Berita

Lee Jong Suk Duta Baharu Pelancongan Korea

Share

Peranan duta pelancongan dalam perkembangan sebuah negara begitu penting. Buktinya Korea Selatan memanfaatkan kepopularan artis untuk mempromosikan industri pelancongannya. Tourism Organization (KTO) baru-baru ini memperkenalkan duta baru untuk promosi pelancongan negara tersebut.

Jika tahun lalu Song Joong Ki, kini giliran Lee Jong Suk dipilih sebagai Duta Pelancongan Korea. Lee Jong Suk merupakan seorang model dan aktor yang membintangi beberapa drama popular, antaranya ‘Pinocchio’ dan ‘I Can Hear Your Voice’. Aktor tampan yang begitu populer di Asia Tenggara hingga China ini dipilih sebagai Duta Pelancongan Korea, untuk mempromosikan pelancongan Korea di luar negeri.

KTO mengharapkan dengan pilihan Lee Jong Suk sebagai duta pelancongan, diharapkan promosi tahun ini menjadi semakin tular, dan menarik ramai pelancong asing melancong ke Korea Selatan. Lee Jong Suk juga muncul dalam iklan promosi pelancongan Korea. KTO sendiri telah membahagi promosi pelancongan Korea ke dalam beberapa segmen, dengan mengambil nilai kebangsaan dan citarasa. Promosi kali ini mengekspresikan nilai dari pelbagai jenis perjalanan ke Korea dalam lapan tema.

Lapan tema tersebut disesuaikan dengan jenis aliran filem seperti romance, adventure, triller, mystery, documentary, fantasy, signature dan trend Korea.Selain itu, lapan tema promosi ini dirancang  secara komprehensif memperkenalkan kota dan wilayah di Korea, seperti Seoul, Gyeonggi, Gangwon, Jeju, Gyeongju dan lainnya.Promosi dilakukan secara digital juga konvensional. Promosi digital dilakukan hingga bulan Oktober melalui YouTube, Facebook dan media lainnya yang dapat menyasar target dengan tepat.Promosi melalui stesyen televisyen juga dilakukan di Kedelapan video iklan ini yang boleh dilihat di saluran Youtube Imagine Your Korea.

Oleh
putri.adila