
Dianggarkan kira-kira 104 juta pengunjung di China dilapor mengunjungi lokasi pelancongan domestik sempena cuti umum negara itu.
Menurut Kementerian Budaya dan Pelancongan China, angka tersebut diperoleh selepas empat hari pertama percutian panjang yang bermula 1 Mei hingga 5 Mei 2020. Memetik sumber kementerian, kemasukan pengunjung dapat menghasilkan pendapatan sekitar AS$6 bilion
Setiap pengunjung yang datang melawat lokasi tumpuan pelancong di China dilihat memakai penutup hidung dan mulut selain penjarakkan sosial turut diamalkan.
Foto: lufkindailynews
Walaupun kes COVID-19 pertama kali dilapor dan menular di China, negara itu kini berjaya mengawal wabak itu daripada terus merebak.Pada bulan lalu, Wuhan iaitu bandar China yang menjadi pusat wabak negara itu kembali kembali menjalani kehidupan seperti biasa selepas menjalani perintah berkurung sejak 23 Januari.
China melaporkan lebih 83,000 kes jangkitan koronavirus termasuk 4,637 kematian.
Sumber: astroawani
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kampung Instagrammable’, Dahulu Setinggan Biasa Kini Berwarna-Warni

Sebuah kampung yang terletak di Semarang, Selatan Indonesia dahulunya langsung tiada tarikan dan menjadi pemandangan biasa seperti sebahagian daripada kampung lain. Kini Kampung yang dikenali sebagai Kampung Pelangi menjadi lokasi kegemaran untuk dikunjungi penduduk tempatan dan pelancong di serata dunia selepas menjalani transformasi.
Kampung Pelangi di Randusari, Jawa Tengah kini meriah dilawati pelancong hampir saban hari sejak beberapa tahun yang lepas selepas kerajaan tempatan memberi dana untuk membentuk semula penempatan itu menjadikannya seindah nama kampung tersebut iaitu sang pelangi.
Majlis jawatankuasa kawasan itu memperuntukkan dana 300 juta rupiah (RM95,200) untuk mengubah suai penempatan sederhana itu menjadi tarikan pelancong bermula tahun 2017. Persatuan Pembina Indonesia Semarang turut menyediakan bahan dan pekerja untuk projek itu. Penduduk di Kampung Pelangi sendiri tidak ketinggalan menyumbang tenaga apabila bersama-sama mengecat dinding hampuir 232 rumah yang ada di situ dengan tangan.
Sejak itu, Kampung Pelangi menjadi popular di media sosial. Ramai pengunjung berkongsi imej pemandangan fotogenik kampung berkenaan di Instagram, seterusnya menjadikan kediaman pelbagai warna itu semakin popular di peringkat global. Setiap rumah di kawasan yang sebelum ini kawasan setinggan, kini dihiasi lebih daripada tiga warna untuk setiap rumah dengan pelbagai warna ceria seperti kuning, ungu, hijau dan biru.
Lelaki di sebalik visi mencantikkan kawasan ini merupakan seorang guru bernama Slamet Widodo, berkata dia mendapat ilham untuk mencantikkan kampung berkenaan dari beberapa kampung lain di negara itu yang melalui perubahan. Idea untuk mencipta Kampung Pelangi muncul selepas dia melihat kecantikan Kampung Warna-Warni dan Kampung Tridi di Malang, dan selepas itu, Kampung Kali Code di Yogyakarta.
Kini Kampung Pelangi menjadi semakin terkenal di Indonesia dan menawarkan tarikan pelancongan baru di Semarang. Penduduk tempatan turut mendapat kelebihan dengan mengambil kesempatan menjana sumber ekonomi dengan menjual makanan, minuman, cenderahati dan kraftangan buatan mereka kepada pelancong.Ini antara gambar-gambar yang dikongsikan di laman sosial oleh pengujung yang melawat Kampung Pelangi.
Sumber: Boredpanda
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fenomena Aneh. Salji Putih Di Antartika Bertukar Warna Hijau

Benua Antartika dikenali dunia dilutipi dengan salju putih yang tebal dan sejuk.
Namun, satu fenomena aneh terjadi di sana baru-baru ini apabila sebahagian daripada Semenanjung Antartika akan berubah warna menjadi ‘salji hijau’. Ia dikatakan berpunca oleh pertumbuhan alga berikutan peningkatan suhu global.


Laporan penyelidikan itu didedahkan saintis di United Kingdom (UK) yang memetakan ‘permulaan ekosistem baharu’ yang dipercayai berpotensi mewujudkan sumber nutrisi untuk spesies lain. Menurut kajian diterbitkan dalam jurnal Nature Communications hari ini, bentuk hidup sel tunggal sangat padat sehingga salji bertukar warna hijau dan boleh dilihat dari angkasa lepas di beberapa kawasan.

