Bila memilih destinasi untuk membuat solo trip perkara utama yang diambil kira pastinya tentang keselamatan. Tempat yang cantik dan juga mempunyai kemudahan seperti makanan halal, sedap, penginapan yang murah dan berpatutan juga menjadi faktor sesebuah destinasi dijadikan pilihan.
Di group Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM), Nor Alwani Abdul Wahab berkongsi perjalanan solonya ke Medan, Indonesia. Menurut wanita ini, mungkin ia biasa bagi sesetengah orang namun untuk yang sukakan alam, Medan adalah tempatnya.
Berjalan sendiri sepanjang berada di sana tidak membataskan eksplorasi wanita ini untuk ke danau atau tasik yang cukup popular iaitu Danau Toba.
Memandangkan datang sendirian, wanita ini menggunakan perkhidmatan tour agent untuk memudahkan dirinya. Menyifatkan percutian solo yang selamat buat wanita muslim sepertinya, Alwani juga menyatakan makanan yang ada di sini sedap untuk dinikmati.
Ikuti perkongsian wanita ini solo trip selama tiga hari dua malam ke Medan, Indonesia:
Tempat Cantik,Orangnya Baik & Makananya Enak!
Assamualaikum,
Izinkan saya share my solo trip ke Medan, Indonesia pada 3-5 Oktober 2022.
Medan, kalau ibarat yang dah biasa, ala macam tak ada apa-apa je. Tapi bagi nature lover, yes Medan ada apa yang you all cari. Jangan takut untuk travel seorang kerana orangnya baik-baik, kulinernya enak-enak.
1st saya cite tentang flight. Saya dapat Malindo return RM 351. Agak mahal sebab beli seminggu sebelum fly. Tapi sebab nak bawa hati, sis don’t care! Hahaha. Kalau beli awal lagi, lagi murah.
Hotel saya ambil Kama Hotel. Duhaiiii food lover, ketahuilah betapa untungnya perut jika menginap di Kama Hotel. Café-café hisptur, kedai kopi berderet kiri kanan hotel. Memang nyaman! Saya ambil single bed 2 malam RM 151 sekali breakfast tempah di agoda.com. Kama hotel juga belakang Pasar Ikan! Jalan kaki tak sampai 100 meter. Siap la memborong lace dan telekung. Lace 2 meter RM20 sahaja ya! Murah sangat-sangat.
Sebab saya pergi seorang, saya plan amik tour ke Lake Toba sekali dengan photographer. Rugi la tak amik gambar kan. And saya ambil pakej dengan mas Sani Tanjung . Dapat info pun daripada dalam group ni. Gambar dia ambil semua professional shoot. Lawa-lawa. Sis pergi solo pon rasa secure walaupun private tour sahaja. Tq sani and TOUR GUIDE MEDAN for the best service. Saya bagi 5 star! Tq juga info yang recommend daripada group BBM.
Geng-geng kaki Starbuck, satu lagi info saya nak share. Harga termos starbuck sangat-sangat murah! Termos Starbuck Reserve kat KL RM 253, kat Medan baru RM 189. Air dan kek dia pun murah. Aduhai memang lari diet!
Ni saya share sikit gambar di Lake Toba dan Sipiso-piso. Lain-lain tak ada gambar sangat sebab travel seorang je.
Horas Medan
Kredit: Nor Alwani Abdul Wahab