Sedar atau tidak, di Malaysia mempunyai beberapa Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Ia sekali gus menjadikan negara sebaris dengan negara-negara besar lain yang pernah menerima pengiktirafan sedemikian sebelum ini.
Kita mengenali Taj Mahal, Tembok Besar China atau Angkor Wat sebagai tapak warisan dunia, namun masih ramai yang tidak mengetahui beberapa tempat di Malaysia seperti Lembah Lenggong di Perak dan Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak juga adalah destinasi Tapak Warisan Dunia. Jika berkesempatan, jom melawat destinasi-destinasi menarik ini.
Lembah Lenggong, Malaysia
Sejak penemuan rangka Perak Man pada 2001 dan Perak Woman pada 2004, nama Lembah Lenggong yang terletak di daerah Hulu Perak terus dikenali di peringkat antarabangsa. Penemuan-penemuan saintifik yang dilakukan oleh penyelidik tempatan sebelum ini telah membuka pintu rahsia kehidupan masyarakat awal di rantau ini.
Ia terbukti menyimpan rahsia besar sejarah kehidupan manusia dan sejarah tamadun manusia yang pernah wujud dipercayai berjuta tahun lalu. Kawasan itu juga dipercayai menjadi laluan keluar terawal manusia dari Afrika menuju ke Australia. Bukit Bunuh misalnya, menjadi pilihan penempatan awal manusia kerana ia kaya dengan pelbagai sumber alam dan keperluan untuk menyediakan peralatan batu.
Ads
Penemuan kapak genggam pada tahun 2009 membuktikan kawasan itu merupakan satu-satunya tapak manusia Paleolitik yang berfungsi sebagai bengkel membuat alat batu. Di samping itu, terdapat beberapa bukti lain yang turut dijumpai di sekitar Kota Tampan dan Gua Teluk Kelawar seperti tembikar, peralatan gangsa dan sebagainya.
Kaji Artifak
Lembah Lenggong telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO menjadikan, ia tapak keempat diktiraf di Malaysia. Bagi pengunjung yang mahu melihat kesemua artifak itu dengan lebih dekat bolehlah berkunjung ke Muzium Arkeologi Lenggong di Kota Tampan.
Ads
Taman Negara Gunung Mulu, Malaysia
Terletak di sebelah utara negeri Sarawak, Taman Negara Gunung Mulu merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia. Mempunyai keluasan lebih 544 kilometer persegi, ia mula diwartakan sebagai taman negara pada 3 Oktober 1974. Dengan dikelilingi tiga buah gunung iaitu Gunung Mulu, Gunung Api dan Gunung Benarat, Taman Negara Mulu mempunyai kepelbagaian bio yang menakjubkan.
Ads
Kawasan hutan yang terdiri daripada jenis paya gambut, rawa, dipterokap, lumut serta tumbuhan gunung menempatkan ribuan spesies flora dan fauna. Puncak Pinnacles pula menjadi mercu tanda bagi Gunung Mulu. Bagi mereka yang sukakan cabaran, bolehlah cuba mendaki ke puncaknya yang dipenuhi bantuan yang terhasil secara semula jadi.
Teroka Keindahan Alam
Tatkala berada di taman negara ini jangan lupa mencuba aktiviti penerokaan gua yang menjadi identitinya selama ini. Antara gua yang wajib dikunjungi pastinya Sarawak Chamber. Ia cukup besar dan luas serta dikatakan mampu memuatkan lapan jet jumbo 747. Tidak cukup dengan itu, pengunjung juga boleh meneroka beberapa tarikan lain yang tidak kurang hebatnya seperti Gua Rusa atau Gua Air Jernih.
Bagi pencinta alam semula jadi, perasaan kagum pasti hadir melihat keunikan formasi stalagmit dan stalagtit serta pelbagai arca yang terhasil akibat proses geomorfologi yang berlaku. Ia diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada November 2000.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Shah Alam merupakan pusat pentadbiran bagi Negeri Selangor, banyak tarikan yang ada kat sini seperti I-City, Masjid Negeri, Tasik Shah Alam, Taman Persahabatan Selangor – Jepun dan banyak lagi. Kebanyakkan tempat yang ada di Shah Alam memang menjadi tumpuan untuk bergambar. Paling best ada tempat yang tak perlu bayar pun untuk masuk.
Jom tengok 6 port bergambar yang paling best ada di Shah Alam:
i-City Shah Alam
Kalau ke Shah Alam, mesti singgah ke I-City, terutama pada waktu malam. I-City merupakan antara tempat pertama yang menawarkan hiasan lampu LED yang sangat meriah di Malaysia. Pada waktu malam, tempat ini sangat cantik dengan lampu-lampunya dan sangat seronok untuk mengambil gambar di sana.
Selain hiasan lampu, terdapat banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana seperti Snowalk, taman tema air, musium 3d dan menaiki ferris wheel. Semasa melakukan aktiviti di sini pun anda boleh mengambil gambar juga dan pasti menjadi kenangan indah buat anda dan teman atau keluarga.
Taman Persahabatan Selangor-Jepun
Dibuka secara rasmi pada 12 Mac tahun lepas, -Taman Persahabatan Selangor – Jepun seluas 242.7 meter persegi di Taman Tasik Shah Alam, Seksyen 14, dibuka secara percuma untuk kunjungan orang ramai.
Berdekatan dengan Dataran Merdeka Shah Alam dan Muzium Shah Alam, taman ini merupakan simbolik dan penghargaan kepada negara Jepun yang telah lama kekal setia menjadikan negeri Selangor dan bandar raya Shah Alam khususnya sebagai destinasi pelaburan.
Dipenuhi budaya kedua buah negara, di Taman Persahabatan Selangor – Jepun bernilai RM3.8 juta ini terdapat tasik serta ketenangan saat beriadah di sini. Ini kerana antara tarikan utamanya ialah seni bina melambangkan elemen Jepun seperti Laman Zen, Kolam Maze dan Gerbang Torii Tsukubai.
3. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Dikenali juga dengan nama Masjid Biru, masjid kedua terbesar di Asia Tenggara ini juga merupakan salah satu tempat bergambar di Shah Alam yang sangat indah.
Walaupun masjid merupakan tempat ibadah bagi kaum Muslim, kita juga boleh datang dan menghargai keindahan dan seni bina Tamadun Islam yang agung ini. Masjid ini mempunyai rekaan dan seni bina yang sangat cantik selain mempunyai keluasan yang besar. Ruang solatnya yang luas serta siling dan dinding dalamannya juga direka indah, selari dengan agama Islam yang sukakan keindahan.
Waktu senja merupakan waktu yang paling cantik untuk mengambil gambar di sini. Silauan cahaya matahari yang menyinar menambahkan lagi kecantikan gambar anda. Jika anda bernikah di masjid ini, jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar di sini bersama teman dan keluarga.
4. Taman Tasik Shah Alam
Shah Alam memang mempunyai banyak taman tasik yang menarik. Antara taman tasik utama di sini ialah Taman Tasik Shah Alam. Meliputi Seksyen 2 dan Seksyen 14, taman tasik ini begitu luas dan mempunyai beberapa bahagian yang menempatkan fasiliti tertentu seperti zipline, menara dan taman permainan.
Landskap taman tasik ini yang pelbagai membuatkannya tempat yang menarik untuk mengambil gambar. Pokok bunga, susunan batu dan kilauan air tasik menambahkan lagi kecantikan gambar yang diambil. Kadang-kala terdapat juga majlis yang siap dekornya dan memang sangat cantik untuk photoshoot.
5. Laman Seni 7, Seksyen 7
Sekarang sudah mula banyak laman seni yang dihasilkan di Malaysia. Jika di Penang, kita ada Penang Street Art. Di Selangor pula, kita ada Laman Seni 7 yang mempamerkan pelbagai karya seni yang menarik. Shah Alam merupakan antara bandar pertama yang awal mempamerkan laman seni ini. Jika ada mencari tempat bergambar di Shah Alam yang unik, di sinilah tempatnya!
Terdapat lebih 10 lukisan mural yang dipamerkan dan kesemuanya mempunyai cerita yang tersendiri. Terdapat juga hasil seni yang 3d yang sangat menarik untuk anda lawati.
6. Taman Botani Shah Alam
Dikenali juga dengan nama Bukit Cerakah, Taman Botani ini sangat sesuai bagi sesiapa yang sukakan nature atau alam semulajadi. Kaya dengan pelbagai flora, tak kurang juga mempunyai fauna seperti kuda, rusa, itik dan kura-kura. Jika anda suka berjalan-jalan sambil menghirup udara segar, di sinilah tempatnya!
Dengan kawasannya yang menghijau serta mempunyai tasik dan bendang, di sini adalah antara tempat yang sesuai untuk anda bergambar. Photoshoot juga sering diadakan di sini dek kawasannya yang memukau dan indah. Jangan lupa singgah ke sini bagi kaki fotografi.
7. Tasik Cermin Shah Alam
Siapa kata di Ipoh sahaja ada tasik cermin? Di Shah Alam juga ada tasik cermin. Tasik yang melangkaui Setia Alam dan Bukit Raja ini menjadi tumpuan penduduk sekitarnya kerana di sini juga mempunyai sebuah bukit iaitu Bukit Sapu Tangan yang menjadi kegemaran para hikers untuk berlatih.
Tasik ini memang sangat cantik untuk penggambaran tetapi anda harus hiking untuk ke sini, diingatkan untuk pergi bersama pendaki yang lebih berpengalaman untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Mongolia hanya dipisahkan dengan Kazakhstan pada jarak 36.75 km sahaja dan merupakan negara ke-19 terbesar di dunia. Mongolia juga negara terbesar dunia yang tidak mempunyai pesisir laut. Suhu paling rendah dicatatkan di Mongolia -40 darjah Celcius. Dianggarkan tiga peratus penduduknya beragama Islam, kebanyakan berketurunan Turki dan Kazakh.
Terkenal dengan sejarah kepahlawanan panglima perang Mongol pada kurun ke-13, Genghis Khan, Mongolia menawarkan destinasi percutian yang agak menarik terutama bagi mereka yang ingin merasai pengalaman hidup bersama masyarakat nomad di kawasan pergunungan.
Kalau anda bercadang untuk ke Mongolia, ini ada tip dan panduan berguna dikongsikan oleh Cik Hawa Mayati yang pernah bercuti dan menggembara secara nomad di Mongolia selama 12 hari.
Sain bai-na uu! (Hello!)
Khas buat kawan-kawan yang ingin tahu sedikit sebanyak mengenai trip kami ke #Mongolia
1. Duration: ~12 days
2. Mode of transportation/ route: Air Asia flight (KUL-PEK-KUL), sleeper bus (Beijing-Erlian), local’s van (Erlian-Zamyn Udd), train (Zamyn Udd-Ulaanbaatar), local tour to Gobi desert, Air China flight (ULN-PEK).
3. Visa: Apply China visa double-entries jika ikut cara di atas. Mongolia visa-free for <30 days visit.
4. Currency: Mongolian Tugrik (or Togrog). Bawa USD dari Malaysia, boleh tukar ke Tugrik di Ulaanbaatar (atau Zamyn Udd untuk beli tiket tren). Dinasihatkan, tukar secukupnya saja, sebab anda tak akan dapat USD semula dengan lebihan duit yang ada. Tapi kalau berminat nak kumpul buat souvenir berkeping-keping, apa salahnya.
5. Accommodation: Guesthouse at Ulaanbaatar, nomad’s ger at Gobi.
6. Gobi trip: After doing some research and comparison, we decide to take local tour Sunpath Mongolia (www.tourinmongolia.com), berdasarkan review, reputasi dan harga yang ditawarkan. Untuk masa yang kami ada, pakej Golden Gobi (6 hari 5 malam) suits us well. 6 days Golden Gobi itinerary: Ulaanbaatar – Tsagaan Suvarga – Yol valley, Gurvan Saikhan National Park – Khongor sand dunes – Bayanzag (Flaming Cliffs) – Ulaanbaatar.
Get experience overnight in ger, interact with nomadic family, see how they herd animals, eat Mongolian foods n live like a nomad!
Tips:
1) Mongolia merupakan negara ke-19 terbesar di dunia (baca: Malaysia pula ke-67), dengan penduduk sesikit 3 juta orang. Bayangkan…Maka, bentuk muka buminya pun pelbagai rupa, bukan gurun gersang semata, ada juga kawasan pergunungan dan grassland. Terbahagi kepada 5 kawasan utama: Central, Eastern, Northern, Western and Gobi. Almost anywhere in Mongolia involves off-road adventure, however few areas are set up to handle independent travellers, with limited public transport network. So, tour group on the other hand gives logistical help. What you prefer, how much time do you have, would take into account which the best for your trip. Mongolia mempunyai minoriti Muslim (etnik Kazakh) di Western part, namun kawasan ini kurang dikunjungi kerana jarak yang agak jauh dari Ulaanbataar.
2) Jika berminat merasai overland trip dari China ke Mongolia merentasi dua negara, make sure ada antara anda yang boleh bercakap Mandarin (at least basic). Cabaran bermula semasa nak beli tiket sleeper bus lagi, di mana urusan di kaunter hanya dengan local Chinese yang kenot spik inglish, malahan maklumat destinasi di paparan skrin pun semua in Mandarin. Selain itu, urusan imigresen di border China agak melecehkan dan kami sendiri ditahan soal siasat hampir 2 jam. Jadinya, amatlah perlu ada orang yang boleh memahami bahasa dan membidas soalan-soalan yang diajukan itu. Urusan imigresen di border Mongolia pula takde masalah sangat.
3) Persiapkan mentalmu dengan perbezaan cara hidup orang tanah besar China dan orang nomad Mongolia. Contohnya, jangan le buat-buat terkejut masuk public toilet kat pekan koboi Inner Mongolia (China) yang takde langsung penghadang apatah lagi kepala paip, atau berhenti kat tengah gurun atau grassland yang takde pokok tu untuk orang melepas hajat di tengah alam. Sampai satu tahap kan, kita akan rasa.. nikmatnya ada toilet (yang cukup sifat) kat Malaysia ni! Huhu..
4) Perjalanan ke gurun Gobi di musim panas ada cabaran tersendiri. Untuk menganggarkan perjalanan dari satu tempat ke tempat lain, orang tempatan jarang-jarang menetapkannya melalui selama mana tempoh diambil, since everything in Mongolia has a tendency to break down. Setelah masuk ke countryside menuju Gobi, tiada lagi paved or gravel roads, sebaliknya akan meredah kawasan gurun off-road yang lapang melata dan berbukit bukau. Tak mungkin anda tidur dengan nyenyak, atau membaca buku dengan khusyuk semasa dalam perjalanan. Ini antara sebab utama kenapa disarankan ambil local tour to explore this vast and remote areas.
5) Mongolia negara orang nomad. Orang nomad hidupnya simple. Jika anda memilih ke sini, betul lah seperti ungkapan meninggalkan zon selesamu. Keperluan asas kita macam air melimpah ruah dan elektrik terang benderang tiada di sini. Tak perlu mandi, istinjak pun ikut sunnah Nabi. Nak caj bateri handphone pun jauh sekali, maka bawa la stok power bank tinggi kapasiti. Saya juga bawa bateri spare untuk GoPro kesayangan yang telah dicaj penuh dari Malaysia. Jauh berjalan.. kalau takde gambar kenangan, apalah maknanya kan. Kalau elektrik pun takde, internet apatah lagi. Tapi jangan risau, perjalanan dari aimag ke aimag selalunya akan singgah di pekan kecil. Kalau beli local simcard, dapat internet dan boleh la hapdet satu dua pic kat FB. Jika tour guide baik hati, akan singgah di public shower dan beri peluang untuk mandi, dengan bayaran sekitar MNT 5,000 (MYR8). Tapi bukan hari-hari, mungkin 2 atau 3 hari sekali.
6) Ketika berpeluang berinteraksi dengan keluarga nomad, boleh la hulur sedikit tanda kenangan buat mereka. Small gifts seperti jajan atau alat tulis for the kids, or even something from our home country pasti diingati dan dihargai.
Costing:
1. Transportation
Flight: KUL-PEK-KUL Air Asia MYR 500 (beli 9 bulan sebelum); ULN-PEK Air China MYR 1,000 (beli 3 bulan sebelum)
Airport express, China subway: CNY 35 (MYR 22)
15-hrs sleeper bus Beijing-Erlian: CNY 180 (MYR 115)
Guesthouse at Ulaanbaatar: USD 22 (MYR 94), per pax, 2 nights. 1 malam sebelum bertolak ke Gobi, 1 malam selepas balik dari Gobi. Kami booking guesthouse Sunpath juga untuk memudahkan arrangement ke Gobi.
Golden Gobi tour: USD 360 (MYR 1,545), per pax, 6 days 5 nights. Including driver, English speaking tour guide, drinking water, food B+L+D, ger staying, horse n camel riding, sleeping bag as well. Unlimited drinking water provided during summer, to drink, not to wash hehe. As muslims, we request vegetarian food, walaupun selalunya sayur-sayuran jeruk je yang ada. Booking boleh dibuat melalui emel, setelah confirm perlu bayar deposit sebanyak USD 50 per pax, melalui telegraphic transfer kepada tour company.
4. Travel insurance: MYR 84
5. Kira-kira kasar, kos keseluruhan tak sampai 4k. Bagi pergerakan dari Beijing, anda boleh bandingkan kos bagi opsyen back-to-back overland trip ke Mongolia yang jauh lebih murah (tapi mengambil masa lebih 3 hari) berbanding direct flight yang hanya 2 jam lebih. Sila timbang-timbangkan kaedah yang mana satu (serta pros dan cons) menjadi pilihan anda
Sekian. Jangan tak datang ke Mongolia! Land of The Blue Sky…
Bagi sesiapa yang mahu melakukan aktiviti camping sebelum masuknya bulan puasa ini, bolehlah mengambil peluang bermalam di Lojing Highland yang terletak di dareah Gua Musang.
Campsite ini dikatakan campsite paling sejuk tidak kira cuaca siang atau malam. Ini kerana keadaanya yang sentiasa berkabus di situ.
Menurut owner campsite ini, memang musim hujung tahun sampai awal tahun ini akan sentiasa berkeadaan cuaca begini.
Bagi Nur Shafini, dia dan keluarga pada mulanya merancang untuk satu malam, tetapi kemudiannya sambung untuk satu malam lagi kerana seronok melayan kopi dengan milo panas kala cuaca sejuk.
Malah anak-anak juga teruja dapat berjumpa kawan-kawan di sana. Mereka bermain sakan tetapi tidak berpeluh. Aktiviti yang memang menyeronokkan.
Tambahnya lokasi yang plaing best terletak di belakang masjid Lojing, jadi sambil bercamping boleh dengar azan dan orang mengaji dari masjid berdekatan.
Ekstra Info:
Campsite: Lojing Highland
Harga: RM25/ night
Plug point: Ada satu plug dekat dalam bilik kaunter dekat toilet.
Toilet dan shower room: Ada kat bawah kena jalan turun sikit. Toilet bersih. Air panas tak ada ye. Memang gigil mandi air sejuk.
Kalau masih bmencari homestay menarik di Danga Bay, boleh cuba Nest Home iaitu sebuah koleksi homestay pelbagai unit yang menyediakan penginapan untuk percutian anda.