Difahamkan, ahli biologi dari University of Cambridge dan British Antartic Survey menghabiskan masa selama enam tahun untuk mengesan dan mengukur salji alga hijau menggunakan kombinasi data satelit serta pemerhatian dari darat. Mereka telah menemui alga yang membentuk ikatan rapat dengan spora dan bakteria kulat kecil.
“Ia adalah komuniti yang berpotensi membentuk habitat baharu,” kata ketua penyelidik, Matt Davey dari Cambridge University yang menyifatkan peta alga itu sebagai potongan susun suai gambar atau jigsaw kitaran karbon yang hilang di Antartika.
Kumpulan penyelidik itu turut mengenal pasti 1,679 salji alga hijau berasingan yang meliputi kawasan seluas 1.9 kilometer persegi yang bersamaan pelepasan karbon kira-kira 479 tan setahun.
Selain itu, dua pertiga daripada alga itu ditemui di pulau kecil dan rendah di utara semenanjung yang berdepan beberapa suhu paling panas di dunia manakala salji hijau tersebut kurang ketara di bahagian selatan yang lebih sejuk. Sebelum ini, para saintis memantau peningkatan lumut hijau yang tumbuh lebih lambat berbanding alga.
Pada masa depan, kumpulan penyelidik akan turut mengukur alga merah dan jingga serta mengira bagaimana kewujudan bentuk warna-warni itu boleh mempengaruhi kualiti albedo salji yang memantulkan haba.
Climate change turning Antarctica's snow green https://t.co/47XDmQdBqw pic.twitter.com/0j0v24ccDz
— Reuters (@Reuters) May 20, 2020
Blooming green algae are giving parts of Antarctica a green tinge https://t.co/62y99WCogT pic.twitter.com/VIWe48vSNO
— Reuters (@Reuters) May 21, 2020
Sumber: Sinar Harian
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Perigi Beracun’ Tinggalan Sejarah Unik Kota Lukut Di Muzium Lukut Port Dickson

Berada di muzium mampu memberi perspektif berbeza ketika mengembara.Di sebalik perubahan dimensi tamadun masyarakat, pengalaman silam menjadi teladan dan tidak boleh dilupuskan begitu saja kerana ia penting untuk diingati terutama sebagai pengajaran dan pembelajaran khususnya pada generasi muda.
Alang-alang bercuti di pantai peranginan Port Dickson, jangan lepaskan peluang untuk ke Muzium Luku yang memaparkan informasi menarik berkenaan Kota Lukut dan sejarah penceritaan era perlombongan bijih timah di negara ini. Muzium Lukut memaparkan sejarah Lukut bermula daripada awal kurun ke-19 Masihi hinggalah Lukut dimasukkan ke dalam Daerah Sungai Ujung pada 1880.
- Terdapat empat galeri utama di sini iaitu Galeri Sejarah Lukut, Galeri Nassau, Galeri Negeri Sembilan Negeri Beradat dan Galeri Teknologi Pembuatan Masyarakat Tradisional.Pelbagai koleksi dan bahan pameran yang berkaitan dengan sejarah kegemilangan Lukut dijelmakan kembali dalam bentuk ilustrasi, gambar, artifak dan sebagainya tatapan pengunjung.
- Muzium ini menyimpan 200 artifak antaranya koleksi barangan peribadi Raja Juma’at dan peralatan senjata digunakan pada awal kurun ke-19 Masihi selain galeri yang mempunyai beberapa segmen yang memaparkan sejarah Lukut dan kebudayaan Negeri Sembilan.
- Pengunjung yang datang ke Muzium Lukut akan didedahkan dengan sejarah Kota Lukut yang pernah mencapai zaman kegemilangannya bermula daripada pemerintahan Raja Juma’at Bin Raja Jaafar (1847-1864). Kota Lukut telah dibina oleh Raja Jumaat bin Raja Jaafar kira-kira pada tahun 1847 terletak di atas bukit yang bernama Bukit Gajah Mati atau disebut Bukit Raja. Kota ini berbentuk empat segi dan dikelilingi parit dan parit ini dipasang ranjau (benda tajam) untuk menghalang musuh daripada menyerang kota tersebut.
- Pemimpin Terbilang – Raja Juma’at merupakan seorang putera Bugis yang menjadikan Lukut pusat perdagangan yang berjaya pada masa pemerintahannya. Tetapi orang pertama yang buka Lukut adalah Raja Busu, salah seorang kerabat Diraja di Selangor, dan diakhiri pemerintahan pada zaman Raja Bot, anak kepada Raja Juma’at, yang gagal meneruskan pemerintahan ayahandanya. Setelah kematian Raja Juma’at, termeterainya Perjanjian Persempadanan Selangor-Sungai Ujong pada 31 Julai 1880, menandakan berakhirnya era pemerintahan Raja di Lukut.
- Perigi Beracun – Pengunjung juga boleh melawat tapak tinggalan sejarah Kota Lukut berhampiran dengan muzium yang dibina pada 1840-an dengan ukuran 607 kaki panjang, 505 kaki lebar dengan parit di sekitar sedalam 15 kaki, di dalamnya didirikan sebuah istana dan dua buah perigi. Sebuah di bahagian luar dikenali sebagai Perigi Beracun. Perigi Beracun digunakan untuk menghukum pesalah berat dan juga Perigi Raja di tengah-tengah kota Lukut khusus untuk raja dan permaisuri sahaja.
Pastinya sejarah kegemilangan Lukut akan terus diingati dan dikenang dalam sejarah negara. Ia dibuka pada 1999 dan dibina sebagai satu tanggungjawab menyebarkan maklumat sejarah serta budaya di Negeri Sembilan sebagai tatapan masyarakat tempatan, pelajar, penyelidik sejarah dan pelancong asing.
Jom cuti-cuti Malaysia
image via google
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI