Sesiapa yang berada di Lembah Klang, jom hadir beramai-ramai ke pameran pelancongan terbesar Matta Fair di PWTC pada 15 hingga 17 Mac ini!
Pameran pelancongan yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 9 malam ini akan menawarkan anda dan rakan-rakan dengan pakej-pakej pelancongan terbaik serta berpatutan ke serata dunia.
Antara pakej-pakej terbaik yang pernah ditawarkan di Matta Fair kepada setiap pengunjung yang hadir adalah pakej pelancongan ke Jepun, Thailand, China, Korea, Taiwan, Turki, Vietnam, Sngapura, Indonesia dan United Kingdom.
Matta Fair juga akan menawarkan anda pelbagai jenis percutian dan aktiviti – percutian di hotel, resort, chalet, percutian atas kapal, atas laut, bawah laut, aktiviti udara seperti paragliding, aktiviti air seperti snorkeling, aktiviti darat seperti hiking – macam-macam jenis percutian dan aktiviti yang anda boleh dapatkan di sini.
Jadi jangan tunggu lama lagi. Ini lah masa yang terbaik untuk anda dapatkan pakej percutian terbaik dengan harga yang istimewa tahun ini.
Kepada anda yang berada di Pulau Pinang, Matta Fair akan bertemu anda di Setia SPICE Arena pada 5 hinnga 7 April ini. Jumpa anda di sana!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Naik Bas Ke Hatyai Dari TBS, Wanita Ini Kongsi Info Buat First Timer. Lagi Mudah Terus Sampai Destinasi!
Makin ramai rakyat Malaysia yang mengunjungi Hatyai kerana makanan dan juga untuk membeli-belah kat sana. Malah harga yang lebih murah buatkan ramai yang memilih destinasi tersebut sebagai tempat percutian.
Menaiki bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Hatyai rupanya lebih mudah. walaupun sedikit delay, namun segalanya lancar dan perjalanan ke Hatyai mengambil masa lebih kurang enam ke tujuh jam untuk sampai ke check point di Sempadan.
Kin Aziz berkongsi pengalaman dan juga maklumat yang perlu korang tahu terutamanya untuk yang pertama kali nak travel ke Hatyai menaiki bas. Ikuti perkongsiannya:
Hai. nak share sikit trip ke hatyai 7-9 oct.
Kitorang naik bas alisan dari TBS-Hatyai. Supposed pukul 11pm bertolak. Tapi delayed sampai 11.40pm macam tu. Bas ada berhenti untuk toilet ye. So dont worry terkucil. Bas berhenti untuk white card dekat changlun. Time ni 6.30am. so boleh berhenti solat sementara nak tunggu white card korang. Dekat sini ada money changer. Boleh tukar sini. 1000 baht rm125.
- Time dekat immi malaysia, kena turunkan semua beg. driver akan drop kita untuk setelkan urusan dengan immi. Setel immi malaysia, kita masuk immi thai pulak. Time ni line phone dah takde ye gais. Huhu. Immi thai tak perlu bawak turun beg luggage korang. Just bawak handbag passport, white card selit je dalam passport tu. Nanti dorang akan koyakkan separuh. Separuh lagi make sure tak hilang. Nak balik malaysia nanti dia ambik. Bawak pen, sebab ada nak kena sign dalam white card.
- Simcard AIS beli dekat budak jual-jual keluar dari immi thai. Rm20 je seminggu unlimited internet & hotspot
- Time pergi, proses dekat immigresen lama, orang ramai sangat. Tapi time balik, sekejap je. Smooth je.
- Beza time kita dengan thai sejam. So yang naik bas, if balik korang ambik tiket pukul 7pm. Maksudnya 7pm Thailand. Bukan 7pm Malaysia. kitorang semalam sampai awal sebab ingatkan dia ikot 7pm Malaysia. Tanya staff bas, rupanya ikot waktu Thailand. Ok la sebab sempat jamak maghrib isyak dulu dekat tempat tunggu bas tu.
- Hotel dia, ko boleh request early checkin. Macam sis haritu pukul 10am boleh checkin. Checkout kitaorang request 12 lebih sebab nak zohor dulu. Iron jangan lupa bawak kalau taknak kemurungan hahaaa. Universal adapter jangan lupa. Huhu.
- sis taknak share sangat tempat-tempat makan sedap-sedap sebab for sure korang dah survey kan. ni more to maklumat yang first timer perlukan.
- kitorang naik kereta je. Taknak naik tuktuk sebab bertiga. Farud Hama ni driver kitorang. Baik. pandai cakap melayu. Macam borak dengan orang kelantan je. Huhuhu. Serius brader ni memang baik. Tak berkira, on time, bawak kereta pon bagus. Memang rasa selamat even kita first time pegi sana & semua perempuan.
- Servis Kaitod Decha dengan Bingsu Nom6 memang out. Very slow.
- Kaitod lagi lah. Dekat 2 jam tunggu. Dorang lupa nak hantar makanan. Apo. Dah la lapar gila hahah. Aku tanya sorang pompuan tu. Makanan belum sampai, dia jawab haa tunggu lah. Eh kekwat nau. Pastu masa aku pegi kaunter bagitau makanan tak dapat lagi, tak sampai 5 minit terus sampai. Nasib baik makanan sedap.
- Bingsu Nom6- kitorang duduk sejam setengah lepas order. Air pon tak sampai-sampai. Pastu bagitau nak cancel order. Sebab servis very slow.
- Tamrab Muslim- ko kena beratur beli kupon. Tukar cash dengan kupon. Beratur pulak beli makanan. Dah macam main explorace di awal pagi ye gais. Makanan sedap. Roti canai sedap. Nasik kerabu sedap. Mee celup sedap. Lagi sedap dari floating market punya mee celup.
- Floating market. Ramai betul manusia. Kat sini try pulut ayam. Sedap. Pastu pegi dekat atas. Beli kerabu megi, green tea, kopi ais. Green tea terpaling padu memang dekat floating market. Cabura & Tamrab kalah. Haha
- chabura dimsum. Gyoza paling mantap. Boleh mix semua jenis. Sedap. Sedapppp. Phadtai pon sedap. Nasi goreng tomyam pon sedap. Dimsum so so je. Tak kena tekak. Huhuu.
- 7E bersepah. Tapi tak tau nak beli apa. Beli burger je tanda hadir 7E thailand. Hahaaaa
- bawak cash malaysia lebih weh. Takot tak cukup duit hahahahhahaha. Nanti cash tukar dekat sana je. Rate sama je dengan malaysia. Aku tukar 2000 baht dia kasi RM250. Lagi banyak tukar lagi okay. 1000 baht dia kasi RM130.
Kredit: Kin Aziz
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Menang Wang Tunai? Jom Sertai Pertandingan Foto Anjuran Encore Melaka!
Panggung Teater Encore Melaka dengan kerjasama Persatuan Fotografi Selangor dan Kuala Lumpur buat julung kalinya akan manganjurkan pertandingan fotografi dengan menawarkan hadiah keseluruhan RM9,000.
Pertandingan bertema ‘Encore Melaka Through the Lens Travel Photography’ ini memberi peluang kepada penggiat seni fotografi untuk merakam gambar keunikkan dan kecantikkan persembahan teater bertaraf dunia di Encore Melaka melalui kaca lensa.
Menurut Pengarah Urusan Encore Melaka, Long Tyan Poh, pertandingan ini akan menjadi satu pertandingan yang unik kerana buat pertama kalinya peserta pertandingan akan diberikan pas eksklusif untuk merakam gambar sewaktu persembahan dan di belakang pentas.
Peluang untuk memiliki pas eksklusif ini hanya diberikan kepada peserta yang menyertai photo trip dua hari satu malam pada 8 dan 9 Disember ke Encore Melaka dengan harga serendah RM230.
Pertandingan fotografi ini terbuka kepada semua peringkat usia dan kemahiran. Sama ada profesional atau amatur turut berpeluang menyertai pertandingan yang dianjurkan.
Hadiah tempat pertama akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 manakala tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000 dan RM1,000 setiap seorang.
Untuk mendaftarkan diri dan mendapatkan syarat-syarat pertandingan, sila layari https://tinyurl.com/encoremelaka atau boleh email kepada penganjur di weitatt@gmail.com
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tawar Promosi Menarik Untuk Rakyat Malaysia Bercuti Dalam Negara! – Presiden MATTA
Penyedia perkhidmatan pelancongan seperti syarikat penerbangan, hotel, restoran dan taman tema, perlu menawarkan promosi hebat yang mampu memikat pelancong domestik dalam kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).
Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Datuk Tan Kok Liang berkata langkah itu akan menarik lebih ramai pelancong tempatan dan mengurangkan kesan kerugian akibat pembatalan tempahan baru-baru ini susulan penularan COVID-19.
- Profil pelancong tempatan adalah berbeza dan masing-masing mempunyai minat khusus. Jadi kepelbagaian (promosi) adalah penting. Berbekalkan tawaran yang menarik daripada hotel serta pusat peranginan dari empat hingga lima bintang, lebih ramai rakyat Malaysia akan menjadi pelanggan.
- Hotel mewah juga boleh menawarkan cuti inap kepada penduduk pada harga rendah tanpa menjejaskan pasaran biasa mereka dan melalui langkah ini, orang-orang yang bercuti akan mendapat nilai terbaik untuk wang mereka.
- Disarankan agar pengusaha pelancongan lebih inovatif dengan menawarkan pakej pengembaraan dan menarik untuk memenuhi kehendak pelbagai segmen seperti menganjurkan ‘lawatan Hari Ahad’ di setiap bandar dengan membawa penduduk ke kilang dan gudang yang memiliki pusat demonstrasi atau pameran sepanjang hari bagi menikmati pengalaman membeli-belah yang hebat.
- Lawatan luar ke kawasan hutan atau dusun berdekatan juga perlu dipertimbang memandangkan harga buah-buahan tempatan seperti durian telah jatuh susulan penutupan bandar-bandar utama di China akibat penularan COVID-19.
Sebagai langkah untuk memberikan nilai tambah kepada produk tempatan, Datuk Tan Kok Liang menyarankan agar karnival membeli-belah tempatan diadakan di mana hanya hasil tempatan dibenarkan dijual. Ini akan menarik ramai petani dan kilang tempatan untuk mempamerkan produk mereka, yang akan menarik minat penduduk mahupun pelancong tempatan kerana rakyat Malaysia suka membeli-belah
Malaysia menerima kira-kira 3.1 juta pelancong dari China tahun lepas dan 2.94 juta pada tahun sebelumnya dan berharap untuk menerima lebih 3.26 juta pelancong dari negara itu pada 2020 namun susulan penularan COVID-19, suku pertama dan kedua tahun ini dijangka terjejas. Bagi kempen VM2020, Malaysia menyasarkan untuk menarik ketibaan sejumlah 30 juta pelancong antarabangsa dan menjana pendapatan pelancongan berjumlah RM100 bilion.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI