Layan Sunset Di Bukit Batu Selabat, Bukit Paling Top Di Bandaraya Kuching

Share

Sememangnya negara kita penuh dengan alam keindahan semulajadi yang memukau pandangan. Masih banyak lokasi-lokasi pelancongan menarik yang belum diteroka sepenuhnya dan hanya penduduk setempat mengetahui keistimewaanya.

Apa kata, kalau suatu hari berkesempatan ke Sarawak, selain melayan Waterfront di Bandaraya Kuching, menerjah Taman Negara Mulu bagi yang teringin melayan indahnya pemandangan matahari terbit, boleh naik ke Bukit Baru Selabat yang hanya ketinggian 218 meter dari paras laut. Lebih menarik, ia merupakan bukit paling top dikunjungi penduduk setempat untuk aktiviti hiking. Bukan pro pun tiada masalah untuk naik ke bukit ini. Sementelah, perjalanan dari tengah Bandaraya hanya memakan masa 20 minit pemanduan ke bukit ini tapi view yang bakal diperoleh memang superb sama sekali.

Ikuti perkongsian coretan dari Ismail Roslan akan keistimewaan bukit ini.

Muara Tebas, Kuching Sarawak.

Baru ini ada kesempatan mengunjungi bukit yang paling top di Kuching. Silap-silap aku orang yang ke enam belas ratus tiga ribu dua ke sini.

Bukit Batu Selabat, Muara Tebas, 20 minit pemanduan dari Bandaraya Kuching. Best bukit ni dia tak tinggi tapi treknya boleh dikatakan lengkap dari level santai sampai part bertali apabila hampir ke puncak yang menyajikan pemandangan 360 darjah dari kiri kanan depan belakang semua nampak. Dengan jarak ±1.2km pendakian di sini boleh dikatakan singkat, mengambil masa 30 minit (laju) sehingga 60-90 minit (santai-santai pace leha).


Nak share sini pandangan,pengalaman dan pemerhatian peribadi:




> Sudut-sudut gambar yang menggayatkan

Ramai tahu, Bukit Batu Selabat popular dengan sudut-sudut gambar tepi cerun, sukut dengan sudut yang merangsangkan adrenalin tubuh badan. Tak dinafikan camera trick dan ruangan batu luas menjadi faktor dalam menghasilkan gambar-gambar extreme macam tu. Namun asasnya keselamatan wajib diutamakan. Tiada yang buat halangan, cuma berhati-hati dengan langkah dan tindakan.










> Sunset di Selabat

Boleh dijadikan pengalaman kalau nak cuba try test layan sunset dari tempat tinggi. Mentarinya jatuh di belakang hamparan gunung. Tapi viewnya agak luas. Tak sampai puncak pun boleh layan. Tak terlalu membezakan kalau korang layan sunset tepi waterfront. Macam dikata tadi, sekadar merasai pengalaman sunset dari Bukit Batu Selabat. Dicadangkan stay lama sikit sebab boleh layan lampu-lampu bergemerlapan Bandaraya Kuching. Ini pun best. Atas tu ada kawasan rata sikit boleh pakai Maghrib.










> Naik Selabat untuk sunrise
penampakan matahari naik hanya dari puncak. Kalau tak sampai puncak, masih best menghayati suasana fajar menyinsing. Jadi kalau betul-betul nak tengok sunrise, cadangan pendakian selewatnya jam 0515. Mendaki dalam keadaan gelap mungkin memperlahankan sedikit pace. Subuh boleh lah kat tengah trek. best lagi kalau ada rezki, dapat awan karpet syahdu di awal pagi.

Sama seperti tempat lain, momen sunrise dan sunset tetap bergantung kepada faktor cuaca dan keadaan persekitaran. Nak rasa kedua-dua, boleh set camping kat puncak ketiga. tempat pun luas dengan view memukau. Jangankan camping, nak buat majlis baca nikah pun boleh. tapi PKP ni, kawin kat pejabat agama je la senang. takkan tok kadi nak ikut hiking?

Banyak lagi yang boleh diceritakan berkenaan Bukit Batu Selabat ni. Antaranya Puncak Beruk, iaitu Puncak kedua di Bukit Batu Selabat. Kelihatan bentuk puncak tersebut seakan-akan muka seekor beruk apabila dilihat dari kedudukan Puncak satu. Boleh refer caption pada gambar . Pada aku benda ni menarik jugak la, sebab tak perasan pun sebelum ni.

Lagi satu nak highlight. Bagi yang bercadang untuk dayhike, boleh lanjutkan pendakian turun terus ke air terjun Arong Serait yang memang dah popular sebelum ni. Jadi tak perlu la cerita lagi, nanti nak cerita panjang sangat aku pulak yang bosan, bukannya korang. Okey, sampai sini saja. Ini cuma pandangan peribadi dari pengalaman dan pemerhatian. Teruskan menyokong produk-produk pelancongan tempatan di samping mematuhi SOP yang ditekankan pihak berkenaan.

Untuk khidmat rundingan, perkhidmatan call/ws:
Fairuz : 0178967961 [ Fairuz Lc ]
Abg. Saini : 0128585096
Bayaran RM10/orang, RM50/guide
Parking RM5/kereta, RM2/motorsikal
#bukitbatuselabat #selabat #muaratebas #maeljalansarawak #kuching #sarawak #tourismmalaysia Tourism Malaysia #malaysiatrulyasia Tourism Malaysia Sarawak #siasitoksarawak BorneoTalk #raonraonsarawak Sarawak Travel, Malaysia, Borneo Cerita & Co #mymotac
Sumber : Ismail Roslan

Oleh
almaswa Haji Che Ros