Pernah atau tidak anda terfikir untuk travel secara solo. Memang ia satu pengalaman menyeronokkan kerana semua keputusan tidak dipengaruhi sesiapa.
Malah kita sendiri yang tentukan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang percutian solo ni. Tetapi ada bahaya jika trip solo ini terutama bagi kaum perempuan.
Namun jangan risau kerana pekongsian video seorang pengguna Tiktok @Mirzanjohor memberi tip jika travel secara solo. Video ini juga telah mendapat tontonan di Tiktok sebanyak 3 juta.
Sebenarnya trik ini juga boleh dilakukan jika bercuti bersama ahli keluarga yang lain.
Check In Hotel, Tip Berguna Untuk Perempuan
1. Ambil gelas dan letak pada tombol supaya tak ada orang gila buka pintu dan kita tahu bila gelas jatuh.
Ads
2. Selalu kita tengok dan pesanan suapay letakkan hujung jari pada cermin bilik air. Pastikan hujung jari anda pada cermin itu tak bertemu. Kalau bertemu itu tandanya bukan cermin. Ada yang memerhati.
Ads
3. Biasanya dalam bilik hotel , dah tentu ada lubang air cond di bahagian atas. Perhatikan sebab ada ‘orang gila’ letak kamera di celah lubang air cond.
4. Cuba tutup lampu dalam bilik dan ‘tawaf’ satu bilik. Pastikan tak ada lampu yang berkelip-kelip. Kalau ada, itu tandanya ada ‘spy camera’. Hati-hati.
Terletak hanya lima minit dari Pekan Kuala Pilah, La Hilir Tiny House sebuah penginapan berkonsepkan glamping yang cukup selesa dan menenangkan.
Dikelilingi tumbuhan menghijau, kalau menginap kat sini pasti boleh bayangkan bau kesegaran tumbuh-tumbuhan yang ada terutamanya pada waktu pagi dan selepas hujan.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bila menginap di sini antaranya berbasikal mengelilingi kawasan sekitar yang cukup mendamaikan, bermain badminton, dan kalau nak mandi sungai boleh ke sungai yang terletak tak jauh dari tempat ini.
Waktu malam kalau nak BBQ juga boleh kerana tempat ini turut menyediakan tempat untuk anda bersantai-santai meluangkan masa berkualiti bersama.
Mempunyai 2 glamping menjadikan tempat ini cukup privasi bagi anda yang memilih untuk staycation di sini. Tak perlu risau tentang makanan kerana pakej yang disediakan turut menyediakan hidangan enak oleh pemilik tempat ini sendiri.
Staycation kat sini sehari dua, sambil menikmati pemandangan indah dengan hirupan segar kopi panas pasti buat minda lebih tenang. Nak gathring dengan kawan-kawan atau bawa family pun sesuai!
Antara tujuan utama ramai kaki travel datang ke Finland adalah kerana mahu melihat pemandangan keindahan aurora.
Walaupun terpaksa menunggu lama, tetapi berbaloi dapat menikmati keindahan aurora, fenomena alam yang menakjubkan.
Perkongsian Khairul Hafiz dalam Backpackers Buddies Malaysia memberitahu pengalaman menyaksikan aurora di bumi Finland.
Teruja Saksikan Aurora Di Bumi Finland
Alhamdulillah, diberi rezeki lagi untuk menyaksikan fenomena alam yang jarang dapat dilihat ini.
Beberapa malam sebelum tu, ia agak malu-malu untuk menunjukkan diri. Walaupun dari statistik ramalan semalam lagi ia akan memberi bacaan KP index yang tinggi iaitu 4.0. Mungkin belum rezeki kami untuk melihatnya.
Tapi malam tadi, Abam nekad untuk pergi ke segenap kawasan yang mempunyai kemungkinan untuk menyaksikam Aurora. Ini antara bucket list yang utama apabila Abam bawa peserta ke dalam kawasan Bulatan Artik.
Pada awalnya, Abam cuba untuk melalui kawasan yang sekadar gelap ditepi jalan. Dari situ, Abam dapat lihat samar-samar cahaya kehijaun dari kamera. Terus Abam bawa semua peserta Abam masuk ke celah-celah kampung dipinggir hutan menghampiri cahaya kehijauan itu.
