Travel

Layan Panorama Menakjubkan di Casabrina Vacation Villas Raub, Pahang

Share

Panorama indah yang ditawarkan Casabrina Vacation Villas ini memukau pengunjung yang menginap, lokasinya terletak di sebalik kehijauan flora Raub, Pahang.

Bukanlah sebuah penginapan biasa kerana rumah percutian ini adalah sebuah penginapan bertaraf bukan 5, tapi 6 bintang.

Keunikan Casabrina Vacation Villas Raub

Direka bentuk oleh AA Yoka Sara, seorang arkitek terkenal Bali, setiap pelusuk Casabrina Vacation Villas, luar dan dalamnya umpama lanskap indah yang mustahil dapat dilupakan.

Rumah percutian yang jauh dari kebingitan kota ini menawarkan dua jenis villa iaitu Villa Aranya dan Villa Amertani.

 

Sesetengah villa lengkap dengan ruang santai dan balkoni. Untuk kedua-dua jenis villa ini, anda boleh memilih untuk menginap sama ada di tingkat atas atau bawah.

Sekiranya anda ingin melihat panorama yang menakjubkan tanpa batasan hutan hujan dan gunung di kejauhan, anda boleh memilih mana-mana villa yang terletak di tingkat atas.

Main Air Dengan Pemandangan Pokok Hijau

Selain kolam renang di luar bilik, villa ini mempunyai tab mandi untuk anda healing dalam rumah, cukup privasi dengan dekorasi dalam bilik yang indah.

Jadi antara kemudahan lain yang boleh didapati di sini adalah kolam renang, sauna dan tab mandian terrazzo. Itu sudah mencukupi buat anda yang mahu tenang-tenang layan emosi yang penat.

Oleh
Nadia