Panorama indah yang ditawarkan Casabrina Vacation Villas ini memukau pengunjung yang menginap, lokasinya terletak di sebalik kehijauan flora Raub, Pahang.
Bukanlah sebuah penginapan biasa kerana rumah percutian ini adalah sebuah penginapan bertaraf bukan 5, tapi 6 bintang.
Keunikan Casabrina Vacation Villas Raub
Direka bentuk oleh AA Yoka Sara, seorang arkitek terkenal Bali, setiap pelusuk Casabrina Vacation Villas, luar dan dalamnya umpama lanskap indah yang mustahil dapat dilupakan.
Rumah percutian yang jauh dari kebingitan kota ini menawarkan dua jenis villa iaitu Villa Aranya dan Villa Amertani.
Sesetengah villa lengkap dengan ruang santai dan balkoni. Untuk kedua-dua jenis villa ini, anda boleh memilih untuk menginap sama ada di tingkat atas atau bawah.
Sekiranya anda ingin melihat panorama yang menakjubkan tanpa batasan hutan hujan dan gunung di kejauhan, anda boleh memilih mana-mana villa yang terletak di tingkat atas.
Main Air Dengan Pemandangan Pokok Hijau
Selain kolam renang di luar bilik, villa ini mempunyai tab mandi untuk anda healing dalam rumah, cukup privasi dengan dekorasi dalam bilik yang indah.
Jadi antara kemudahan lain yang boleh didapati di sini adalah kolam renang, sauna dan tab mandian terrazzo. Itu sudah mencukupi buat anda yang mahu tenang-tenang layan emosi yang penat.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Lokasi Hidden Gem Di Kepulauan Florest Yang Semakin Dilupakan
Memilih percutian ke Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia juga sangat menarik untuk menyaksikan pelbagai keindahan dan keajaiban ciptaan Tuhan di dunia ini.
Sebenarnya Kepulauan Florest ini kurang mendapat tumpuan dan tempat di hati pelancong walaupun banyak destinasi best untuk singgah. Mungkin ramai yang masih tidak tahu daerah ini, jadi Libur akan bantu perkenalkannya agar ada yang ingin jejak ke sini.
Kebanyakan destinasi yang ditawarkan masih berada dalam keadaan terpelihara. Kejernihan air lautnya mampu mempersonakan sesiapa sahaja yang melihatnya. Manakala keindahan pulau-pulau yang berada dalam wilayah Flores juga mampu memukau pengunjung yang datang ke sini.
Antara lokasi menarik yang boleh dilawati adalah ke Danau Kelimutu, Perkampungan Wae Rebo, pelayaran dari Labuan Bajo ke Taman Negara Komodo (Komodo National Park), Pulau Padar, Gili Lawa, Pink Beach, Pulau Kelor, Pulau Rinca, dan Pulau Kanawa.
- Danau Kelimutu antara tempat paling menarik mesti jejak kerana di situ terdapat kawah yang terbentuk daripada letusan gunung berapi pada suatu ketika dahulu. Terdapat tiga kawah di situ mengandungi air yang warnanya mampu berubah-ubah.
- Perkampungan Adat Wae Rebo pula ialah sebuah perkampungan yang terletak di tengah-tengah pergunungan dan pengunjung perlu mendaki lebih kurang empat jam untuk sampai ke destinasi berkenaan. Kampung ini kaya dengan adat dan masih menjalani kehidupan mengikut tradisi nenek moyang mereka di samping ia bebas daripada segala bentuk pencemaran serta mampu memberikan pengalaman yang luar biasa kepada para pengunjung.
- Pulau Rinca pula ialah salah satu pulau yang berada dalam Taman Negara Komodo. Pengunjung dapat melihat dan merasai sendiri pengalaman bertemu dengan Biawak Komodo yang semakin pupus populasinya di dunia ini.
- Pulau Padar merupakan sebuah pulau yang menjanjikan pemandangan yang sangat mengujakan. Pendakian hampir 40 minit langsung tidak terasa kepenatannya kerana keterujaan penulis terhadap keindahan landskap pulaunya sepanjang pendakian itu.
- Pantai Pink menjadi salah satu lokasi snorkelling terbaik di wilayah Flores dengan pasir di pesisiran pantai yang berwarna merah jambu.
- Pengunjung dapat melihat pemandangan di sekeliling Pulau Kelor dengan mendaki lebih kurang 30 minit ke tempat yang lebih tinggi di situ.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pulau Kapas, Pulau Pilihan Popular Percutian Singkat & ‘Day Trip’ Bersama Keluarga
Bilangan pengunjung terutamanya untuk pakej lawatan balik hari atau day trip bertambah begitu mendadak sehingga lebih 100 peratus bermula Julai 2020 yang lepas.
Antara tarikan utama pelancong ke Pulau Kapas ialah jaraknya yang lebih dekat dengan tanah besar yang perjalanan menaiki bot hanya kira-kira 15 minit sahaja berbanding pulau peranginan yang lain antara 30 hingga 45 minit. Walaupun terletak tidak jauh dari tanah besar namun keindahan terumbu karang dan hidupan marin yang lain seperti ikan Nemo dan penyu diakui sama dengan pulau pelancongan yang lain di Terengganu. Faktor tarikan lain adalah kerana harganya yang lebih murah dan sesuai untuk percutian seisi keluarga atau bersama sahabat handai melalui pakej lawatan yang ditawarkan oleh pengusaha resort dan pengusaha bot di pulau itu.
