Glamping dalam caravan pastinya sesuatu yang baharu ada di Malaysia, lagi best tempat staycation kali ini berada di pusat peranginan Cameron Highlands yang suhunya cukup sejuk dan menyamankan
Stellar GoldenHill Cameron Highlands bakal beroperasi tak lama lagi. Ia merupakan tapak perkhemahan serba baharu yang terletak di atas Bukit Emas, menawarkan pengalaman glamping yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam karavan! 🚐 Berkumpul dengan rakan dan keluarga anda dan beramah mesra sambil menikmati BBQ, aktiviti yang menyeronokkan dan nikmati cuaca sejuk 12-14°C pada waktu malam
Korang boleh pilih sama ada untuk menginap di dalam karavan atau khemah yang tersedia untuk tempahan yang boleh dilakukan sekarang dan menginap bermula pada 18 Julai nanti. Kedua-dua pilihan ini akan memberikan pengalaman berbeza untuk anda.
Antara aktiviti yang korang boleh buat kat sana termasuklah menonton outdoor cinema, melihat sunset dan sunrise, bermain bunga api dan bermain board games.
Ads
Selain itu korang juga boleh buat aktiviti yang berbayar seperti jungle trekking, painting, Farming dan juga piknik.
Ads
Nak rasa sendiri pengalaman berbeza clamping dalam caravan, jangan lupa check it out bila berkunjung ke Cameron Highlands!
Ads
Kredit: Facebook Stellar GoldenHill
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Selangor memang tidak pernah kalah dalam menawarkan destinasi pelancongan tumpuan pelancong. Daripada alam semula jadinya yang indah, aktiviti riadah sehinggalah pusat rekreasi yang meriangkan, Selangor ada segalanya!
Pulau Ketam merupakan antara destinasi pelancongan utama Selangor terletak di Klang yang menjadi tarikan pelancong. Kedudukan Pulau Ketam sangat strategik dikelilingi tiga pelabuhan utama yang menjadi laluan masuk laut ke negara ini iaitu Pelabuhan Barat, Pelabuhan Selatan dan Pelabuhan Utara.
Pulau yang majoriti dihuni penduduk Cina terkenal dengan perkampungan nelayan dan rumah terapung serta turut didiami kaum Cina Muslim dalam daerah ini. Suasana pulau ini begitu tradisional. Terasa seperti kembali ke kawasan perkampungan sekitar 90-an.
Pengangkutan utama ke pulau ini adalah feri atau bot laju melalui Terminal Penumpang Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang, Selangor. Seawal jam 8.30 pagi, feri pertama memulakan perjalanan ke pulau itu yang mengambil masa sekitar 40 minit.
Di Pulau Ketam, tidak ada penggunaan kenderaan lain seperti kereta kecuali basikal, skuter elektrik atau motosikal. Perhubungan antara Pulau Ketam dengan bandar Klang hanya dengan bot atau feri. Menangkap hasil laut adalah pekerjaan utama namun, terdapat sebilangan penduduk menjalankan perniagaan seperti membuka kedai runcit, restoran dan homestay.
Selain itu, Jeti Pulau Ketam turut menjadi pintu masuk warganegara asing yang menggunakan perkhidmatan feri ke negara seperti Indonesia.
Makan-Makan
Tidak sah kalau ke Pulau Ketam tanpa menikmati makanan laut terutama ketam kerana hasil laut baru ditangkap yang segar. Masakan Cina Muslim pasti membuat pengunjung ingin datang semula ke sini selepas menikmati kelazatan hidangan yang disediakan. Ketam di sana dikatakan mempunyai rasa yang lebih manis kerana di sekitar Pulau Ketam terdapat banyak kawasan paya bakau.
Pulau Ketam merupakan destinasi ideal menjamu selera. Terdapat banyak kedai makan menawarkan hidangan laut istimewa dengan harga yang murah dan berbaloi.
Memancing
Pulau Ketam juga merupakan destinasi memancing paling popular bagi mereka yang mempunyai sampan. Di sini pelbagai spesies ikan boleh diperolehi sekiranya pemancing itu mengetahui kawasan padang pancing, masa, pasang surut air, umpan, dan mempunyai peralatan yang sesuai. Siakap merah atau nama tempatannya sepang merah juga banyak terdapat disini.
Pulau Ketam juga banyak menghasilkan produk hasil laut dan antara yang menjadi tumpuan adalah udang kering. Menariknya di sini, pengunjung dapat melihat pemilik kilang memproses udang kering dengan cara tersendiri.
Pengunjung boleh juga meneroka pulau dengan menaiki bot persiaran dan melawat ke sangkar ikan sekitar pulau berkenaan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pantai menjadi destinasi wajib malah tidak pernah sepi daripada kunjungan pelancong kerana ia menjadi lokasi riadah malah sesuai untuk menenangkan fikiran. Berikut disenaraikan sembilan pantai di dunia yang memiliki nilai keunikan tersendiri dan wajar anda jadikan list bila melancong ke luar negara.
Pantai Pink, Bahamas
Terletak di Pulau Harbour, pantai ini dinamakan Pink Sandskerana pasirnya yang berwarna merah jambu. Konon pasirnya ialah hasil dari cangkerang foraminifera yang merupakan organisma unisel yang hidup di bahagian bawah karang, di bawah batu dan di dalam gua dasar laut di sekitar pantai ini.
Pantai Maho, Saint Martin
Pantai Maho terletak di Caribbean, 300 km dari Puerto Rico. Meskipun pantainya yang indah dan air laut berwarna biru cerah, namun orang datang ke sini untuk tujuan lain. Pesawat besar mendarat secara teratur tepat di atas pantai, terbang hanya 10-20 meter di atas kepala. Tarikan ini menjadi ciri khas yang menarik bagi para pengunjung.
Pantai Whitehaven, Australia
Berlokasi di pulau Whitsunday, pantai ini terkenal dengan pasir yang sangat putih di mana 98% pasirnya terdiri dari silika tulen. Pantai sepanjang 7 km ini sesuai untuk menenangkan fikiran.
Pantai Playa del Amor (Lover’s Beach), Marietas Islands, Mexico
Bertempat di Kepulauan Marietas, Mexico, pantai ini sangat unik dan menarik perhatian. Konon, pantai ini sulit untuk ditemui, jika tidak kerana bunyi ombak pantainya. Disebut sebagai Lover’s Beach kerana hanya sedikit pengunjung yang dapat sampai ke pantai ini dan sekali menemui tempat ini, pengunjung menjadikan pantai ini sebagai tempat peribadi.
Pantai Glass, California, USA
Sekitar abad ke-20, tempat ini dijadikan sebagai tempat pembuangan sampah. Namun, siapa sangka pantai ini sekarang menjadi lokasi yang unik. Lokasi ini ia telah dipenuhi dengan batu-batu dan kaca kecil yang sentiasa dihiasi dengan deruan ombak. Pantai ini pun menjadi salah satu pantai unik di dunia.
Pantai Navagio, Greece
Pantai ini menjadi salah satu lokasi penggambaran drama Korea terkenal, Descendants of the Sun. Pesona keindahannya membuat pengunjung dari serata dunia ke pantai untuk merasakan lokasi drama oleh Song Joong Ki dan Song Hye Kyo. Kapal karam di pantai ini menjadi ciri khas yang menarik pengunjung di Zakynthos ini.
Pulau Ipanema, Brazil
Pantai Ipanema menjadi salah satu pantai di Brazil yang banyak dikunjungi dan paling terkenal. Kebanyakan, pengunjung berkunjung sibuk dengan pelbagai aktiviti antaranya jogging di sepanjang pantai.
Kubah Laut Seagaia(Seagaia Ocean Dome), Japan
Ocean Dome menjadi pilihan ketika bosan dengan pantai tradisional. Pantai ini memiliki pasir putih, lautan dengan gelombang palsu, kolam renang dengan urutan hidro dan spa.
Pulau Vaadhoo, Maldives
Pantai ini sangat indah di malam hari. Kehadiran plankton di pantai ini menjadikan pantai ini sangat unik dan lain daripada yang lain. Gambaran plankton di pantai ini cantik kerana berwarna bioluminescence.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau nak bersantai dan menikmati keindaham alam, memang ini lah tempatnya. Sesuai juga kalau anda nak datang berdua untuk berbulan madu.
Apa yang menarik, buka sahaja pintu, terus nampak kolam mandi yang besar. Seni bina bangunannya pun unik, memang tak jemu mata memandang.
Bab makan jangan risau, di sini ada sediakan sarapan juga dan makanan boleh tahan sedap. Jadi tak perlu gigih keluar cari makanan di luar.
Ada bean bag di tepian kolam mandi, mak ayah boleh pantau anak-anak depan kolam sahaja kalau tak mahu join main air. Ini kalau rasa nak datang dengan kawan-kawan pun seronok, privasi dan santai-santai main air.
Ruangan bilik pun besar dan cantik, boleh lah untuk tenang-tenang di sini tanpa gangguan. Bermalam dua malam pun rasa tak ralat sangat.
Lokasi:
A Rock Resort Langkawi, Kedah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!