Bila dah selalu camping memang rasa seronok, tambah pula boleh ajak camp buddies turut serta. Orang kata lagi ramai lagi meriah kan. Port tepi sungai memang syok nak mandi manda dan bersantai-santai.
Pernah terkesan akibat banjir pada Disember 2021, Pondok Waris Campground kini sedikit demi sedikit dibaik pulih oleh pemiliknya, tapi yang pasti ia meninggalkan kenangan manis buat Norsheila Salleh dan keluarga serta camp buddies yang turut serta untuk perkhemahan mereka kali ini.
Siap dengan hiasan lampu yang meriah pada waktu malam dan fasiliti lain yang semakin baik, Norsheila berkongsi apa yang menarik ada di campsite ini.
Harga : rm30/mlm (siapa yang berkemampuan, berilah extra. Lagi-lagi yang pasang flysheet asing macam kami. Semoga berpanjangan pahala, aki salurkan untuk naik taraf campsite)
Waktu masuk : boleh adjust dgn aki
Ads
Waktu keluar : boleh adjust dgn aki
Baju sedondon anak³ : akak jahit sendiri tau
Review :
Tapak beso + padang berumput
Kanopi tepi tebing, untuk day trip
Sungai ada tempat cetek & dalam, pasir lembut. Boleh layan tubing
Sewa tube rm5
Ads
Line telco – maxis
Plugpoint
Bilik air siap shower, best gila
Jamban duduk & cangkung
Sinki banyak
Tarikan lampu waktu malam
Ads
Parking luar campsite, tepi bahu jalan
Sorry gambo banyak suka nak bercerita setiap kenangan sepanjang akak sekeluarga kat sini kat sini trip akak paling santai, menikmati sepenuh masa. Masak pun semua frozen dari rumah. Tinggal masak nasi, buat air panas, panaskan lauk pauk.
P/s : sini ada highway disebalik pokok, yang suka sunyi² tu tak digalakkan masuk sini. Bunyi kenderaan lalu situ. Campsite ni pun tepi jalan je (jalan dalam @ jln kampung).. yang boleh terima seadanya digalakkan masuk, sebab campsite ni best
Mempunyai 29 bilik untuk menampung keluarga yang besar, D’Teratai Anggun Sepintas, Sabar Bernam ini memang port best untuk anda gathering bersama keluarga.
Boleh memuatkan sehingga 130 orang dalam satu-satu masa, penginapan ini menawarkan aktiviti-aktiviti kekeluargaan seperti BBQ, mandi-manda di kolam renang khas untuk dewasa dan kanak-kanak dan banyak lagi aktiviti lain yang menarik.
Terletak di kawasan yang dikelilingi dengan Ladang Kelapa sawit, selain penginapan berbentuk homestay, tempat ini juga turut mempunyai chalet berbentuk A yang cukup cantik dan bersih untuk dihuni.
Memang sesuai sangat kalau nak buat gathering bersama keluarga kat sini. Selesa dan nyaman sambil nikmati waktu berkualiti bersama ahli keluarga besar anda.
Dengan harga bermula dari RM150 untuk Chalet segi tiga, penginapan anda di sini bersama keluarga tentunya akan meninggalkan kenangan manis untuk semua.
Alamat:Batu 2 Sepintas 45200 Sabak Bernam, Selangor
Kredit: FB D’Teratai Anggun Sepintas
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagaikan berada di Negara Matahari Terbit tapi sebenarnya kat Sabah je. Homestay yang terletak di Ranau, Sabah ini berkonsepkan kediaman Jepun.
Bangun pagi-pagi terus nampak gunung Kinabalu yang menjadi kegemahan rakyat Malaysia. Boleh enjoy pemandangan Gunung Kinabalu dan cuaca yang sejuk kat sini.
Nak lagi feel homestay ini juga menyediakan sewa cosplay pakaian tradisional masyarakat Jepun. Korang boleh pakai dan ambil gambar. Insta worthy sangat!
Kedudukan yang agak terpencil membuatkan tempat ini cukup privasi untuk dikunjungi. Bagi yang ingin bercuti lari dari kesibukan kota, tempat ini memang pilihan yang tepat!
Bagi yang tidak menginap pun boleh nikmati pemandangan dan juga bergambar di sini, tiket masuk yang dikenakan hanya RM5 seorang. Perkhidmatan sewa baju tradisional juga turut disediakan walaupun tidak bermalam di sini.
Alamat: Hidden Hill Kundasang, Nearby Perkasa Hotel and Kem Bina ,Kg Dodon Kasigau, Kundasang 89308 Ranau, Sabah, Malaysia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Air Terjun Bengoh sering menjadi tumpuan mereka yang gemarkan ekspedisi serta pendakian di hutan belantara sambil menikmati keindahan flora dan fauna yang mengasyikkan.
Ada yang mengangap lokasi ini umpama sebuah permata tersembunyi dan bak dunia hutan purba dalam filem ‘Jurassic Wolrd’ bagi Bumi Kenyalang. Lokasi ini juga dikenali sebagai Empangan Bengoh yang merupakan kawasan tadahan air. Pemandangan di lokasi ini begitu indah dan lebih menarik, terdapat air terjun yang cantik di hulu empangan
Bagi mereka yang menggemari pendakian lasak, trek laluan air terjun Bengoh mempunyai cabaran tersendiri yang mampu menguji ketahanan fizikal dan mental pengunjung. ‘Mengidam’ untuk ke sini? Ini perkongsian trip ke destinasi istimewa Sarawak daripada saudara Mohd Nizam Zambari.
Bagi menyokong pelancongan di dalam Malaysia khususnya, saya berkesempatan membawa 16 orang dari Semenanjung melawat tempat ‘unik’ di Sarawak pada 16 hingga 19 September 2020.
Dari pelbagai profesion dan peringkat umur, kumpulan kami memulakan perjalanan dari KLIA2 pada 16 September 2020 tepat jam 7.00 pagi. Trip 4 hari 3 malam ini telah dirancang awal, disusun rapi tidak sampai 1 bulan. Kami disambut wakil syarikat kereta sewa di Kuching, dimana kami akan menyewa 2 buah van bagi perjalanan ‘unik’ kali ini.
Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam dari bandar Kuching ke lokasi pertama kami iaitu bandar Serian.
Bandar Serian adalah sebahagian dari jajahan daerah di Samarahan dan merupakan kawasan yang strategik dimana ianya terletak dilaluan menuju atau balik daripada bahagian-bahagian lain seperti Betong, Sarikei, Sibu, Bintulu dan Miri.
Bandar yang agak moden ini juga dihiasi indah dengan taman dan landskap yang menarik.
Kami juga amat bertuah kerana menginap disalah satu hotel yang agak baru di bandar Serian.
Perjalanan hari kedua kami adalah menjelajah ke hutan ‘Jurassic’ ataupun ‘dunia Jurassic’ yang terletak di Empangan Bengoh, Padawan.
Jarak perjalanan yang mengambil masa sekitar 40 minit dari bandar Serian untuk sampai ke jeti Empangan Bengoh.
Disini anda perlu menaiki bot yang telah disediakan oleh jurupandu kami dan akan mengambil masa 20-30 minit perjalanan ke jeti seterusnya iaitu jeti Pengkalan Dayak. Ingat,jangan sesekali mengunakan aplikasi waze untuk ke jeti Pengkalan Dayak.
Awas, sekiranya lewat sampai dan anda perlu harungi cuaca panas terik ketika perjalanan didalam bot ini nanti.
Anda juga disarankan agar datang seawal waktu pagi bagi menyaksikan suasana empangan dan banjaran kelilingnya yang sangat cantik.
Dari jeti Pengkalan Dayak, anda perlu berjalan melalui denai serta tangga-tangga buluh ‘rare’ khususnya bagi kumpulan kami yang pertama kali melihatnya sebelum sampai ke lokasi ‘Jurassic’ tersebut.
Terdapat beberapa buah air terjun yang kacak lagi hensem dikawasan ‘Jurassic’ ini.
1. Air Terjun Curtain
2. Ar Terjun Pe’an
3. Air Terjun Susung
Sememangnya anda akan berasa teruja apabila sampai ke dunia ‘Jurassic’ tersebut. Kumpulan kami juga disediakan dengan makanan tradisi suku kaum Bidayuh iaitu masakan pansuh dalam buluh serta sayuran tempatan. Setelah selesai melawat dunia ‘Jurassic’ tersebut, kumpulan kami dibawa ke Kampung Sting yang kami diberitahu ketika ini hanya terdapat 7 keluarga sahaja tinggal disitu. Kami dihidangkan view 180 darjah, pemandangan disini seolah-olah anda berada di Bukit Tabur, Melawati.
Terdapat juga beberapa buah homestay dimana anda boleh bermalam disitu bagi aktiviti tidur beralas bintang-bintang dilangit. Keesokan harinya kami ke Kampung Lobang Batu, Tebakang untuk explorasi dan jelajah gua-gua yang terdapat disitu. Gua Silabur dan Gua Siturib ini pada asalnya adalah lubuk rezeki penduduk kampung mencari sarang burung disitu. Masih ada tangga-tangga pemburu sarang burung terdapat didalamnya.
Gua ini telah dijadikan lokasi pelancongan untuk pelancong tempatan dan juga pelancong asing.
Perjalanan dari Kg Lobang Batu ke kaki gua akan mengambil masa sekitar 40 minit dan bergantung juga kepada kepantasan seseorang berjalan.
Anda perlu melakukan sedikit pendakian untuk masuk ke pintu gua.
Keindahan dalaman dan luaran Gua Silabur akan bertambah cantik sekiranya pancaran matahari menerangi lubang-lubang gua tersebut yang mengakibatkan ada diantara kalangan kami terpukau.
TIP
Guna kasut yang sesuai untuk aktiviti ini seperti kasut getah atau dikenali sebagai ‘adidas’ kampung.
Pastikan anda ada stamina yang cukup untuk aktiviti lasak ini.
Buat tempahan awal dengan jurupandu disini supaya ada bot-bot yang akan membawa anda ke dunia ‘Jurassic’ tersebut.
Duduk diam dan sopan ketika berada didalam bot.
Jangan memetik sebarang tumbuhan ataupun daun ketika aktiviti.
Dan jangan lupa atau buat-buat lupa kamera anda, untuk rakamkan keindahan tempat ‘unik’ ini.
Negeri Sarawak dan Malaysia masih mempunyai banyak tempat-tempat ‘rare’ yang harus dikongsi pada masyarakat diluar sana.Aktiviti ini juga amat sesuai untuk seisi keluarga.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!