Sememangnya negara kita penuh dengan alam keindahan semulajadi yang memukau pandangan. Masih banyak lokasi-lokasi pelancongan menarik yang belum diteroka sepenuhnya dan hanya penduduk setempat mengetahui keistimewaanya.
Apa kata, kalau suatu hari berkesempatan ke Sarawak, selain melayan Waterfront di Bandaraya Kuching, menerjah Taman Negara Mulu bagi yang teringin melayan indahnya pemandangan matahari terbit, boleh naik ke Bukit Baru Selabat yang hanya ketinggian 218 meter dari paras laut. Lebih menarik, ia merupakan bukit paling top dikunjungi penduduk setempat untuk aktiviti hiking. Bukan pro pun tiada masalah untuk naik ke bukit ini. Sementelah, perjalanan dari tengah Bandaraya hanya memakan masa 20 minit pemanduan ke bukit ini tapi view yang bakal diperoleh memang superb sama sekali.
Ikuti perkongsian coretan dari Ismail Roslan akan keistimewaan bukit ini.
Muara Tebas, Kuching Sarawak.
Baru ini ada kesempatan mengunjungi bukit yang paling top di Kuching. Silap-silap aku orang yang ke enam belas ratus tiga ribu dua ke sini.
Bukit Batu Selabat, Muara Tebas, 20 minit pemanduan dari Bandaraya Kuching. Best bukit ni dia tak tinggi tapi treknya boleh dikatakan lengkap dari level santai sampai part bertali apabila hampir ke puncak yang menyajikan pemandangan 360 darjah dari kiri kanan depan belakang semua nampak. Dengan jarak ±1.2km pendakian di sini boleh dikatakan singkat, mengambil masa 30 minit (laju) sehingga 60-90 minit (santai-santai pace leha). Nak share sini pandangan,pengalaman dan pemerhatian peribadi:
Ads
> Sudut-sudut gambar yang menggayatkan
Ramai tahu, Bukit Batu Selabat popular dengan sudut-sudut gambar tepi cerun, sukut dengan sudut yang merangsangkan adrenalin tubuh badan. Tak dinafikan camera trick dan ruangan batu luas menjadi faktor dalam menghasilkan gambar-gambar extreme macam tu. Namun asasnya keselamatan wajib diutamakan. Tiada yang buat halangan, cuma berhati-hati dengan langkah dan tindakan.
Ads
> Sunset di Selabat
Boleh dijadikan pengalaman kalau nak cuba try test layan sunset dari tempat tinggi. Mentarinya jatuh di belakang hamparan gunung. Tapi viewnya agak luas. Tak sampai puncak pun boleh layan. Tak terlalu membezakan kalau korang layan sunset tepi waterfront. Macam dikata tadi, sekadar merasai pengalaman sunset dari Bukit Batu Selabat. Dicadangkan stay lama sikit sebab boleh layan lampu-lampu bergemerlapan Bandaraya Kuching. Ini pun best. Atas tu ada kawasan rata sikit boleh pakai Maghrib.
Ads
> Naik Selabat untuk sunrise penampakan matahari naik hanya dari puncak. Kalau tak sampai puncak, masih best menghayati suasana fajar menyinsing. Jadi kalau betul-betul nak tengok sunrise, cadangan pendakian selewatnya jam 0515. Mendaki dalam keadaan gelap mungkin memperlahankan sedikit pace. Subuh boleh lah kat tengah trek. best lagi kalau ada rezki, dapat awan karpet syahdu di awal pagi.
Sama seperti tempat lain, momen sunrise dan sunset tetap bergantung kepada faktor cuaca dan keadaan persekitaran. Nak rasa kedua-dua, boleh set camping kat puncak ketiga. tempat pun luas dengan view memukau. Jangankan camping, nak buat majlis baca nikah pun boleh. tapi PKP ni, kawin kat pejabat agama je la senang. takkan tok kadi nak ikut hiking?
Banyak lagi yang boleh diceritakan berkenaan Bukit Batu Selabat ni. Antaranya Puncak Beruk, iaitu Puncak kedua di Bukit Batu Selabat. Kelihatan bentuk puncak tersebut seakan-akan muka seekor beruk apabila dilihat dari kedudukan Puncak satu. Boleh refer caption pada gambar . Pada aku benda ni menarik jugak la, sebab tak perasan pun sebelum ni.
Lagi satu nak highlight. Bagi yang bercadang untuk dayhike, boleh lanjutkan pendakian turun terus ke air terjun Arong Serait yang memang dah popular sebelum ni. Jadi tak perlu la cerita lagi, nanti nak cerita panjang sangat aku pulak yang bosan, bukannya korang. Okey, sampai sini saja. Ini cuma pandangan peribadi dari pengalaman dan pemerhatian. Teruskan menyokong produk-produk pelancongan tempatan di samping mematuhi SOP yang ditekankan pihak berkenaan.
Amber Court Apartment ni terletak 3 km berhadapan dan sedikit bawah First World Hotel, Genting Highlands. Apartmen ni terletak dalam Pahang, namun di belakangnya tidak sampai satu kilometer ialah sempadan negeri Selangor. Dikatakan apartmen ni setinggi 23 tingkat.
Apartmen ni dibina dan dijual secara freehold. Ada dua blok apartmen dengan jumlah unit yang banyak. Setiap unit dibina luas dari jenis studiohouse ke penthouse. Dengan view yang cantik, udara segar dan sentiasa berkabus, waktu awal siap ramailah yang beli.
Ramai beli untuk jadikan homestay dan weekend house. Yelah sebab dekat dengan Genting Theme Park kan. Jangkaan awal lokasi ni akan popular sebagai homestay meleset. Dari satu sumber mengatakan, pemilik asal pun ramai yang dah jual unit diorang dan dah tak duduk situ. Lama kelamaan apartmen ni terabai.
Amber Court Apartmen sekarang
Apartmen ni sekarang kelihatan usang dari luar dengan warna lumut keperangan kesan cuaca lembab di puncak. Sekali pandang memang seram. Tak pasti apa masalahnya tapi boleh kata pengurusan yang lemah.
Awal tahun ni, apartmen ni mula dibanjiri pekerja asing. Mungkin diorang baik pulih bahagian tertentu apartmen atau kerja sekitar Genting Highland. Malah dalam satu video menunjukkan ada rumah pelacuran di atas sana. Hal ni tak disenangi oleh beberapa pemilik unit apartmen yang masih ada dan mereka tuntut penjelasan dari pihak pengurusan.
Harga pun dah jatuh teruk serendah RM30,000 untuk unit studio. Unit lain ada dijual pada RM200,000. Berani beli?
Homestay Berhantu?
Amber Court masih terima tempahan kalau-kalau hotel lain penuh. Ada lobi dibawah yang nampak OK. Dengan harga sewa murah, mungkin sukar nak ditolak. Luar usang, tapi bahagian dalam bilik selesa. Ada kedai runcit dan kedai dobi dibawah kalau-kalau anda nak bermalam di sini.
Ada juga beberapa unit yang masih didiami pemilik asal. Namun boleh kira bila tengok waktu malam beberapa unit yang lampunya menyala dari rumah dari beratus unit
Carian di internet paling banyak jumpa pasal pengalaman seram diganggu makhluk halus disitu.
Mungkin sekadar cerita suka-suka tapi pelancong dari UK pun tulis di blog pasal gangguan di apartmen yang disewa ni, boleh faham sendiri. Lagipun memang banyak unit yang kosong dan hanya sekali-sekala ada pengunjung sewa bilik. Kalau da lama tinggal tu, memang suka lah jin duduk.
Cari di Youtube, ramai yang pergi sewa semalam dan eksplorasi waktu malam di apartmen ni. Saja diorang nak alami sendiri apa betul atau tak cerita gangguan makhluk halus di sana.
Dalam satu video ni, ramai kata bilik paling kerap diganggu ialah bilik B6 Tingkat 17. Sejauh mana nak percaya terpulang, tapi sunyi macam ni memang seram lah.
Punya popular pasal Amber Court ni siap buat filem lagi…Apa nak jadi dengan Amber Court pada masa depan tak tahu…..
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Fuh, banyak rupanya makanan viral Thailand yang patut dicuba. Patutlah ramai yang enjoy masuk sana, sudah ‘tersuka’ tanpa sengaja kebanyakan menu sedap di sana.
Kalau biasanya orang cari pulut mangga, tomyam, somtam atau jenis menu kukus, kali ini Libur mahu kongsikan makanan viral yang ada dalam kedai serbaneka 7-Eleven di Thailand.
Makanan Viral Thailand
Jom, tengok apa menu yang selalu orang bawa balik siap beli banyak setiap kali masuk 7-eleven.
1. Minuman Arabus
Bila dah sampai ke 7-Eleven, korang dicadangkan untuk segera ke bahagian minuman dan cari air jenama ini.
Ada empat perisa iaitu mocha, latte, espresso dan caramel. Memang recommended!
2. Susu Meiji
Memang tak sah ke Thailand jika tak menikmati minuman bersusu daripada Meiji. Ini bukan setakat budak-budak je suka, orang tua pun boleh teringat-ingat.
Antara perisa yang menjadi pilihan ramai adalah pisang, strawberi dan coklat.
3. CP Burger
Sesiapa yang pernah makan burger segera ini mesti automatik teringat kesedapannya, kan? Burger jenama ini memang paling popular di 7-Eleven, sampai ada yang borong bawa balik rumah.
Burger yang paling laku keras adalah Double Chicken & Cheese, Spicy Chicken dan Blackpepper. Apa yang penting, pastikan pilihan burger korang ada tanda halal tau!
4. Kudap-kudapan
Lagi satu, ramai juga dalam kalangan kaki travel yang memuji kopi mesin di 7-Eleven. Katanya memang lain daripada yang lain dan tak ada di Malaysia.
Korang juga boleh cuba jajan jenama Lays dan jeruk buah mempelam yang digilai ramai.
6. Pilihan sosej
Sosej pun sedap di Thailand ni tau, memang tak rugi cuba makanan-makanan popular di kedai serbaneka ni.
Pendek kata, semua rasa nak beli kalau masuk kedai ini! Eh, jom lah merasa ke negara jiran pula bawa anak-anak jalan cuti sekolah nanti. Baru lah best!
Malaysia sememangnya kaya dengan alam semulajadi yang sangat indah. Banyak taman-taman negara yang menjadi tumpuan pelancong masih dijaga rapi demi mengekalkan eko sistemnya.
Jika di Selangor, bukit-bukit menjadi tumpuan orang ramai mendaki selepas memasuki fasa 2, di Sarawak sendiri penuh daya tarikan pelancongan termasuk Taman Negara Mulu selain Taman Negara Bako yang terletak lebih kurang 40 km dari Kuching. Kaya dengan flora fauna selain mempunyai hampir kesemua spesis tumbuhan dijumpai di Borneo, Taman Negara Bako merupakan antara yang terkecil di Asia Tenggara.
Selain terkenal dengan flora dan fauna, satu dari daya tarikannya ialah Lang Waterfall yang terletak di Kampung Sg Bako, Kuching. Uniknya di Air terjun Lang ini, air sungainya berwarna kemerah-merahan terhasil dari pokok-pokok di sekelilingnya.
Dikongsi dari pengguna fb, Ismail Roslan, lelaki ini berkongsi keindahan Lang Waterfall yang sangat memukau.
Keunikan utama adalah warna air sungainya yang kemerah-merahan, dikatakan terhasil dari pokok-pokok di sini. Terdapat sebuah kawasan kolam yang bewarna hitam menunjukkan permukaan yang agak dalam. Atas sebab itulah kolam tersebut digelar 'blackpool'.
Pengalaman aku, bermula dari pintu masuk Kelambu Lang, Kpg. Sg Bako. Trail ke 'blackpool' ini sepanjang 5.2km sehala, dengan permukaan agak landai (ada la turun naik sikit-sikit) mungkin mengambil masa dalam 2-3 jam, bergantung kepada stamina.
Trail agak basah tambah musim-musim hujan, juga luas dan jelas, namun ada juga simpang-simpang yang mungkin sedikit mengelirukan. nak senang gunakan khidmat guide tempatan. tak payah fikir tersesat jalan.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...