Layan View Berkabus Bila Camping Di Sea Of Clouds, Hulu Langat. Malam Sejuk Macam Kat Oversea, Pagi Tengok Lautan Awan!

Share

Nak layan lautan kabus tak payah pergi jauh, campsite Sea of Clouds yang terletak di Hulu Langat, Selangor boleh berikan anda pengalaman camping persis di luar negara.

Norsheila Salleh dan keluarga yang baru-baru ini berkesempatan ke campsite ini berkongsi pengalaman camping satu hari dua malam di sana.

Memandangkan musim hujan, Sheila memilih untuk camping di lokasi yang tidak berdekatan sungai dan Sea of Clouds menjadi pilihan.

Waktu malam yang berkabus, memang sejuk dah macam bercuti ke luar negara. Fasiliti yang ada di sini juga baik untuk kemudahan camper yang datang.

Nak dekat dengan alam dan nikmati cuaca yang segar, campsite ini adalah tempatnya. Nak tahu apa lagi yang ada kat sini, ikuti perkongsian Norsheila Salleh ini.

2D1N di Sea Of Clouds

12-13 November 2022

Nahhh kerja gila ni, last minute cari campsite lain sebab nak masuk Serendah hujan je seminggu ni. Terpaksa postponed campsite tepi sungai Nak avoid sungai. Akak dah ketibas tiak, berpeluh jari berwasap sana sini tanya tapak kosong

Lepas tu sambung rama-rama dalam perut sebab risau nak naik campsite atas bukit 1st time nak merasa. Mulanya nak guna Cabin XL je, tapi gigih bawa V13 sebab nakkan Zone B tu untuk kami aje

Kos camping 1 malam rm140

(large tent rm110 + flysheet rm30)

Tapak : Zone B

Waktu masuk : 1 petang

Waktu keluar : 12 tengahari

Review :

  • Tapak banyak zone, bertingkat²
  • Harga tapak berbeza ikut small, medium @ large tent
  • Flysheet pasang asing + rm30
  • Jalan naik campsite mencabar jugaada part jalan sempit ada offroad sikit, ada jalan bersimen juga
  • Kereta sedan boleh sampai campsite (refer video akak – keadaan jalan)
  • Tiada Plugpoint
  • Tiada Surau
  • Tiada Campfire
  • 10malam takleh bising dah
  • Line telco – maxis cun
  • Bilik mandi siap shower -bersih
  • Jamban cangkung – banyak
  • Sinki – banyak
  • Shelter – tempat lepak je, nk makan kat situ tak boleh
  • Lampu solar – please prepare headlamp & extra lampu untuk menerangi malam anda
  • Parking dalam campsite -berpagar
  • contact: Sea of Clouds

Kredit: Norsheila Salleh

Oleh
SAHR