Sedar atau tidak, di Malaysia mempunyai beberapa Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Ia sekali gus menjadikan negara sebaris dengan negara-negara besar lain yang pernah menerima pengiktirafan sedemikian sebelum ini.
Kita mengenali Taj Mahal, Tembok Besar China atau Angkor Wat sebagai tapak warisan dunia, namun masih ramai yang tidak mengetahui beberapa tempat di Malaysia seperti Lembah Lenggong di Perak dan Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak juga adalah destinasi Tapak Warisan Dunia. Jika berkesempatan, jom melawat destinasi-destinasi menarik ini.
Lembah Lenggong, Malaysia
Sejak penemuan rangka Perak Man pada 2001 dan Perak Woman pada 2004, nama Lembah Lenggong yang terletak di daerah Hulu Perak terus dikenali di peringkat antarabangsa. Penemuan-penemuan saintifik yang dilakukan oleh penyelidik tempatan sebelum ini telah membuka pintu rahsia kehidupan masyarakat awal di rantau ini.
Ia terbukti menyimpan rahsia besar sejarah kehidupan manusia dan sejarah tamadun manusia yang pernah wujud dipercayai berjuta tahun lalu. Kawasan itu juga dipercayai menjadi laluan keluar terawal manusia dari Afrika menuju ke Australia. Bukit Bunuh misalnya, menjadi pilihan penempatan awal manusia kerana ia kaya dengan pelbagai sumber alam dan keperluan untuk menyediakan peralatan batu.
Ads
Penemuan kapak genggam pada tahun 2009 membuktikan kawasan itu merupakan satu-satunya tapak manusia Paleolitik yang berfungsi sebagai bengkel membuat alat batu. Di samping itu, terdapat beberapa bukti lain yang turut dijumpai di sekitar Kota Tampan dan Gua Teluk Kelawar seperti tembikar, peralatan gangsa dan sebagainya.
Kaji Artifak
Ads
Lembah Lenggong telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO menjadikan, ia tapak keempat diktiraf di Malaysia. Bagi pengunjung yang mahu melihat kesemua artifak itu dengan lebih dekat bolehlah berkunjung ke Muzium Arkeologi Lenggong di Kota Tampan.
Taman Negara Gunung Mulu, Malaysia
Terletak di sebelah utara negeri Sarawak, Taman Negara Gunung Mulu merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia. Mempunyai keluasan lebih 544 kilometer persegi, ia mula diwartakan sebagai taman negara pada 3 Oktober 1974. Dengan dikelilingi tiga buah gunung iaitu Gunung Mulu, Gunung Api dan Gunung Benarat, Taman Negara Mulu mempunyai kepelbagaian bio yang menakjubkan.
Ads
Kawasan hutan yang terdiri daripada jenis paya gambut, rawa, dipterokap, lumut serta tumbuhan gunung menempatkan ribuan spesies flora dan fauna. Puncak Pinnacles pula menjadi mercu tanda bagi Gunung Mulu. Bagi mereka yang sukakan cabaran, bolehlah cuba mendaki ke puncaknya yang dipenuhi bantuan yang terhasil secara semula jadi.
Teroka Keindahan Alam
Tatkala berada di taman negara ini jangan lupa mencuba aktiviti penerokaan gua yang menjadi identitinya selama ini. Antara gua yang wajib dikunjungi pastinya Sarawak Chamber. Ia cukup besar dan luas serta dikatakan mampu memuatkan lapan jet jumbo 747. Tidak cukup dengan itu, pengunjung juga boleh meneroka beberapa tarikan lain yang tidak kurang hebatnya seperti Gua Rusa atau Gua Air Jernih.
Bagi pencinta alam semula jadi, perasaan kagum pasti hadir melihat keunikan formasi stalagmit dan stalagtit serta pelbagai arca yang terhasil akibat proses geomorfologi yang berlaku. Ia diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada November 2000.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sandakan terkenal dengan keunikan dan keistimewaan alam semula jadinya termasuk hutan yang berusia ratusan juta tahun, pantai yang memutih, dan gugusan pulau yang tidak tercemar. Selain itu di sini merupakan rumah untuk hidupan liar yang hampir pupus seperti Orang Utan dan Proboscis Monkey (monyet belanda) yang boleh ditemui di Borneo dan Sumatera sahaja.
Kita bertuah tinggal di Malaysia yang memberi peluang kepada kita untuk menghayati keunikan dan keindahan alam dan budaya pelbagai etnik di negara ini. Sandakan, salah satu daerah di Sabah, bukan sahaja kaya dengan flora dan fauna, tetapi terkenal dengan keramahan penduduknya serta kesan sejarahnya.
Pengalaman berada di Sandakan pasti cukup mengujakan terutama bagi penggemar sejarah, pencinta alam serta binatang. Pelbagai lokasi menarik harus dilawati jika berada di sini. Bagi industri pelancongan, Sandakan terkenal sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi eko-pelancongan.
8 Lokasi Mesti Pergi!
Antara destinasi yang harus menjadi persinggahan ialah Perkampungan Air Sim Sim iaitu perkampungan yang paling lama wujud di Sandakan. Majoriti penduduknya terdiri daripada masyarakat Melayu. Sumber lautan seperti mutiara ternak mudah didapati dengan harga yang murah di perkampungan yang menghadap Laut Sulu ini.
Monyet Belanda atau Proboscis Monkey hanya terdapat di Borneo. Dikenali Bayau oleh masyarakat tempatan, monyet berhidung panjang itu salah satu spesies terbesar di dunia. Untuk melihat monyet ini tidak mudah, kerana pelancong perlu menyusur sungai dengan bot untuk melihat haiwan itu yang hidup bebas di habitatnya. Monyet itu biasanya hidup dalam berkumpulan dan bersifat nomad. Monyet jantan terkenal dengan panggilan playboy kerana hidup dalam berkumpulan dan ditemani tiga atau empat monyet betina. Ia mempunyai tapak kaki yang besar membolehkan berenang dengan mudah. Namun untuk melihat dengan mudah, anda boleh ke Labuk Bay Proboscis Monkey merupakan pusat pemuliharaan spesies ini.
Tokong Buddha Puu Jih Shih yang merupakan tempat suci masyarakat Buddha yang terbesar di Sandakan. Terletak di atas sebuah bukit dan dikelilingi panorama yang indah, membuatkan kedudukan tokong ini kelihatan sangat strategik.
Muzium Agnes Keith iaitu rumah asal seorang rakyat Amerika yang begitu giat untuk memperkenalkan Negeri Sabah Negeri Di Bawah Bayu di peringkat antarabangsa turut menjadi tempat untuk dilawati. Rumah ini pernah musnah semasa Perang Dunia Kedua tetapi dibina semula mengikut reka bentuk asal. Agnes Keith mempopularkan Sabah dengan menulis tiga buah buku berjudul Land Below The Wind, Three Came Home, dan White Man Returns.
English Tea House & Restaurant merupakan lokasi untuk menjamu selera yang cukup terkenal di Sandakan. Terletak beberapa meter dari muzium Agnes Keith, restoran ini menawarkan menu santapan berkonsep Inggeris, sesuai dengan persekitarannya. Terletak di atas bukit, pengunjung dapat saksikan panorama indah lautan terbentak luas dengan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa anda.
Tidak lengkap rasanya jika ke Sandakan tanpa menjengah ke Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok. Di sini pengunjung berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat habitat semula jadi orang utan yang terbesar dan tertua di dunia. Lokasinya seluas 4300 hektar mempunyai kira-kira 300 ekor orang utan dan 92 hidupan mamalia lain. Waktu kunjungan paling sesuai untuk melihat habitat ini ialah ketika tiba masa orang utan diberi makan.
Tambah menarik, jika berpeluang menaiki bot menyusuri Sungai Kinabatangan dari Jeti Kampung Bilit. Di sepanjang menyusuri Sungai Kinabatangan, pelbagai hidupan liar dalam habitat semula jadi di kawasan seluas 26,000 hektar boleh dilihat. Dianggarkan terdapat lebih seribu spesies tumbuhan, 250 spesies burung, 90 spesies reptilia, dan 50 spesies mamalia. Meskipun tidak menjamin peluang mudah melihat hidupan ini, jika bernasib baik pengunjung akan terserempak dengan hidupan seperti gajah pigmi, monyet probosis, buaya air masin, harimau dan banyak lagi.