Tidak perlu dibahaskan lagi keseronokkan di pulau ini. Ramai yang berpuas hati dan teruja ketika menjejakkan kaki di sini untuk bercuti. Antaranya seperti perkongsian daripada Hazwani Mimi
Pulau Kapas – view yang mahal dan percutian yang sesuai bawak anak.
Mimi ambil pakej yang 2 hari 1 malam – RM190:
- Ombak Kapas resort
- Makan 3x sehari
- Budak bawah 4 tahun FREE
- Tiket Boat pergi balik
- Bilik aircond
- Peralatan Snorkeling
Bagi yang tak pernah naik boat atau fobia air (macam Mimi) boleh try pergi Pulau Kapas. Dari jeti Marang ke Pulau dalam 5km (10-15 minit) sahaja. Tak mabuk laut pon. Tips dia layan je ombak laut tu. Jangan keraskan badan, layan je tau. Memang best rasa angin naik boat.
Selalu tengok orang review Pulau Perhentian dan Pulau Redang sahaja. Tapi Pulau Kapas pun lawa oi. Dah lah harga murah. Apa yang best, Pulau Kapas ni mesra budak. Dekat gigi laut tu air cetek, jernih, ada anak ikan banyak, jadi memang tak risau anak main air kat situ. Anak pun suka berenang sambil main dengan ikan.
.
.
Resort yang Mimi duduk – Ombak Kapas Resort. Rumah dia kayu, malam2 tido dengar bunyi cengkerik feeling kampung gitu. Dan yang bestnya, makanan dia memang sedap! Confirm akan menambah nasi.
.
Pulau Kapas tak crowded. Sangat tenang nak layan view. Jalan2 kaki di sepanjang pulau memang banyak view yang lawa untuk tangkap gambar. Kalau nak walk in, boleh terus beli tiket dekat jeti Marang. Tapi better tempah awal. Lebih senang
Hebatnya kuasa Allah! Hanya itu kata yang mampu diucap. Melihat keindahan alam yang tersergam nan indah.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ladies Trip Ke Taiwan, Naik Public Transport Explore Makanan Halal & Tempat Cantik. Wanita Ini Kongsi Itenarari 7H6M!
Taiwan negara kepulauan kecil yang pesat membangun. Mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri membuatkan ia menjadi pilihan buat Norida Hanafiah dan tiga lagi temannya untuk percutian akhir tahun mereka.
Dua bulan merancang ladies trip ini, Norida dan rakan-rakannya menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan untuk membawa mereka berjalan-jalan di Taiwan. Turut menggunakan pengangkutan awam yang ada di sana bagi ke tempat-tempat menarik sekitar bandar dan juga mencari makanan halal.
Meneruskan perjalanan ke tempat yang agak jauh pada hari berikutnya, namun apa yang dirancang tidak dapat diteruskan kerana faktor cuaca. Namun mereka tetap enjoy dan merancang untuk kembali ke Taiwan dan explore pula ke bahagian Selatan negara tersebut.
Berkongsi itinerari dan juga kos yang dibelanjakan sepanjang percutian, bagi anda yang merancang untuk ke Taiwan seperti geng ini bolehlah jadikan rujukan.
Ladies Trip Ke Taiwan
This coming Friday, ngam laa 2 minggu post trip to Taiwan. Trip mokcik-mokcik..ehhh ada sorang kak Cik. Plan 2 bulan before trip.. Tiket flight were rather expensive laa, tapi ok ajerr… Well, here goes:
24.12.2022
Pkl 5.10 flight to Taipei. We fly dengan Starlux Air. Seat dia macam seats AA, tapi yang best ada wifi aboard…hidupppp oiiii ada wifi. It’s a 4 hours flight, they serve dinner to us. Dalam flight tu ada 6 jer muslimah Malaysia…us berempat, dengan 2 ladies lagi…sempat laaa bertukar senyumn.
At 9.00 p.m. sampai airport… COVID test kid diserahkan pada all arriving passengers… We were welcome by David, our ground host and he drove us to the hotel. It’s cold…around 13° mlm tuuu…syok tidor!
25.12.2022
It’s Christmas people! Arini Peter took charge of us… Jenuh juga nak communicate dengan dia cos his English is like 15/100 gituuu …we took the public bus in Minquan W, on foot from one location to the other…it was worth walking for! Today kami ke Peace Park, National Taiwan Museum Office of the President, Chiang Kai Shek Memorial Hall, again Chiang Kai Shek Memorial Hall but in Fuixngganf We had lunch at one Muslim restaurant. – refer pics laa yea.
26.12.2022
Another public transport trip . We went to Tansui. Banyak old building here yg throw back the hard living of the taiwanese before and after war. Owh, winter coats sini banyak and very affordable.
27.12.2022
Trip to Keelung, Yuehliu Geopark. Sempat tidur dlm kete! Malam we all pegi pasar malam, but not much interest…pasar malam deme focus on street food..
28 & 29.12.2022
Ruifang. Activities yang dah plan tak boleh go ahead sebab hujan. Patut ada paragliding dengan speedboat trip. Pun cancel sebab waves kuat. We went to Ruifang old town, dok atas bukit, pun hujan juga so jalan-jalan sambil shopping.
30.12.2022
6.45 a m. to the airport sbb flight is at 10.20 a.m. Masa ni laa baru nmpk Malaysian Chinese. We arrived safely in KLIA at 2.00 p m ..
Next nak venture the southern part of Taiwan pulak..bila?
Kami bawa duit belanja 1.5k (RM) jerrr..habis beli fruits, sourvenirs, kasut dgn handbags
Hotel (6 nites), transports, makan -1k
Kredit: Norida Hanafiah
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI