Terengganu sememangnya amat terkenal dengan daya tarikan pelancongan. Bermula dari Drawbridge (Jambatan Angkat Terengganu), negeri ini turut terkenal dengan makanan yang enak seperti nasi dagang, keropok lekor sehinggalah kepada makanan laut yang dicelup tepung.
Tidak hanya makanan, negeri ini turut terkenal dengan pantainya yang memutih mengadap Laut China Selatan sekaligus menambah lagi daya tarikan ke negeri ini.
Memandangkan musim tengkujuh sudah berlalu, bagi yang ada plan untuk ke Terengganu dan mencari ketenangan fikiran sambil melayan sunrise bolehlah singgah di Chalet As Salam di Pusat Rekreasi & Penginapan Mengabang Telong, chalet cukup cantik ini terletak 18 km dari Kuala Terengganu.
Ads
Paling best, bangun saja dari tidur boleh terus layan matahari terbit sambil menikmati deruan angin laut yang cukup mengasyikkan. Saat itu pastinya stress pun hilang menyaksikan panorama indah ciptaan Tuhan ini.
Bukan saja sunrise sebagai daya tarikan utama tapi di Chalet As Salam turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti padang untuk mengadakan pelbagai aktiviti. Nak camping boleh, nak buat family day pun ok selain BBQ port yang sudah tersedia kalau bercuti di chalet terletak betul-betul di tepi laut ini.
Ads
Ads
Menawarkan empat jenis penginapan iaitu bilik family (mempunyai dua katil iaitu Queen dan single), 1 katil king, 1 katil queen serta 1 katil single ditawarkan di sini, harga ditawarkan masih berbaloi untuk dinikmati.
Bukan itu saja, chalet ini turut menawarkan pakej bilik seminar, dewan makan serta bilik mesyuarat. Bagi yang nak menikmati ikan celup tepung Pok Nong, chalet ini terletak 3km dari lokasi penginapan ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Rakyat Australia mungkin dibenarkan untuk meneruskan perjalanan antarabangsa ke New Zealand berbanding daerah lain dalam Australia.
Ini susulan beberapa pemimpin daerah enggan membuka semula sempadan akibat wabak COVID-19. Perdana Menteri Australia Scott Morrison menjelaskan, beliau telah berbincang dan mendapat persetujuan bersama Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern dalam meneruskan perjalanan ke negara-negara jiran. Ada kemungkinan penduduk Sydney boleh terbang ke Auckland sebelum mereka boleh terbang ke Perth, atau Gold Coast semula.
Setiap daerah di Australia, kecuali New South Wales dan Victoria, yang paling teruk terjejas dan mempunyai populasi penduduk yang ramai, telah menutup sempadan bagi mengekang penularan COVID-19. Sempadan antarabangsa Australia tetap tidak dibuka dalam masa terdekat.
Foto: Tourism AustraliaFoto: worldtravelguide.net
Setakat ini, Australia dan New Zealand telah merekodkan kejayaan yang sama dalam memperlahankan penularan wabak tersebut.
Persepsi tentang sesuatu tempat yang dilawati dengan khabar-khabar angin ternyata tidak benar apabila empunya diri menjejakkan kaki sendiri ke bandar Manila di Filipina.
Tanggapan tentang ibu kota negara Republik Filipina itu kotor, tidak selamat dan banyak lagi sama sekali tidak berasas.
Kesempatan bercuti ke Manila baru-baru ini selama 4 hari 3 malam membuka mata Khairul Nizam Mukhtar tentang bandar tersebut. Biasalah bila hendak bercuti, pasti akan membuat survey tentang apa yang menarik di lokasi percutian.
Kebanyakkan maklumat yang diperolehi ketika membuat kajian tentang Manila kurang meyakinkan, namun dek kerana suka dengan percutian yang ‘zero expectation’ membuatkan Khairul Nizam dan isteri meneruskan perancangan mereka bercuti ke Manila.
Bagi pasangan ini, Manila adalah destinasi yang tak kurang hebatnya. Tak cukup empat hari meneroka ke sekitar bandar tersebut, malah nak cari makanan halal juga mudah dan boleh diterima tekak orang Malaysia.
Berkongsi juga beberapa gambar sepanjang percutian mereka ke Manila, ikuti percutian pasangan ini ke Manila.
Manila Bandar Yang Best Untuk Dilawati
Manila kotor, tak selamat, susah nak dapat makanan halal, shopping tak best.
Ini lah antara review yang saya dapat masa buat kajian sebelum ke Manila.
Dan saya pun pernah sampai kat sana sebelum ni 11 tahun lepas dan ini memang expectation saya bila jejak kat Manila.
Tapi ni dah 2023, semuanya tak benar belaka bila dah sampai.
Bak kata Encik Azhar (bos besar Berjaya Makati Hotel).. Filipina ni dah berapa kali tukar presiden sejak saya datang dulu.. hahaha
In fact, Manila ni best dan rasa tak cukup 4 hari 3 malam saya kat sana.
Saya memang suka gi tempat yang saya ada zero expectation tapi bila dah sampai dapat totally ubah pandangan saya kat satu2 tempat.
Terasa wow gitu..
Tempat bersih walaupun pergi kat penduduk padat
Rasa selamat.
Makanana halal dan sedap… kena tekak orang Malaysia..
Shopping? Siap repeat 2 kali ke Greenhills (tempat shopping kat sana)…
Dah nak bailk baru tahu ada tempat shopping lagi best iaitu di Divisoria.. tapi tak sempat nak gi..
Tatkala hati dilanda resah dan mahukan ketenangan buat seketika, kunjungan ke AVANI Sepang Goldcoast Resort pastinya melegakan. Hanya 45 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan 90 minit memandu dari pusat bandar Kuala Lumpur tidak mengambil masa yang lama untuk anda tiba ke sini.
Penulis berkesempatan bermalam di sini bagi merasai sejauh mana ketenangan yang diperkatakan. Setelah tiba, mata leka menyaksikan vila-vila mewah yang pastinya menawarkan keselesaan buat pengunjung. Tidak kurang itu susun atur perabot serta lantai kayu klasik melengkapi gaya resort mewah ini.
Wakil media berpeluang melawat beberapa ruang bilik yang terdapat di sini dan ternyata semuanya tampil eksklusif dengan dekorasi yang menarik. Selain itu kami juga dibawa melawat ke Avani Spa yang sering dikunjungi pengunjung. Istimewanya buat kami para media turut diberi rawatan urutan kaki bagi menghilangkan rasa stres.
Pemandangan senja di AVANI Sepang.
Wakil media berpeluang melawat beberapa ruang bilik yang terdapat di sini dan ternyata semuanya tampil eksklusif dengan dekorasi yang menarik. Selain itu kami juga dibawa melawat ke Avani Spa yang sering dikunjungi pengunjung. Istimewanya buat kami para media turut diberi rawatan urutan kaki bagi menghilangkan rasa stres.
Panorama Avani Sepang Goldcoast Resort memang menakjubkan. Dari anjung lobi, kelihatan deretan vila mewah yang dibina di atas air. Kesemua 392 buah vila ini membentuk pokok kelapa sawit jika dilihat daripada udara. Menampilkan vila-vila atas air di Selat Melaka serta menawarkan sebuah kolam renang infiniti, spa dan pilihan restoran untuk menjamu selera.
Hotel terapung ini yang menjadikan AVANI unik berbanding hotel-hotel yang lain.
Realitinya, ini ialah chalet terapung yang eksklusif dan memperlihatkan ciri-ciri reka bentuk Malaysia yang tersendiri. Pembangunan syurga pesisir pantai terpanjang di Asia ini meliputi kawasan muara Sepang Kecil dan Sepang Besar serta Pantai Bagan Lalang – Tanjung Rhu. Avani Sepang Gold Coast Resort juga menjanjikan sesuatu yang sangat unik dan istimewa merangkumi rumah kelab, bilik mesyuarat, pusat perniagaan, pusat rekreasi, pusat kesihatan, spa, gimnasium serta bilik penginapan yang menakjubkan di tengah laut Selat Melaka.
Nikmati bayu laut yang dingin serta pemandangan yang menakjubkan di ruang duduk luaran dan dalaman. Istimewa juga untuk ke bilik penginapan, anda dihantar dengan buggy. Jika sebagai pelawat biasa anda tidak mungkin dapat naik buggy ini apa lagi untuk meronda sekitar kawasan resort eksklusif ini.
Pengunjung boleh bersiar-siar di taman-taman berlandskap atau mendapatkan urutan yang menenangkan di spa. Manakala kemudahan-kemudahan rekreasi lain ialah seperti bicycle tour, gimnasium, smiley beach sports and activities seperti sailing, kayak, stand up paddle, windsurfing, cart sailing, speed sail, bocce ball, beach football, beach volleyball, sepak takraw, stretching, ping pong, darts dan lain-lain lagi. Disediakan juga yoga, power walk, kids club dan pelbagai pelbagai hiburan lain. Pendek kata, pengunjung tidak akan merasa rugi jika bertandang ke sini.
Menjamu selera
Bila Bila Restoran dan Buloh Bar menawarkan sajian sepanjang hari serta persekitaran yang santai untuk menjamu selera. Bagi pengalaman makan malam yang lebih intim, restoran Perahu dan restoran Stimbot menampilkan pemandangan indah bersama-sama dengan hidangan gourmet yang istimewa.
Cafe Sepoi-Sepoi pula memiliki aneka pilihan makanan dan minuman. Menunya terdiri daripada makanan Malaysia dan China. Dilihat daripada hiasan dalamannya Cafe Sepoi-Sepoi ini mengingatkan anda pada sebuah pondok besar dengan atap alang-alang rumbia. Dengan bentuk yang minimalis dan kafe ini sesuai bagi anda untuk bersantai sambil menikmati hembusan angin laut. Tentunya pengalaman bermalam di Avani Sepang Gold Coast Resort memberi memori yang sungguh bermakna buat penulis.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...