroma Ikan Bakar
Aroma Ikan Bakar menjadi lokasi makanan laut yang dikenali ramai. Lebih-lebih lagi kedudukannaya yang berhadapan dengan laut, akan memikat hati pengunjung yang ingin makan sambil melihat matahari terbenam.
Restoran D’ Coral
Merupakan sebuah restoran makanan laut yang terletak betul-betul disebelah sungai yang mengalir, dan pemandangan jambatan Kuala Selangor dan rumah api Kuala Selangor.
Banyak benda menarik boleh buat di Kuala Selangor kan?
Jom cuti-cuti Malaysia~