Kalau anda memang anak jati Kuala Lumpur, sebut sahaja bandaraya ini lokasi menarik yang terbayang dalam fikiran kita untuk terjah seperti kurang rencah. Jika tidak tahu ke mana hendak dituju pasti mati kutu, dan hanya lokasi tumpuan untuk membeli-belah dan makan-makan sahaja yang dijejak. Janganlah macam tu..Kuala Lumpur banyak lokasi baru yang menarik untuk lepak ok.
Adakah anda sedar tentang kewujudan mercu tanda baru di ibu negara menerusi projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life? Dulunya lokasi ini lebih dikenali sebagai tempat pemisah Sungai Klang. Lokasinya berada betul-betul di belakang Bangunan Sultan Abdul Samad, dan berhampiran pula Masjid Jamek. Lokasi ini juga menjadi jolokan sebagai Kolam Biru oleh penduduk tempatan.
Sumber Foto: constructionplusasua
River of Life adalah kawasan rekreasi baru untuk beristirahat bersama keluarga dan rakan-rakan. Lokasi ini juga turut menjadi tumpuan jurugambar tempatan dan asing untuk merakam foto ketika senja atau malam kerana ia mempunyai panorama yang sangat menarik.
Sumber Foto: flickr amrilizan
Reka bentuk moden River of Life pastinya memberikan inspirasi kepada peminat seni binaan dengan dilengkapi pancuran air yang cantik dan paparan masa menjelang detik menyambut tahun 2020. Selain itu, disekeliling lokasi ini dihiasi dengan tanaman landskap yang indah dan terjaga rapi..
Sumber Foto: lubukseni
Sumber Foto: silkwindsmagazine
Laluan pejalan kaki di sepanjang River Of Life boleh dipuji kerana bersih, mempunyai banyak papan tanda untuk pelancong selain menjadi destinasi terbaik bagi merakam gambar untuk menceritakan tentang banyak bangunan ikonik di Kuala Lumpur.
Sumber Foto: timeout
Mmm..menarik tak? Ayuh warga Libur, jom kita terjah!