Akhirnya, ia memancar dengan kuat sambil warna hijaunya diiringi dengan warna kemerahan, sesuai bacaan index yang kuat ditunjukkan sekitar 3.36. Selagi berada di dalam kawasan Artik, setiap malam kami akan pergi berburu.
Abam takkan putus asa sebab nenek Abam pernah berpesan It’s not over till it’s over. Tidur lewat malam, bangun awal pagi dan tidur 2 3 jam sahaja itu biasa.
Peserta trip yang Abam bawa kali ni semua dah kategori warga emas, dan setiap pergerakan aktiviti akan mengambil masa kerana kami perlu memberi keutamaan kepada keselamatan. Abam perlu merancang perjalanan sebaiknya untuk setiap aktiviti.
Tapi, bila Aurora muncul, kecergasan semua peserta macam Auto minus 10 tahun halaju pergerakan juga bertambah. Tongkat pun dah campak nak berlari bergambar.
Abam syak, cahaya aurora ni boleh membuat kita jadi muda.
Tak percaya, cuba datang dan tengok, yang berusia akan jadi muda, dan yang muda akan keriangan kanak-kanak. Abam pun jadi tak tentu arah.
Alhamdulillah, ini trip memburu Aurora Abam yang ke 5, Pertama kali di Lapland Sweden-Norway 2 kali, di Iceland 2 kali, dan di Finland ini untuk pertama kali. Setakat ini Allah masih beri rezeki bertemu Aurora kepada Abam dengan nisbah Dapat Melihat Aurora pertrip 5/5 atau ratio 100%.
Segala kajian yang Abam belajar bertahun-tahun memberikan hasil, dan kami juga tak berputus asa sehingga lewat malam. Namun itu juga atas kehendakNya untuk memberikan kami rezeki. Alhamdulillah
Secara ringkasnya, Aurora terhasil setelah magnetik dari kutub utara bertindak balas dengan partikel solar matahari yang terpancar ke bumi. Jadi, semakin hampir kita ke kutub utara, semakin tinggi peluang kita untuk menyaksikan cahaya Aurora Borealis.
Ia juga boleh kelihatan di kutub selatan yang mana ia dikenali sebagai Aurora Australis. Namun, keadaan hemisfera utara bumi yang mencondong ke arah matahari ketika waktu tertentu, menyababkan peluang yang lebih tinggi di bahagian kutub utara.
Abam belanja sikit gambar sooc, takut nanti orang kata Abam edit je nk bagi kaler hijau naik.
Catatan Kembara Kapten Lensa Kembara, Khairul Hafiz Rovaniemi, Finland
Jika ya, anda tentu sudah terbiasa menyaksikan filem kegemaran di dalam ruang yang besar, kemudahan visual dan audio yang berkualiti dan kerusi yang selesa. Pendek kata, anda boleh membuat pelbagai pilihan cara menonton wayang yang anda inginkan untuk menghabiskan masa terluang.
Namun adakah anda sedar, masih ada individu yang tidak berpeluang menonton wayang seperti mana anda lakukan. Disetengah-setengah bandar atau kawasan, ada yang tidak menerima kemudahan destinasi menonton wayang cara biasa seperti dia pusat membeli-belah. Namun mereka mengambil satu inisiatif yang kreatif dengan menghasilkan lokasi menonton wayang sendiri berkonsep sederhana dengan beberapa kemudahan menarik tersedia.
Bertempat di Labuan, Sabah Perdana Cineplex Labuan dianggap antara lokasi wayang yang unik ada di Malaysia. Penduduk sekitar berpeluang merasai suasana menonton wayang lengkap dengan kemudahan makan dan minum, kaunter tiket dan kemudahan tandas.
Mereka kelihatan gembira dan begitu 'enjoy' menonton wayang sambil memakan kudapan seperti bertih jagung dan minuman bersoda seperti lazim yang dilakukan dalam panggung wayang lain.
Kalau anda singgah sekitar kawasan sini, jangan lupa untuk singgah dan merasai pengalaman menonton filem di panggung wayang mini yang rare ini.