Sandakan Central Market merupakan tamu atau pasar yang terkenal di tengah bandar Sandakan. Pelbagai barangan harian, sayur-sayuran, ikan bilis, ikan kering, lauk-pauk, pakaian dan cenderamata boleh didapati di sini. Jangan lupa untuk membawa pulang mutiara berupa hiasan tangan, rantai atau kerongsang yang boleh didapati di sini dengan harga yang sangat murah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pulau Aur terletak di daerah Mersing, Johor merupakan antara pulau ‘hidden gem’ yang cukup mempersona.
Mungkin ramai yang tidak berapa tahu atau kenal dengan pulau ini kerana kurang mendapat promosi yang meluas. Tetapi percayalah, jika anda sudah menjejakkan kaki ke sini, pasti anda jatuh cinta dan berpuas hati memilih destinasi ini sebagai lokasi untuk bercuti.
Terletak 80km dari Mersing, Pulau Aur adalah sebahagian dari Taman laut Johor. Ia semakin popular dalam kalangan pelancong kerana kolam semulajadi di luar pesisir pantai, batu karang berwarna-warni dan pantai yang cantik.
Di Pulau Aur terdapat tarikan Batu Berhala, batu bersaiz besar berbentuk singa yang mempunyai legenda tersendiri. Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti merentas hutan, pastinya tertarik untuk memanjat batuan besar menuju ke kawasan pelbagai.
Foto: sebukangbayresort.com
Berdasarkan sejarah, pada Januari 1804, Pulau Aur pernah menjadi persinggahan tentera Perancis di bawah arahan Laksamana Linois bersama lima kapal perang bagi menjayakan misi pertempuran laut bersama British di Laut China Selatan.
Dari Pulau Aur, anda juga boleh ke sebuah pulau kecil iaitu Pulau Dayang yang terletak hanya bersebelahan sahaja. Seperti Pulau Aur, pulau ini juga cukup sempuna untuk anda yang suka akan kedamaian dan ingin percutiaan yang tenang.
Kedua-dua pulau ini merupakan pilihan terbaik bagi si kaki selam skuba kerana jaraknya yang jauh dari pantai. Air disini juga sangat jernih dan banyak spesis hidupan marin termasuk baracuda dan pari besar boleh ditemui disekitar ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Berkesempatan travel dengan kawan baik memang seronok. Lagi-lagi percutian tersebut mempunyai lokasi dan destinasi menarik untuk diterokai bersama. Lagi 'syiok' kawan-kawan baik pula 'sejenis' yang pandai ambil gambar. Memang lawa la gambar-gambar percutian akan terhasil terhasil.
Berhajat bercuti bersama-sama teman? Mungkin boleh jadikan perkongsian percutiaan Zuraida Jda bersama teman-temanya sebagai panduan lokasi pilihan akan datang.
image via google
Girls Trip! Geng terlepas bus sekolah
Lama tak keluar outdoor shoot gambar bersama geng-geng semenjak pkp. So kitaorg decide untuk shoot kat lokasi yang terdekat je. Tambahan pula masih berhati-hati tentang penularan virus dan jugak bersempena tahun Melawat kelantan tahun 2020 ni…so kita support la negeri tanah kelahiran kita dlu yer.
Lokasi: Villa Danila,Pasir Putih Kelantan
Dari Pasir Mas mengambil masa 45minit jer driving
Harga Bilik : Kami booking Sea View (Honeymoon Sweet)
Villa Dato Siti RM927. Now ada promosi bleh view sndri laman web ye.
Bilik Luas & selesa muat untuk 4orang
Time kami kesana pool & dining/restaurant area masih belum beroperasi sepenuhnya.
So korang kena keluar cari makan area kawasan tu.
Untuk breakfast bleh try nasi dagang gulai itik ..besttt wooo..
(Kedai Kak Jue nasi dagang terletak selepas Jambatan Tok Bali..)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...