Sesekali ingin lari dari kesibukan kota, boleh ke Fuga Village, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka. Ada kolam untuk anak-anak main air dan anda boleh layan pemandangan pantai di sini. Best!
Fuga Village Melaka
Harga pun tak mahal, dalam RM245/chalet/malam. Owh ya, owner orang Portugis. Sebab itu design Chalet ada sentuhan Eropah.
Ini private chalet, jadi kawasan chalet ini keseluruhannya berpagar dan berkunci. Setiap chalet dilengkapi 1 katil saiz Queen, mini fridge, kettle & sachet kopi/teh. WiFi disediakan jadi jangan risau untuk buat kerja online.
Ads
View luar tingkap mengadap mini taman & kolam renang. Tingkapnya ala-ala rumah Melayu lama.
Ads
Bilik airnya terletak diluar bilik. Hanya ditutupi separuh bumbung. Kalau hujan memang lencun jawabnya.
Kalau nak makan, kena keluar. Jadi anda pandai-pandai bersedia untuk bab makan-makan.
Ads
Ada 3 kolam mandi untuk kanak-kanak, ini best untuk bagi anak main air ya. Aktiviti lain, ada meja ping pong untuk anak-anak.
Tempat BBQ juga ada disediakan. Yang suka OOTD, banyak prop best kat sini. Berhadapan dengan Chalet ni ialah pantai Pengkalan Balak. Boleh mandi tapi jaga-jaga yang ada anak kecil. Ombak boleh tahan juga besar.
Keluruhan tempat ini, sangat sesuai untuk anda yang suka pantai dan berteduh dengan cara paling sederhana. Tak semak dengan bunyi kenderaan, tenang melayan pemandangan cantik pantai dan pokok-pokok sekeliling yang ada di sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
30 haiwan mati dalam insiden kebakaran di sebuah zoo di barat Jerman mengejutkan ramai pencinta binatang di sana.
Laporan awal kebakaran di zoo yang dikenali sebagai Krefeld Zoo berpunca daripada percikan bunga api yang terkena kawasan zoo itu ketika sambutan ambang tahun baharu 2020 yang lalu. Percikan itu terus menjilat dengan pantas sebahagian kawasan zoo dan menghasilkan api yang besar.
Menurut pihak berkuasa, antara haiwan yang mati termasuk kera, monyet, kelawar dan burung. Jurucakap zoo tersebut pula berkata keseluruhan tempat tinggal spesis monyet musnah terbakar.
Antara spesis monyet yang mati termasuk lima orang utan, dua gorila, seekor cimpanzi dan beberapa ekor monyet. Hanya dua cimpanzi berjaya diselamatkan anggota bomba tetapi mengalami melecur pada badan, namun berada dalam keadaan stabil.
Pengarah zoo berkata kebanyakan haiwan yang mati merupakan antara spesis yang hampir pupus di hutan. Orang ramai dilihat membanjiri kawasan zoo dengan meletakkan jambangan bunga dan bersimpati terhadap haiwan yang terbunuh.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pihak berkuasa di Jepun terpaksa mengambil keputusan mencantas lebih 800,000 bunga tulip di daerah Chiba sebagai langkah mengelak orang ramai berkunjung ke situ ketika wabak COVID-19.
Tindakan ini adalah satu-satunya jalan untuk mengelakkan orang ramai daripada berhimpun. Walaupun Festival Tulip Sakura tahun ini dibatalkan, namun orang ramai masih mengunjungi lokasi tersebut untuk menikmati pemandangan cantik bunga-bunga di situ. Hmm..ingat kot rakyat Jepun ni jenis mendengar arahan.
Festival yang pada mulanya dijadualkan pada 1 dan 26 April terpaksa dibatalkan setelah Jepun mengumumkan perintah kawalan pergerakan selama sebulan bermula 7 April di Tokyo melibatkan daerah Fukuoka, Saitama, Kanagawa, Chiba, Osaka dan Hyogo.
Penggemar bunga terpaksa menunggu sehingga tahun hadapan untuk melihat bunga tulip merah dan merah jambu yang menghiasi dataran berkeluasan 7,000 meter persegi itu mekar. Sementara itu, lebih 3,000 jambakan ros juga dicantas di Taman Yono, Saitama, utara Tokyo bagi menghalang orang ramai datang berkunjung.
Walau bagaimanapun, bunga-bunga yang dicantas itu tidak dibuang, sebaliknya didermakan kepada sekolah-sekolah tadika.
Sumber: Astroawani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi mereka yang inginkan suasana yang santai, dan unik, pilihan resort atau hotel terapung atas air menjanjikan pengalaman berbeza buat seisi keluarga.
Ini ada idea penginapan atas air yang boleh anda pilih untuk percutian seterusnya.
1. Grand Lexis Port Dickson
Sebuah hotel yang memberikan anda privasi yang diimpikan, siapa yang tak pernah berangan untuk memiliki kolam renang sendiri kan? Di sini, impian anda menjadi kenyataan. Setiap bilik disediakan kolam renang untuk anda nikmati tanpa sebarang gangguan. Grand Lexis antara hotel terbaik di Port Dickson yang pasti memberi anda pengalaman menginap yang istimewa.
2. Lexis Hibiscus Port Dickson
Seperti Grand Lexis, Lexis Hibiscus juga menyediakan kolam renang dalam setiap bilik yang ditawarkan. Ia menjadi tarikan utama yang sangat istimewa buat tetamunya. Dari pandangan atas, Lexis Hibiscus bagaikan sekuntum bunga raya mekar di Selat Melaka. Kala senja, sorotan lampu pada setiap vila menampakkan lagi keunikan bentuk hotel terapung ini yang menjadi tumpuan bukan saja pelancong dalam negara malah seluruh pelosok dunia. Air pancut setinggi 100 meter yang tertinggi di Malaysia dengan pencahayaan memukau pada waktu malam sangat mempesonakan dapat disaksikan pada waktu malam.
3. Pangkor Laut Resort
Terletak di Pulau Pangkor, Perak, untuk sampai ke resort ini pengunjung perlu menaiki bot laju yang disediakan daripada Marina Island Pangkor yang mengambil masa selama 15 minit. Jauh daripada sebarang gangguan bunyi dan udara kerana lokasinya yang dikelilingi taman tropika dan laut. Resort ini juga sesuai untuk anda yang ingin berbulan madu bersama dengan yang tersayang.
4. Avani Sepang Gold Coast
Penginapan ini terletak di Sepang, dan terasa cukup mewah dengan kemudahan spa, pusat kecergasan dan kolam renang infiniti yang disediakan. Dikelilingi pemandangan laut yang indah terutama pada waktu matahari terbenam.
5. Avillion Port Dickson
Resort yang terletak di Port Dickson ini bukan sahaja menawarkan kemudahan spa, sauna dan kolam renang, malahan, anda juga boleh melawat ladang rempah-ratus dan melihat pelbagai spesies burung. Reka bentuk di sini juga sangat unik umpama berada di lokasi luar negara.
6. Mabul Water Bungalow
‘The best dive bases in the world,’ itulah jolokan yang diberikan kepada tempat penginapan yang terletak di perairan Pulau Mabul, Sabah ini. Kejernihan airnya menjadikan aktiviti menyelam atau snorkel sangat menyeronokkan. Bilik-bilik di Mabul Water Bugalow juga agak luas dan memiliki reka bentuk tradisional, tapi tetap dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden.
7. Pom Pom Island Resort
Terletak di Pulau Sipadan, lebih kurang 50 minit daripada jeti Semporna, resort ini merupakan tempat pemuliharaan penyu selain menawarkan pemandangan yang sangat indah kepada para penginap. Dari jeti resort anda dapat melihat penyu dan pelbagai spesis ikan dengan begitu jelas. Kalau suka aktiviti yang mencabar, boleh mendaki bukit di Pulau Bohaydulong yang terletak tidak jauh dari resort.
8. Sipadan Kapalai Water Village Resort
Sipadan Kapalai Water Village terletak di Semporna, Sabah. Reka bentuk penginapan ini berkonsepkan reka bentuk rumah masyarakat Bajau. Antara aktiviti yang disediakan di resort ini adalah seperti berkayak, menyelam dan snorkel.
9. Berjaya Langkawi Resort
Berlatarbelakangkan hutan hujan yang kaya dengan hidupan liar, resort ini pilihan terbaik jika berkunjung ke Pulau Langkawi.
10. St Regis Langkawi
Berkonsepkan hotel mewah di Langkawi, St Regis menawarkan pemandangan matahari terbenam yang indah. Terletak berdekatan dengan keindahan hutan hujan yang menghijau, serta dikelilingi keindahan laut Andaman yang memukau. Hotel ini menyediakan aktiviti air yang menarik seperti snorkeling dan scuba diving untuk anda mencipta memori indah bersama keluarga.
Sumber Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!