Layan View Paling Awesome Bila Stay Di Konunukan Gardenstay & Camping, Kundasang. Port Cuti & Healing!

Share

Bila bercuti ke Kota Kinabalu, antara tempat yang akan dituju pastinya Kundasang. Merupakan destinasi buat si pencinta alam, di Kundasang lah tempat untuk anda melihat dengan lebih dekat pemandangan Gunung Tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu.

Lagi feel bila dapat menginap di kotej dengan pemandangan Gunung Kinabalu yang menakjubkan. Konunukan Gardenstay & Camping terletak di Kg. Tenompok, Bundu Tuhan, Kundasang, terpencil di dalam hutan menghijau iaitu kira-kira 90 km atau 2 jam pemanduan dari Bandaraya Kota Kinabalu.

Bagi yang nak camping, kat sini juga disediakan tapak perkhemahan buat anda. layan view cantik waktu malam bertemankan bintang dengan udara yang cukup menyamankan. memang port terbaik untuk healing dan bercuti.

Lagi best cuaca di sini lebih sejuk dan berkabus di mana suhu boleh turun sehingga 10 darjah Celsius pada waktu malam semasa musim hujan. Kalau bertuah, tetamu yang menginap di sini dapat melihat matahari terbit yang menakjubkan dan Gunung Kinabalu yang menakjubkan.

Memang puas hati kalau menginap di sini, bukan sahaja cantik, malah harganya juga cukup berpatutan. Jadi kalau yang merancang hendak ke sana selepas hari raya nanti, bolehlah survey dan usha harga.

Alamat: Konunukan Camping Ground, Jalan Tenompok, Kg. Bundu Tuhan, Ranau, Malaysia.

FB: Konunukan Gardenstay & Camping

 

Oleh
SAHR