Terletak di Pulau Lombok, Gunung Rinjani yang merupakan gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia dan sering menjadi tumpuan bagi pendaki-pendaki tempatan dan juga dari luar negara.

Mempunyai ketinggian 3,726 meter dengan pemandangan yang cukup indah, pendaki dari Malaysia juga semakin ramai menjejakkan kaki ke sini menawan puncak gunung yang terletak di Lombok ini.

Perjalanan untuk menuju ke puncak ternyata tak mudah, namun dengan kegigihan dan beberapa panduan, insyaAllah ia boleh jadi kenyataan. Pernah sampai ke Puncak Gunung Rinjani, Yuzairi Yusof berkongsi tip untuk korang yang ada plan ingin menakluki Rinjani sepertinya.

Ads

Lelaki Ini Kongsi Tip Mendaki Di Gunung Rinjani, Lombok. View Memang Superb. Tak Mudah Tapi Berbaloi! Lelaki Ini Kongsi Tip Mendaki Di Gunung Rinjani, Lombok. View Memang Superb. Tak Mudah Tapi Berbaloi!

 

Ads

Ikuti perkongsiannya:

Ada yang meminta. Jadi, saya rumuskan setakat yang termampu. Mungkin dapat menjadi panduan untuk mereka-mereka yang mahu ke Rinjani. Semoga bermanfaat. Nikmatilah juga keindahan taman langit ciptaan Tuhan yang sempat saya rakamkan di Rinjani.

Ads

Rumusan Pendakian ke Gunung Rinjani

  1. Hanya ada satu penerbangan sehari ke Lombok & perlu menaiki kapal terbang dari KLIA 2.
  2. Penukaran matawang Ringgit Malaysia ke Rupiah Indonesia buat masa sekarang adalah RM304 untuk 1 juta rupiah.
  3. Perlu diingat bahawasanya pin plug elektrik di Indonesia adalah berkonsepkan ‘type C & F’. Sediakan ‘travel plug adapter’ dari awal.
  4. Kebanyakkan makanan di Lombok dijamu dalam keadaan pedas & tidak berkuah. Jaga pemakanan sedari awal untuk mengelakkan kesakitan perut yang ekstrim setibanya di basecamp.
  5. Pendakian dari Pos Sembalun ke Pos 2 boleh juga dengan menggunakan khidmat Ojek (teksi bermotor). Dapat menjimatkan sekurang-kurangnya 1 jam setengah waktu pendakian. Bayaran sekitar RP150,000.
  6. Jika tidak mahu menggunakan Ojek, perlu berjalan kaki dari Pos Sembalun melalui Pos 1 & 2. Perjalanan bersifat landai & mengambil masa sekitar 2 jam.
  7. Cuaca yang sangat terik & tiada pohon untuk berteduh mulai dari Pos Sembalun sehingga ke Pos 3. Pemakaian ‘sun block’ & topi ‘mortal kombat’ adalah sangat digalakkan.
  8. Terlampau banyak tahi lembu di sepanjang jalan antara Pos Sembalun hingga ke Pos 3. Elakkan terpijak untuk mengelakkan kemurungan di awal pendakian.
  9. Khidmat porter boleh digunakan untuk membawa barangan peribadi sehingga ke basecamp. Buatlah keputusan yang tepat samada mahu menggunakan khidmat porter sedari awal ataupun kalian akan menanggung azab pendakian menuju ‘Bukit Penyesalan’ yang tidak terbayangkan oleh pemikiran manusia normal.
  10. Porter akan berulang alik mengambil mata air di sekitar basecamp untuk kegunaan para pendaki beristinjak. Akan tetapi, penggunaan tisu basah juga tidak perlu diabaikan. Bawa secukupnya.
  11. Sediakan air minuman yang mencukupi untuk bekalan di basecamp pada hari pertama, kedua & ketiga (sekiranya melalui Jalur Torean).
  12. Tiada sumber elektrik di basecamp. Pastikan setiap pendaki membawa ‘powerbank’ sendiri.
  13. Tiada tandas awam di basecamp. Yang ada hanyalah sebuah kawasan bertutup kain kanvas & digali lubang untuk tujuan melunaskan hajat. Perlu berkongsi dengan pendaki lain.Lelaki Ini Kongsi Tip Mendaki Di Gunung Rinjani, Lombok. View Memang Superb. Tak Mudah Tapi Berbaloi!Lelaki Ini Kongsi Tip Mendaki Di Gunung Rinjani, Lombok. View Memang Superb. Tak Mudah Tapi Berbaloi!
  14. Sekiranya perlu membuang air besar, kambuslah semula dengan tanah untuk mengelakkan bau-bauan yang tidak diingini terhidu di sekitar kawasan perkhemahan.
  15. Selain tahi lembu, tahi manusia juga agak mudah untuk ditemui di kawasan bersemak. Biasanya berlapik dengan tisu. Elakkan memijak tisu-tisu sekiranya terjumpa di jalanan. Demi Tuhan, sesungguhnya kemurungan akibat terpijak tahi manusia lebih menyakitkan hati berbanding terpijak tahi lembu.
  16. Cuaca dingin membeku mula terasa sekitar pukul 6:30 petang. Penggunaan jaket tebal diwajibkan kecuali jika kalian berkulit seperti penguin.
  17. Latihan stamina berintensiti tinggi seperti berjoging, turun naik tangga kondominum, kardio workout, tersangatlah penting untuk menguatkan lagi daya tahan paru-paru. Elakkan sekadar melakukan latihan ringan seperti melompat bintang sehari 20 kali jika tidak mahu tertiarap awal untuk ke puncak.
  18. Pendakian ke puncak akan melalui kawasan yang sangat berpasir.Penggunaan gaiter adalah wajib.
  19. Kepenatan sebenar adalah apabila kalian melangkah 2 kali tetapi berterusan tergelincir semula ke bawah 1 kali akibat kurangnya tenaga geseran antara tapak kaki & pasir longgar untuk ke puncak. Banyakkan bersabar, mengucap & beristighfar. Ingat Tuhan.
  20. Matahari mula terbit pada pukul 5:30 pagi. Cuaca panas melampau bermula dari pukul 8:30 pagi sehingga boleh menyebabkan muka kalian menjadi warna pink. Bawa sunblock atau tutup muka kalian dengan bandana.
  21. Sekiranya kalian merancang untuk turun melalui Danau Segara Anak sebelum ke Jalur Torean, perlu dipastikan agar kalian tiba di puncak Rinjani sekitar 6 – 10 pagi & kembali semula ke basecamp sebelum pukul 2 tengahari.
  22. Jaga stamina ketika mendaki ke puncak. Kawal langkah & pernafasan. Jangan berlumba dengan mat saleh. Susah kalian nak menang. Hanya memenatkan diri sendiri sahaja.
  23. Elakkan memakai kasut yang ketat ataupun terimalah akibat bahawa kalian mungkin akan kehilangan kuku kaki setibanya di Malaysia.
  24. Jika mahu kelihatan kurus, gunakan ‘wide lens 0.5x’ ketika mengambil gambar. Pegang & posisikan kamera sedikit tinggi separas leher & halakan lens kebawah kearah subjek. Ini adalah teknik yang biasa saya gunakan ketika masih lagi aktif menjadi jurugambar perkahwinan.
  25. Nikmati pendakian kalian bersama kawan-kawan sebaiknya. Berjaya menawan puncak ataupun tidak bukanlah penentu segalanya. Keselamatan diri lebih utama. Tidak lari Rinjani dikejar. Ambil tahu tahap kecergasan kalian & selamat berusaha.

Kredit: Yuzairi Yusof

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI