Sambutan Aidiladha bakal disambut oleh umat Islam pada Ahad ini. Ramai yang mengatakan sambutan perayaan ini sangat meriah disambut di negeri Pantai Timur terutama negeri Kelantan.

Lebuhraya Kota Bharu Ke Kuala Krai Dibuka Sementara Selama Seminggu Bermula Hari IniLebuhraya Kota Bharu Ke Kuala Krai Dibuka Sementara Selama Seminggu Bermula Hari Ini

Ini mendorong ramai penduduk luar Kelantan bersesak-sesak kembali ke Negeri Cik Siti Wan Kembang menjadikan Kelantan padat sehinggakan perjalanan jarak dua kilometer mengambil masa sejam di beberapa kawasan perbandaran. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu pula boleh mencapai 18 jam menjelang perayaan ini.

Ads

Oleh itu sempena perayaan Aidiladha Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai pakej 2A dari Kadok ke Ketereh akan dibuka sementara selama seminggu bermula hari ini.

Lebuhraya Kota Bharu Ke Kuala Krai Dibuka Sementara Selama Seminggu Bermula Hari Ini

Ads

Laluan berkenaan akan dibuka bermula jam 3 petang hari ini (Jumaat) sehingga 10 pagi 15 Ogos ini. Pembukaan sementara laluan ini dibuat bagi memberi kemudahan dan keselesaan pengguna jalan sempena musim perayaan (Aidiladha).

Ads

Bagaimanapun ia akan ditutup semula pada hari Khamis ini bagi urusan selanjutnya. Diharap pengguna dapat mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya

Sumber: Sinar Harian

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI