Selain kawasan peranginan tanah tinggi yang sejuk seperti Cameron Highland, ramai juga antara kita yang sangat menggemari percutian di pulau peranginan.
Dan pastinya pulau yang menjadi pilihan adalah seperti pulau-pulau di Laut Cina Selatan .
Dalam satu perkongsian di Grup Backpackers Buddies Malaysia, Helmi Baharum memberitahu jika yang berminat untuk mengujungi Pulau Redang, masih boleh berbuat demikian sebelum ditutup pada bulan November ini.
Dia turut memberitau itinerary yang boleh dilakukan sepanjang bercuti ke Pulau redang yang mempunyai pantai cantik dan memukau.
Tidak puas menghabiskan percutian 3 hari dua malam di pulau ketujuh terbesar di Malaysia ini kerana banyak momen indah dikenang di sini.
3Hari 2Malam (bukan trip dgn pakej)
β Pulau no.7 terbesar di Malaysia
β Monsun bermula seawal November dgn tanda kehadiran banyak obor-obor.
17/10/2021
β Bas MyBas No T102 naik dari stesen bas Klinik Kesihatan Batu Rakit (Origin Hentian Bas KT)~RM2.40-direct ke Jeti Merang,Setiu.
β Bot RM50 pergi + RM50 balik diuruskan oleh pihak hotel
β Check in hotel Asmadi Guesthouse RM80 twin room per night x 2 malam (lepas diskaun RM100 traveloka) Asmadi Guest House
β Jalan kaki ~1.5KM Guesthouse ke Turtle Point Beach just sightseeing laut yg super biru turqoise.Berangan jap stay Taaras Hotel dari kejauhan, hotel paling grand di Redang.
β Snorkeling sesi petang RM75 dengan 4 point:
*Nyior Sebatang, Pulau Pinang.
*Pulau Busung + Pulau Kerengga-Sandbank panjang
*Pulau Paku-Coral Hijau yg cantik: Coral paling best kat sini
*Shark Point, Pantai Pasir Panjang-ada jumpa baby shark tapi tak sempat ambil gambar
18/10/2021Β
β Sarapan di kedai Kampung berdekatan
β Snorkeling Turtle Point sesi 1 (DIY): berjalan lagi 1.5KM oneway dari hotel.terus berenang ke jeti.Wow sangat banyak penyu datang sekitar 7-8 ekor.Meriah betul sebab ramai bagi umpan sotong. Balik lagi hotel 1.5KM jln kaki
β Lunch di hotel
β Jungle Tracking dari hotel jalan kaki ke Turtle Point dan seterusnya Jungle Tracking ~45 minit ke Pantai Pasir Panjang one way (dah patah semula)
β Sunset di Turtle Point Beach dan mandi pantai
β Dinner di kedai Kampung.overall harga makanan di kampung tidak terlalu mahal berbanding di kawasan resort-resort.
19/10/2021Β
β Sarapan di kedai Kampung berdekatan-Roti Canai PSY Oppa Gangnam Style
β Snorkeling Turtle Point sesi 2 (DIY)
β Kali ni hanya ada 2-3 ekor penyu mungkin sebab terlalu pagi penyu bangun pagi dan sebab umpan sotong tak banyak.
Hurm.sayang nya rasa nak tinggalkan Terengganu, semoga ada rezeki berjumpa lagi di lain masa.
Artikel Berkaitan:
Boleh Muat Ramai Ahli Keluarga, DβFahmy Eco Garden Pilah Port Terbaik Buat Family Day
Rasai Pengalaman Camping Dengan Suhu Sejuk 15 Darjah Celsius, Di Kem Site Sg Pauh Cameron Highland