Indonesia kaya dengan tempat-tempat cantik dan menarik untuk diterokai. Daerah Malang, Jogja, Bandung dan Jakarta menjadi pilihan Arieff Putra untuk trip Trans Java selama sembilan hari lapan malam.
Menggunakan train untuk bergerak dari satu daerah ke daerah yang lain memang menyeronokkan. Menikmati pemandangan hebat di daerah Malang dan seterusnya ke Jogja. Menyambung pula perjalanan ke Bandung yang terkenal sebagai pusat peranginan dan pusat membeli belah seterusnya mengakhiri trip di Jakarta sebelum pulang kembali ke Malaysia.
Terasa tak puas mengembara ke bumi Indonesia, menurut Arieff trip trans java itu memang hebat. Ikuti perkongsiannya:
TRANS JAVA INDONESIA 9H8M
Malang – Jogja – Bandung – Jakarta
-Saja kami nak share sikit trip kami baru-baru ni buat trans java versi yang tak terlalu lama . Overall Indonesia memang superb , 9hari 8malam tu rasa macam sekejap je .
Day 1 ( Malang )
– Landed di Juanda
-Naik travel pergi ke Malang
– Pergi ke Alun-alun Batu
Day 2 ( Malang )
– Tumpak Sewu Waterfall ( Nasib tak baik , hari tengah Hujan )
– Rainbow Village
Day 3 ( Bromo , Jogja )
– Pukul 12 malam bergerak ke bromo
Ads
– Pukul 3 sampai di bromo ( sediakan kelengkapan yang sekucupnya , sebab cuaca dalam 2 celcius camtu , nanti menggigil
– Enjoy Beautiful Bromo
– Proceed Ke Jogja Via Train
– Jalan-jalan Malioboro
Day 4 ( Jogja )
– Kalibiru
– Taman Sari
– Hutan Pinus
Day 5 ( Jogja )
Ads
– Candi Prambanan
– Pantai Timang
– Proceed ke Bandung Via Train
Day 6 ( Bandung )
– Kawah Putih
– Perkebunan Teh Ranca Bali
Day 7 ( Bandung )
– Tangkuban Perahu
-Grafika Cikole
Ads
– Cafe Di Dago ( Sejukkkk tempat kat sini )
Day 8 ( Jakarta )
– Proceed Jakarta Via Train
– Monas
-Pusing-pusing area Pasar Abang
– Tak ada idea dah nak jalan katne dekat jakarta ni , just amik pengalaman sampai kat sini je .
Day 9 ( Jakarta )
– Balik ke malaysia dan flight delay , bukan AirAsia la kalau flight tak delay
TRANSPORT :
– Motor : Buat jalan-jalan dalam town dan penuju destinasi , kami kemana-mana naik motor je . Jadi sedikit kematu la bontot .
– Kereta Api : Dari setiap daerah ke daerah yang lain . Semua kami book executive seat , so tak ada masalah seat tegak la .
– Grab : Ni lepas sampai kat stasiun kereta api , so kami nak transport semua luggage kami untuk drop kat hotel .
Minat dan budaya makan-makan ini bukan sahaja melibatkan hidangan tempatan tetapi juga sajian antarabangsa yang lazat. DubuYo, restoran masakan Korea asli di Malaysia dapat memenuhi selera penduduk tempatan. Restoran ini telah menyahut cabaran untuk membawakan cita rasa Korea ke negera kita.
Pada tahun ini, sempena meraikan ulang tahun keenamnya, DubuYo melancarkan gandingan Syupeo Ramyeon yang turut dikenali sebagai “ Super Ramyeon”. Ini merupakan gabungan dua resipi mi lazat yang pasti menambat selera mereka yang paling pemilih dalam soal makanan. Kedua-dua Syupeo Chicken Ramyeon dan Syupeo Beef Ramyeon dihidangkan dalam sup berperisa yang bermutu tinggi dan bahan lazat bersama mi Korea kenyal yang pasti membuat kaki makan teruja.
Dicipta khas untuk memenuhi selera buat penggemar makanan Korea, Syupeo Chicken Ramyeon dihidangkan dengan ayam goreng rangup tetapi lembut bila digigit dan “dumpling” Korea yang enak. Manakala Syupeo Beef Ramyeon dihidangkan bersama hirisan daging lembu Australia lazat dan cendawan enoki , pasti anda mahu lagi dan lagi.
Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Operasi Restoran Kumpulan TCRS, berkata,”DubuYo sentiasa mengutamakan keaslian sajian Korea kami, yang memaparkan cita rasa unik, budaya dan juga penduduk Korea kepada rakyat Malaysia,”
Selain daripada dua hidangan lazat ini, DubuYo juga menghidangkan Citron Dubu kecil percuma kepada pelanggan yang menggambil gambar diri mereka bersama risalah menu Syupeo Ramyeon dan berkongsi gambar tersebut dalam akaun Instagram atau Facebook. Ditawarkan untuk tempoh terhad, harga ala carte untuk Syupeo Chicken Ramyeon ialah RM20.90, manakala harga bagi set ialah RM23.90. Harga ala carte Syupeo Beef Ramyeon ialah RM22.90 bagi ala carte dan RM25.90 untuk set.
“Kami berharap untuk mengembangkan DubuYo menjadi restoran pilihan utama bagi orang ramai menikmati sajian asli Korea yang menjadi kegemaran mereka. Fokus kami terhadap kualiti dan keaslian yang telah membantu kami mencapai kejayaan setakat ini, kami juga berharap sokongan berpanjangan dari pelanggan serta membantu kami untuk terus menawarkan pengalaman menjamu selera yang baharu,” jelas Wong.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tidak jauh dari pusat Bandar Kuala Lumpur, sesiapa sahaja mampu melepaskan tekanan sambil menunggang All-Terrain Vehicle (ATV) yang menjanjikan pengalaman yang sangat berbeza. Persekitaran ekstrem, laluan berliku dan keindahan alam semuanya cukup mengujakan jika anda pertama kali memegang handle kenderaan ini.
Hutan Simpan Kemensah, Selangor terletak cuma 4.8 kilometer perjalanan di belakang Zoo Negara, Hulu Klang, di sini menjanjikan kepuasan buat penggemar sukan ekstrem. Penggemar sukan ekstrem makin menggalakkan berikutan pendedahan serta populariti aktiviti menunggang ATV di Malaysia. Aktiviti menunggang ATV yang dilakukan dalam hutan dianggap suatu bonus kerana memberi keseronokan tersendiri dengan trek laluan yang mengikut bentuk bumi semula jadi. Keunikan cabaran mengendalikan pengangkutan ini dalam hutan juga mendapat sambutan pelancong asing yang mahu meneroka hutan.
Bermulanya Penerokaan Laluan Berliku
Ramai yang tidak tahu ATV sebenarnya kenderaan lasak yang sememangnya dicipta untuk merentas laluan lasak (off road). Sejujurnya, menunggang ATV di dalam hutan dengan laluan berlumpur, berbukit dan curam menjanjikan keseronokan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Di sini menawarkan beberapa laluan trek merentas denai berliku, curam dan menghijau dalam hutan simpan negeri Selangor. Setiap trek menjanjikan cabaran berbeza, namun yang pasti, keadaan hutan dara itu masih kekal semula jadi demi memberikan kepuasan kepada pencinta alam.
Menjadi tanggungjawab semua peserta untuk mengekalkan ekosistem hutan ini sehinggakan tidak ada pokok yang akan dipotong malah laluan trek juga telah diberitahu disiapkan secara manual iaitu hanya menggunakan tangan. Paling menarik, apabila tiba di lokasi tertentu, penunggang harus membongkokkan badan kerana perlu melalui lorong kecil pokok buluh yang kita tidak boleh potong. Inilah antara cabaran yang bakal dihadapi selain menaiki atau menuruni bukit curam serta laluan berliku.
Tak Kenal Maka Tak Cinta!
Tiada sebab untuk merasa takut atau meragui kemampuan diri. Bagi yang pertama kali mengendalikan ATV anda akan diberi taklimat ringkas supaya tidak berasa bimbang dengan kaedah pengendalian dan cabaran sukan itu selain diberi tunjuk ajar, demonstrasi pemanduan dan bantuan teknikal oleh krew bertugas.
Ternyata, selepas dapat mengendalikan sendiri ATV, timbul rasa keseronokan dan rasa teruja dalam diri peserta biarpun pada mulanya, berasa sedikit takut kerana perlu berdepan dengan laluan berliku dan curam.
Penjaga di sini tidak akan berkompromi dari segi keselamatan kerana ia adalah keutamaan pusat reakreasi di sini. Oleh itu, selain pemantauan kakitangan, penunggang yang pertama kali mencuba sukan ini juga perlu menjalani latihan di trek percubaan. Tidak terkecuali, pemakaian topi keledar adalah wajib.
Mandi Air Terjun
Menyentuh mengenai kepuasan yang dijanjikan melalui pemanduan ATV, selain menyusuri trek hutan yang belum terusik, anda berpeluang bermandi manda di beberapa lokasi air terjun. Keseronokan bukan hanya di trek semata-mata malah peserta dapat menikmati kesejukan air terjun, yang terletak jauh dari tumpuan orang ramai.
Perjalanan keseluruhan mengambil masa sehingga tiga jam dengan menyusuri laluan paling ekstrem di Bukit Tabur dan Bukit Lalang. Inilah saatnya untuk menguji kemahiran sebenar mengendalikan ATV di mana perjalanan ini membawa anda menyusuri bukit curam, permukaan kasar, jejak sungai serta laluan berlumpur yang mana memberi satu pengalaman ekstrem sebenar.
Tip Memulakan Aktiviti Sukan ATV
Pakai baju kemeja serap peluh.
Gandingkan bersama seluar bermuda, denim atau seluar trek.
Gayakan kasut bot untuk mengharungi kawasan berliku dan mencabar.
Bawa pakaian tambahan untuk bermandi-manda.
Jangan lupa kamera digital untuk merakamkan foto kenangan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pakistan terkenal dengan bentuk muka bumi yang bergunung-ganang dan pemandangan yang cantik. Ia sememangnya negara yang perlu ada dalam bucket list untuk setiap traveler.
Iema Alias yang berpeluang menjelajah Daerah Skardu dan Hunza pada musim panas di Pakistan baru-baru ini, berkongsi gambar-gambar dengan pemandangan indah yang ada di sana.
Gemar bercuti dan melancong, menurut wanita ini dia bagaikan berada di Switzerland dan New Zealand dalam satu masa, dan pemandangan indah itu hanya di satu negara sahaja iaitu di Pakistan.
Jom enjoy gambar-gambar cantik yang dikongsikan oleh wanita ini sepanjang trip ke Pakistan di group Backpackers Buddies Malaysia (BBM)!
Kalau ada yang nak tanya info atau minta itinerari jangan lupa untuk pm Iema Alias!
Summer Trip ke Pakistan
Salam semua..dan selamat malam… ada yang baru balik dari Pakistan ker tu…semalam terjumpa group dari Malaysia..40 pax..ramai sekarang datang ke Pakistan…nak sharing recent view di Pakistan…
kekma baru je balik dari Pakistan..nak sharing tips..ramai yang dah share..guide pun ramai dlm BBM ni…so kalau sapa2 nak pegi time summer…inila view yang korang bole dpt di Pakistan…trip kalini kekma cover skardu and hunza..kalau korang nak dpt sungai yang masih biru..bole ke skardu..sebb kat skardu ada sumber air terjun dan sungai yang tak terjejas dengan salji/glacier yang cair..kalau di hunza..sungai time skrang ni semua warna kelabu..
kekma ke pakistan bersama dua lagi kawan..and kami sewa kereta bersama pemandu….kami menaiki flight ke skardu dari islamabad…kalau bole minta seat sebelah kanan…korang bole tgk view nanga parbat dengan sangat jelas dan cantik..subhanallah…kalau ada apa2 nak tanya atau nak minta guide..bole pm kekma..kekma cuba bantu mana yang boleh…..
Psstttt..enjoy the view..maafkan kekma banyak ada dlm gambar…tu bukti kita sndri sampai kat tempat tu..hehe…kat Pakistan ni..semua view ada…bole tapau..kejap3 rasa mcm kat swiss..kejap2 rasa mcm kat NZ..sekali..semuanya ada di Pakistan..
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!