Musim hujan yang melanda hampir seluruh negara pada masa sekarang menghadkan aktiviti seperti camping dan bercuti. Namun ada sesetengah tempat yang masih boleh dikunjungi dan selamat dari fenomena seperti air pasang dan sebagainya.
Berkunjung ke Alang Manja yang terletak di Gombak, misi utama Cik Puteh Hati Zmj adalah mencari tempat yang selamat untuk perkhemahan sekeluarga. Tiada risiko kepala air dan angin kuat dan paling penting anak-anak seronok sepanjang camping.
Hanya setengah jam perjalanan dari rumah, tempat ini merupakan pilihan terbaik buat keluarga ini. Selain ada sungai yang boleh dikatakan selamat, di sini juga terdapat kolam untuk kanak-kanak, jadi kalau tak dapat bermain di sungai, si kecil yang datang masih boleh enjoy bermain kolam.
Selain orang awam datang camping, tempat ini juga terdapat resort dan juga sesuai untuk berpiknik di hujung minggu.
Nak tahu apa lagi menarik di Alang Manja, ikuti perkongsian Cik Puteh Hati Zmj:
Camping di Alang Manja, Gombak
Trip minggu lepas ye 5-6 Nov (2D1N) tapi baru berkesempatan nak post
Masa nak pergi hari tu kami cuba survey-survey tapi tak banyak review pasal tapak ni. Lepas dah balik ni kami rasa they deserve a credit
- Harga tapak = rm60 (sila berhubung dengan caretaker to confirm. Sebab harga mungkin berubah mengikut kesediaan facility i.e sekarang masih under renovation
- plugpoint = banyak giler. Plugpoint lagi banyak pada tapak khemah kena bayar RM10
- riverside = yes ada
- stream = semua boleh. Untuk budak, mak budak bapak budak abang kakak atuk nenek semua boleh. Janji jaga keselamatan diri
- swimming pool budak-budak= sesuai untuk anak-anak paras lutut budak umur 10/11 tahun. Caretaker kata owner tengah nak buat swimming pool orang dewasa agak-agak paras dada
- line telefon = semua cemerlang cuma tak ade masa nak belek phone je
- parking = RM10 (per entry kut) agak jauh ke tapak. Kena guna wagon. Lecak sikit ye. So kalau yang nak rasmi wagon sangat sesuai baru la berbaloi
- toilet = ada 10. Ada shower, cermin, tempt gantung. Tong air besar. Puas mandi. Tapi take note share dengan orang picnic day trip
- check in 12 check out 12. Kurang lebih cek ngan CO
- Surau ada selesa sangat dan tempat tinggi
- sinki ada
- mesin gedegang ada air/jajan lbh kurang
- pakcik aiskrim
Cuma kami je berkhemah kat situ malam tu. Tapi ini macam resort style ada la guest yang menyewa kat resort/chalet tu hari tu. Malam tak sunyi pun sebab diaorang yang kat resort tu buat bakar-bakar bbq jugak.
Tapak agak limited dan sempit boleh tengok gambar. Yang betul-betul riverside rasanya dalam 3 tapak je
Misi utama kami mencari tempat yang selamat kepala air dan angin kuat tapi anak-anak masih seronok. So kami rasa ini antara pilihan terbaik untuk santai hari minggu. Hanya setengah jam dari rumah kami Sungai dia turun kebawah.
Menurut kata CO kalau air naik pun sampai tangga je. Dan kalau hujan dinasihatkan jangan mandi sungai. Since dia ada kolam untuk anak-anak budak-budak memang biar mandi kolam je pun tak ape. Tak risau sangat.
Weekend ramai orang datang picnic memang meriah. Untuk pengetahuan atas sikit dari tapak ni ada air terjun sungai pisang katanya sangat cantik. Kami tak sempat nak naik atas sana. Sepanjang 2 hari di sini cuaca sangat menyebelahi kami. Tak ada setitik hujan pun. Alhamdulillah
Untuk review penuh campsite ni boleh tgk youtube kami https://youtu.be/oCb8F6hrPFM
Kredit: Cik Puteh Hati Zmj
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI