Kalau kita mudahkan kerja orang, pastinya Tuhan akan mudahkan juga urusan kita di dunia.
Daripada perkongsian di laman facebook saudara M Redzuan A Rahman, admin tabik dengan cara beliau untuk memudahkan urusan kakitangan yang memeriksa dokumen sebelum menaiki penerbangan.
Mana tidaknya, cuba anda banyangkan setiap hari, staf yang bertugas perlu memeriksa beratus atau mungkin beribu dokumen setiap penumpang dengan teliti. Pelbagai masalah dan situasi perlu mereka tangani dan selesaikan. Jika ada ramai individu yang membantu memudahkan urusan semakan dokumen seperti keluarga ini, pasti sedikit sebanyak mengurangkan beban kakitangan yang bertugas.
Ads
Ini cara yang dilakukan:
Teknik ini saya gunakan semasa penerbangan ke Pulau Pinang hujung bulan Ogos lepas. Alhamdulillah kali ini saya gunakan sekali lagi dengan penambahbaikan daripada penggunaan Ogos lepas dan kali ini jauh lebih lancar dan pantas. Teknik ini sesuai digunakan apabila travel bersama anak-anak kecil.
Ads
Untuk penerbangan minggu lepas saya susun kad pengenalan dalam 'holder' ini mengikut turutan berikut – saya, isteri, Hannah (daftar masuk di bawah nama isteri) dan Qaid. Pas masuk penerbangan juga saya susun dalam turutan yang sama. Untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, staf yang memeriksa dokumen penumpang sebelum menaiki penerbangan siap puji lagi "Wahhh Encik dan susun kad pengenalan seperti turutan pas masuk penerbangan". Besar hati saya dapat mudahkan urusan beliau.
Setiap keping plastik dalam 'holder' ini terdapat 2 ruang menyimpan kad – bahagian depan dan bahagian belakang. Untuk memudahkan urusan staf menyemak dokumen, saya letakkan kad pengenalan dan MyKid hanya pada bahagian hadapan ruang menyimpan kad. Jadi 4 keping plastik dalam holder ini digunakan.
Ads
Walaubagaimanapun, apabila sampai di Imigresen Kota Kinabalu – setiap kad Pengenalan dan MyKid saya keluarkan siap-siap untuk memudahkan pemeriksaan oleh pegawai imigresen kerana setiap kad akan dibaca oleh alat membaca kad pengenalan diri.
Semoga tips mudah ini dapat juga membantu anda apabila travel bersama anak-anak kecil. Insyallah kita mudahkan urusan orang lain, urusan kita akan dipermudahkan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Saban tahun berjuta-juta umat Islam dari serata dunia juga tidak terkecuali rakyat Malaysia akan berkumpul di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan rukun Islam kelima dan yang terakhir iaitu menunaikan haji. Ibadah haji adalah wajib bagi setiap umat Islam yang mampu dari segi tahap kesihatan serta kewangan untuk menunaikannya.
Manakala Umrah pula merupakan ibadat yang wajib dilakukan sekali seumur hidup bagi umat Islam yang mukallaf iaitu memenuhi lima syarat iaitu Islam, baliqh, berakal, merdeka dan berkemampuan.Berkemampuan di sini bermaksud ada kenderaan pergi balik dan ada bekalan makan serta minum ketika melaksanakan ibadat umrah.
Jika terpilih untuk menunaikan haji dan umrah, tumpulah perhatian untuk memanfaatkan peluang ini dengan sebaik-baiknya. Buat persediaan dari tanah air untuk menjadi seorang hamba Allah yang benar-benar berkunjung ke Mekah sebagai tetamu-Nya. Tidak lupa juga kelengkapan dan peralatan yang perlu di bawa ketika menjejakkan kaki di Tanah Suci.
Ada ahli keluarga yang bakal naik haji tahun ni? Ini ada tip persiapan apa yang perlu disiapkan sebelum berangkat.
1. Bawak berus & sabun cap buruh/buku untuk basuh baju dll. Sebab dia tahan kena air. Sabun serbuk di sana kuat boleh reput kain. Di hotel ada servis dobi kena bayar.
2. Bawa extension cord. Banyak jasanya berkongsi dgn kawan sebilik untuk caj telefon.
Banyak jasanya nanti di Mina. Bawak juga Internasional adapter two pin.
3. Bawa tali ampai & kepit baju. Buat gantung baju dalam bilik. Keringkan baju di bumbung hotel. Ada juga buat ampaian di tangga.
4. Bawa ubat panadol dll . Banyak gunanya untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Terutama di kem Mina.
5. Bawa Quran kecik yg sendiri punya. Senang nak baca di mana-mana. Niat nak khatam di Mekah.
6. Makanan di sana tak pedas, banyak guna sos tomato. Bawa cili sos, kicap, sambal dah siap dibotolkan/diplastikkan.
7. Masa ke Muzdalifah bawa sudu untuk korek tanah cari batu kecil (untuk melontar) dan jangan cari di Mina. Ada yg cari di Mina tapi sukar sebab ramai orang. Kumpul batu bagi lebih sikit masuk siap2 dlm uncang. Lampu suluh kecil jangan lupa. Siap melontar, batu yang lebih dibuang. Haram bawa balik ke Malaysia.
8. Di dalam Masjidil Haram tidak boleh duduk dekat suami isteri waktu solat. Polis dan pegawai masjid akan arah isteri ke saf lain, jadi jika takut terpisah bila isteri di suruh ke saf lain, janji dgn isteri di luar masjid di satu tempat yg dijanjikan (pilih satu mercu tanda). Jika nak iktikaf bukan waktu solat boleh bersama suami isteri. Elok pergi dalam kumpulan rakan sebilik. Jika terpisah pun tak risau.
9. Ingat mercu tanda dan bangunan semasa ke masjid, supaya tak sesat. Jika ada telefon lagi baik. Senang nak hubungi.
10. Pilih rangkaian telefon yg senang nak top up saperti Zain dan Mobily tetapi STC agak susah sikit. Biasanya TH akan bagi simkad Mobile, kena top up. Jika top up 100Riyal boleh guna Whatsapp untuk whatsapp ahli keluarga. Pakej Mobily dan Zain ada yang 10GB data berharga SR120. Boleh topup di kaunter Mobily/Zain di dalam Zam Zam tower.
11. Di hotel ada perkhidmatan tel guna kad iTalk lagi jimat jika nak call keluarga di Malaysia. Jika pandai guna line internet hotel buat panggilan video dll.
12. Di hotel ada klinik dan perkhidmatan keluar duit TH, boleh keluar duit hari hari yg mampu nak shopping. Kalau lebih boleh simpan balik.
13. Masa Taklimat sebelum flight ada kaunter utk tukar duit Saudi Riyal di TH untuk
duit poket.
14. Bila ke masjid pakat kawan-kawan sebilik siapa gilir gilir boleh ambil nasi makanan tengah hari dan malam ikut bilangan kawan-kawan sebilik. Ambil letak di bilik.
15. Tok Arab di sana ramai pandai cakap melayu tak perlu risau jika nak beli apa apa, jgn takut minta tawar.
16. Patuh pada arahan TH. Masa pergi melontar jangan ikut jalan lain atau turun tangga. Nanti sesat.
17. Jika nak beli Al Quran untuk wakaf di Masjid pastikan yg ada tali kuning dicetak di Madinah. Jangan beli yang tali biru dan hijau. Jika diletak di masjid akan diambil oleh pekerja masjid. Hanya Al Quran cetakan Madinah dibenarkan diletak didalam masjid.
18. Sebelum pergi kena banyak buat solat hajat, solat sunat taubat dll dan minta juga dipermudahkan segala urusan. Mudah mudahan dimaqbulkan.
19. Seelok nya sepanjang masa menunaikan Haji, jangan banyak bercakap dan cuba ‘vow of silence’, bercakap jika perlu sahaja.
20. Sabar, sabar dan sabar. Kesabaran setiap jemaah Haji akan diuji di tanah suci.
21. Semasa di Mina tentu ada jemaah degil yang akan melaksanakan lontaran dahulu dan tidak mengikut nasihat TH. Jangan ikut mereka ini dan tunggu arahan TH bila masa sesuai untuk melontar.
22. Bawa botol spray air kecil jika selalu terbatal wudu dalam masjid. Belajar cara mengambil wudu menggunakan sapuan air dari botol spray.
23. Jangan menolak jemaah lain dengan sengaja walaupun ditolak. Setiap niat buruk, Allah akan balas secara cash.
24. Jangan terlalu gigih melaksanakan umrah sunat sebelum wuquf kerana dikhuatiri demam urat semasa wuquf. Selepas haji, buatlah seberapa banyak umrah yang boleh
25. Ada makanan/minuman ‘diuretic’ yang menyebabkan kerap untuk buang air kecil dan menyusahkan semasa didalam masjid saperti teh, tembikai, limau dll. Cuba elakkan.
26. Belajar berkompromi dengan rakan satu bilik selama lebih sebulan bersama. Ada yang tak tahan sejuk aircon dan ada yang tak tahan panas.
27. Semasa wuquf di Arafah jangan buang masa bersembang kerana waktu sangat suntuk untuk beribadah/berdoa/berzikir antara gelincir dan terbenam matahari.
28. TH ada menyediakan bilik baraqah untuk jemaah yang berkelamin tetapi queue nya panjang.
29. Kedai money changer yang paling bagus rate adalah di GF Safwa tower bersebelahan pintu masuk ruang parking.
30. Datang awal ke masjid sebelum masuk waktu untuk elakkan kesesakan.
31. Kalau nak ubah selera ada food court di Hilton tower menjual ikan yang digoreng bersama bawang, lada dan spices atas hot plate bersesuaian dengan selera kita dengan harga SR25.
32. Selipar jepun adalah selipar yang paling tidak comfy dan orang jepun sendiri tidak memakainya. Cari selipar yang comfy di Malaysia kerana akan memakainya setiap masa ditanah suci. Lagi pun 50% jemaah Haji serata dunia (1 juta orang) akan memakai flip flop serupa dan akan senang hilang atau bertukar.
33. Sekarang pendaftaran simcard perlukan nombor visa dan pengimbasan cap jari. Sila ambil gambar visa dengan hp sebagai rekod kerana paspot akan disimpan oleh muassasah. Ada pekerja bangla menjual simcard ‘Lebara’ telco tanpa perlu pendaftaran. Celcom ada pakej Haji unlimited data (bersama Mobily) dengan rate yang berpatutan.
34. Download apps IMO ( penganti Wassap : incase tidak dapat guna)
Sila share untuk panduan semua. Save as note. Moga di rezekikan dijemput Allah untuk menjadi tetamu di rumah Allah menunaikan haji & umrah ♥
Sumber: Ir.Haji Zainuddin Bin Haji Omar
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ingin dapatkan hasil foto terbaik tidak semestinya perlu menggunakan gajet dan bantuan aksesori yang mahal. Cukup sekadar anda kreatif menggunakan apa sahaja objek yang terdapat disekeliling.
Jika anda ingin kelainan dalam foto gambar percutian, bolehlah cuba cara yang didedahkan jurugambar dari Barcelona ini.
Anda dalam perjalanan pergi atau pulang dari bercuti menggunakan highway. Namun tanpa disangka, kereta pula meragam dan rosak ketika di atas highway. Lebih parah apabila kereta rosak di kawasan terpencil dan jauh daripada orang awam lain.
Kalau setakat tayar pancit, okay lagi. Tapi kalau nak sampai enjin jadi panas sampai suhu melampau tinggi sehingga kereta rosak, itulah masalah paling besar.
Ketika inilah muncul segelintir trak tunda yang entah dari mana datang dengan ‘bermurah hatinya’ untuk membantu anda.
Risau dipaksa mereka akan bawa kereta anda ke bengkel yang anda tidak tahu dan tidak begitu yakin? Jangan panik dan ikut langkah-langkah di bawah :
1. Hubungi PLUSRonda
Jangan terus ambil trak tunda yang ‘tidak diundang’ itu kerana sebagai pengguna lebuh raya anda berhak mendapat perkhidmatan tunda secara PERCUMA daripada syarikat konsesi lebuh raya seperti PLUSRonda. Mereka akan membawa anda daripada lokasi kejadian sehingga ke hentian Rehat dan Rawat (R&R) atau plaza tol yang berhampiran. Bukan nak buruk-buruk keadaan tetapi sudah ramai pengguna mengadu penunda yang ‘tidak diundang’ ini selalunya sudah sediakan macam-macam bil untuk anda.
Apa yang perlu anda buat?
a) Nyalakan lampu kecemasan kenderaan
b) Dapatkan lokasi kilometer (lihat tanda km di tepi lebuh raya di setiap 100m)
c) Telefon nombor bantuan syarikat konsesi lebuh raya, contohnya PLUSRonda – 1800 88 0000
d) Nyatakan jenis kenderaan dan nombor plet kenderaan
e) Nyatakan kerosakan
f) Nyatakan nombor telefon untuk dihubungi
2. Maklumkan kepada syarikat insurans
Anda bayar insurans tiap-tiap tahun bukan? Anda perlu ingat polisi yang ditawarkan. Kalau sudah terlupa, rujuk semula kerana selepas kenderaan anda dihantar ke hentian R&R atau plaza tol terdekat, anda boleh menggunakan perkhidmatan tunda PERCUMA yang disediakan oleh syarikat insurans kenderaan anda ke bengkel yang anda kehendaki seperti pusat servis jenama kenderaan anda atau bengkel yang anda percayai.
Selalunya syarikat insurans menetapkan jarak yang berikan PERCUMA seperti 200km ataupun lebih, mengikut polisi yang ditetapkan. Sekiranya lokasi tersebut lebih kilometer seperti yang ditetapkan, maka kadar tertentu akan dikenakan sebagai contoh RM1.50/km. Ada juga syarikat insurans menyediakan tuntutan sewa teksi untuk pulang ke rumah dan ada juga syarikat insurans menawarkan tuntutan kos penginapan hotel yang ditanggung kerana kerosakan tersebut mengikut terma-terma tertentu.
Jadi baca polisi anda, ketahui hak anda sebagai pengguna.
Apa yang perlu anda buat?
Nyalakan lampu kecemasan kenderaan.
Hubungi nombor khidmat bantuan syarikat insurans anda seperti yang tertera pada polisi atau pelekat yang diberi (biasa kita tampal dengan cukai jalan tu).
Nyatakan lokasi kenderaan anda.
Nyatakan jenis kenderaan dan nombor plat kenderaan.
Nyatakan kerosakan.
Nyatakan nombor telefon untuk dihubungi.
Dengan mengikuti langkah-langkah selamat ini, anda akan terhindar dari ‘konspirasi’ penipuan tersebut. Dan ingatlah, ada juga kerosakan yang sengaja dicipta oleh ‘syaitan bertopengkan manusia’ semasa anda berhenti di hentian Rehat dan Rawat tertentu. Kedua-dua perkhidmatan tunda samada dari syarikat konsesi lebuh raya dan syarikat insurans beroperasi 24 jam sehari selama 7 hari seminggu.
Jadi anda TIDAK PERLU RISAU ye!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...